Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, August 29, 2009

Apa Hak mereka???

Suatu pagi berada di madrasah,salah seorang "hafizah" mengajukan persoalan..

"ustazah,apa hukum seorang ibu @ ayah memaksa anaknya berkahwin?"fuh.!!sadis punya soalan..

ketika sedang melayari internet,hati tertarik membaca satu artikel "Hak Pemilihan Pasangan Hidup".mungkin boleh dikaitkan dengan persoalan diatas.untuk renungan kita bersama..

Ibubapa Memiliki Hak Dalam Pemilihan Pasangan Hidup Anak.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Tidak ada nikah kecuali dengan wali.[1]


Apa yang baginda maksudkan dengan hadis di atas ialah, pernikahan adalah tidak sah tanpa izin wali. Hadis berikut memperincikan maksud hadis di atas:

Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (baginda mengulanginya tiga kali).[2]

Jika dua hadis di atas merujuk kepada anak perempuan, maka dua hadis berikut merujuk kepada anak lelaki pula. ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata:

Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai akan tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab,

yakni ayahnya) tidak menyukainya dan menyuruh aku menceraikannya. Namun aku enggan.

Maka ‘Umar membawa hal ini kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan apa yang berlaku. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjawab (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar): “Ceraikanlah dia.”[3]

Dalam sebuah kes yang lain, Abu Darda’ radhiallahu 'anh berkata:

Bahawa seorang lelaki datang bertanya: “Sesungguhnya aku memiliki seorang isteri akan tetapi ibu aku menyuruhku menceraikannya.” Abu Darda menjawab: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu

(seorang anak) sama ada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[4]

Hadis-hadis di atas juga perlu dikupas dari dua sudut.

Sudut Pertama:

Ia adalah dari sudut keutamaan, dimana ia membuktikan betapa besar kedudukan dan peranan ibubapa terhadap kita sebagai anak sehingga ia juga menyentuh persoalan pasangan hidup. Memang, ibubapa tidak boleh memaksa kita berkahwin dengan pasangan yang tidak kita sukai. Akan tetapi pada waktu yang sama, kita juga tidak boleh memaksa ibubapa menerima menantu yang tidak disukai mereka. Ringkas kata, anak dan ibubapa tidak boleh saling memaksa dalam persoalan ini. Sebaliknya perlu sama-sama suka dan redha.

Timbul persoalan, bukankah yang berkahwin ialah anak? Maka kenapa pula perlu mendapatkan izin dan redha ibubapa? Persoalan ini dapat dijawab seperti berikut:

  1. Ibubapa adalah orang dewasa yang telah merasai asam garam kehidupan berumahtangga. Mereka memiliki pengetahuan yang luas, sama ada melalui pengalaman sendiri atau rakan-rakan, tentang apa yang dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga dan apa yang tidak. Berbeza dengan kita sebagai anak-anak, yang dikenali hanyalah cinta. Lazimnya keputusan untuk berkahwin tidak didirikan atas apa-apa penilaian yang matang kecuali cinta semata-mata. Maka izin dan redha ibubapa adalah penting kerana ia dapat membantu dan membimbing kita membina rumahtangga yang berjaya.

  2. Perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan suami isteri sahaja, tetapi ia juga melibatkan keluarga daripada kedua-dua pihak. Justeru izin dan redha ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menjamin kebahagiaan dan kesinambungan hidup berumahtangga.

  3. Mendapatkan izin dan redha ibubapa termasuk dalam keumuman sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah

terletak pada kemurkaan ibubapa.[5]

Maka jika kita ingin membina rumahtangga yang diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, binalah ia dengan cara memperoleh keredhaan ibubapa terlebih dahulu.


WALLAHU A'LA WA A'LAM..

Tuesday, August 18, 2009

Marhaban Ya MarhaBaN..!!


Ikhlas ada dalam senyum;
Sihat ada dalam redha;
Kehormatan ada dalam hijab;
Ketenangan ada dalam zikrullah;
Kedamaian ada dalam solat;
Pembersihan ada dalam puasa;
SALAM RAMADHAN KAREEM..

Hazrat salman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan syaa'ban:

"Wahai manusia!Telah datang kepada kamu 1bulan yang agung lagi diberkati.1bulan yang dalam bulan itu terdapat 1malam(lailatulqadar) yang lebih baik dari seribu bulan.satu malam yang ALLAH telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai amalan wajib dan berterawih pada malam hari sebagai amalan sunat.sesiapa yang cuba menghampiri ALLAH pada bulan itu dengan amalan2 sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan2 lain,dan sesiapa yang menunaikan fardhu pada bulan itu adalah seumpama seorang yang menunaikan 70fardhu pada bulan2 lain.

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga.bulan itu adalah bulan simpati,bulan yang ditambahkan iman kepada orang2 yang beriman.sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka,maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari api neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sikit pun daripada ganjarannya.

Bulan itu adalah bulan yang mana awalnya merupakan rahmat,pertengahannya pengampunan,dan akhirnya pelepasan dari api neraka.sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya(pekerja)pada bulan itu maka dia akan diampunkan ALLAH dan akan terlepas dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara.dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang memang kamu perlukan.adapun dua yang dapat meredakan Tuhan kamu adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan kamu memohon istighfar(pengampunan) daripadaNYA.manakala dua perkara lagi yang kamu perlukan ialah memohon syurga ALLAH dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa maka ALLAH akan memberinya minum dari telagaku(pada hari kiamat).dengan sekali minum,dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke syurga..

subhanallah!betapa agung dan tingginya bulan ALLAH,ramadhan kareem ini.dan betapa pemurahnya AR-RAHMAN pada bulan yang mulia ini.ganjaran2 atas segala amalan baik terlalu berlipat ganda.marilah kita sama2 berusaha untuk meningkatkan amal ibadat dibulan penuh barakah ini.semoga kita menjadi hambaNYA yang beroleh keuntungan,amin ya RABB..

"AMATLAH RUGI SESIAPA YANG TELAH DATANG PADANYA BULAN RAMADHAN,NAMUN BULAN ITU TIDAK DAPAT MENGHAPUSKAN DOSA-DOSANYA YANG LALU"

**Alhamdulillah tahun ini dapat berpuasa penuh sebulan di tanah air bersama keluarga tercinta.dan puasa kali ini mungkin berlainan sikit berbanding tahun2 yang lalu..semoga diri ini mendapat petunjuk & hidayah daripadanya,aminn...

Monday, August 17, 2009

~KEAJAIBAN~impian terkabul,rindu terlerai..

ALHAMDULILLAH...
sudah sebulan keberadaan diri ini di tanah air tercinta,,
tiada yang mampu diungkap,,
hanya ucapan syukur meniti dibibir,,
kalau memang sudah rezki,,
tiada siapa dapat menahan kehendaknya,,

RINDU..
terkadang rasa itu mencuit perasaan,,
suasana mesir menggamit memori,,
teman seperjuangan terbayang diingatan,,
andai ada jodoh pasti kita bersua lagi..

**saLam sayang buat kawan2 & ahli bait di mesir...rindu kamu semua..!!