Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Monday, August 30, 2010

La Tahzan!

Ditengah kelarutan malam,aku masih lagi on9, ntah apa saja yang diklik. searching.baca.analisis.(saintis pun bole kalah)^_^ Hari ini dalam sejarah,dalam bulan posa aku on "lappy" agak lama."invisible" memanjang.,(-_-) tiba2 ada mud maw update blog nie.. gud3x..

31 Ogos 2010(12.15am)

Bunyi bising kedengaran! memecah kesunyian malam! mood sedikit terganggu. oh..bunga api! hmm..biasa la tue.. "Salam Hari Merdeka ke-53"
Merdekakan idealogi pemikiran anda wahai anak2 merdeka sekalian!
 "jangan pernah mahu "dijajah" lagi!"
 
****
sambung story..;-

Klik punya klik. 
Searching punya searching.
Baca punya baca..
 
Terjumpa pulak ngan sesuatu yang menambahkan lagi "kesedihan" yg sedia ada ini..(T_T)
Hmmm..
Entahlah..
Agak sensitif pulak tengah2 malam ni..hee..^_*

**Terasa kehilaNgan pada sesuatu yang amat aku rindui..gelisah mahu membiarkan,resah mahu menghadapinya!

Ada yang hadir mengubati...~~

::LA TAHZAN::

Saudara,
Dalam kita meniti kehidupan seharian, adakalanya kita bersedih. sedih adalah sifat semulajadi manusia yang dicipta ALLAH s.w.t. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih. Sedih,suka,duka,bahagia,derita merupakan sunnatullah dalam kehidupan ini.

Bukankah ALLAH menciptakan tiap sesuatu itu berpasang-pasangan? sedih lawannya gembira,ataupun sedih pasangannya gembira. Derita pasangannya adalah suka,bahagia. Maka,adakalanya kita merasa sedih,dan itu adalah sifat semualajadi.

Nabi s.a.w mengajarkan doa.
Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih.lantas Rasulullah s.a.w bertemu dan bertanya kepadanya: "Wahai sahabat,mengapa kamu bersedih?"

Lantas sahabat itu menjawab: "ya Rasulullah,aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat diatas pundakku"

"Apa dia?" tanya Rasulullah.


"Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku."

Lantas baginda s.a.w bertanya: "Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,satu amalan,yang jika kau amalkan,nescaya segala kesedihan,kedukaanmu, akan diangkat oleh ALLAH S.W.T, akan dipulihkan dan akan diganti dengan kegembiraan dan kebahagiaan?"

"Sudah tentu... Sebutlah.apakah doa,apakah amalan itu ya Rasulullah?"

Lantas Baginda mengajarkan sepotong doa. "Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak manapun hutangmu, akan dilunaskan Allah SWT,setebal manapun kedukaanmu, akan dilenyapkan oleh Allah SWT."


“Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita,aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan bakhil,aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan tekanan perasaan(oleh orang lain)”

* Sangat suka baca buku "La Tahzan"! akan cuba mengukir senyuman yang termanis,walau sepahit apapun kenyataan itu...^_^

**Finally,jumpa jugak lagu st12 ni.."kebesaranMU"..beszz!! i'm Love it..<3<3<3 LAYANN~~ ^_^

Salam 10 akhir Ramadhan!

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan
Itulah dia malam Al-qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa..

Singkaplah tabir
Di sepuluh malam terakhir
Berlumba kita mencari keredhaanNya
Hidupkan malam beribadah dan iktikaf
Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan..

Di dalam bulan Ramadhan
Ada satu malam
Barangsiapa yang menghidupkan
Lailatul Qadar
Akan diampunkan dosa-dosanya yang silam

Raihan's nasyeed ~Lailatulqadar~


20 Ramadhan 1431h

Masa berlalu begitu cepat. Terasa seperti baru semalam bersahur ramadhan pertama.

Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah r.anhu, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:   
“Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keredhaan ALLAH, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”

Diriwayatkan daripada Aisyah r.anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Tirmidzi yang menyatakan, katanya: “Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu seandainya aku tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus aku ucapkan ketika itu?”

Nabi s.a.w menjawab: “Katakanlah:

 “Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha pengampun dan suka mengampunkan,maka ampunkanlah daku”


**Salam sepuluh akhir ramadhan! selamat beribadat. dikesempatan ini,inginku susun 10jari memohon maaf buat semua sahabat2 dan sesiapa yang mengenali diri ini andai ada berbuat kesilapan dengan sengaja atau tidak. RAMADHAN KAREEM! ^_^

Sunday, August 15, 2010

Tetamu yang dirindui..

Rejab, syaaban selesai sudah,
Hadir kini Ramadhan yang indah,
Marilah kita mengerjakan Ibadah,
Tanda bersyukur kepada Allah.

Irama gitar lembut meriah...
Pengantar tidur melepas lelah...
Segera sedar atas silap dan salah...
Mohon ampunan kepada Allah...

Di sini bukit di sana bukit,
Ditengahnya pula hutan cemara.
Salah silap banyak sikit,
Mohon pintu maaf segera dibuka.

Ehem..ehem… trip berpantun pulak kan.. @_@

 -5 Ramadhan-

Assalamualaikum semua!! Rasanya belum terlambat lagi kan mo wish “salam ramadhan kareem” (^_^)
Pada yang mengenali diri ini,mohon maaf atas segala kesilapan sengaja atau tidak..


Suasana ramadhan tahun ini kurasakan ada sedikit perubahan.. Bersyukur. Gembira.

Pengalaman paling tdk dapat dilupakan, buat pertama kalinya, merasa berbuka puasa beramai2 dirumah bersama ahli keluarga pada ramadhan yang pertama. Complete one big family,semakin meriah dengan adanya dua “baby” kecik kami! (aisya & qaleesya).. ALHAMDULILLAH,aku mensyukuri kesempatan itu! =)

Sakit! demam.selsema.batuk. sedikit mengganggu ramadhanku kali ini. apapun, "sakit itu kafarah dosa kecil" "Allahumma anta syafi, La syifaun ila anta"  AMIN..=)
Kesian mak.. terpaksa stay up every night..huhu..~~ kasih ibu,turut merasa kesakitan si anak.. =(

Akhirul kalam,selamat berpuasa semua..=)

Saturday, August 7, 2010

Seraut wajah ibu..

 ~sekadar hiasan~

Sedang aku menghayun si comel (qaleesya) dibuaiannya,mak yang sedang makan didapur memanggilku dengan suara separuh berbisik..

Penasaran. Hati bergetar.
 “Mesti ada apa2 ni” meneka dalam hati..

Diwajah mak terpancar “kerisauan” yg aku sendiri tertanya2..
“ika..ada benda mama mo cakap sikit..……” dari A sampai Z luahan mak aku dengari.

"Kebimbangan,kegusaran serta kesedihan" yang mak rasai sudah mulai aku fahami. Aku turut merasa yang sama. Menahan sebak.tidak mahu tewas.

Dalam masa yang sama,aku juga rasa gembira. Walau aku bukan anak sulung,dan mungkin dalam ramai adik beradik,aku bukanlah yang paling rapat dengan mak,dek kerana sikapku yang agak “diam” berbanding yang lain,tapi dalam hal seperti ini,mak menjadikan aku sebagai teman luahan. Aku bangga. Aku tahu ini kepercayaan yang tinggi buat diriku. Kepercayaan yg tidak boleh aku abaikan. Amanah dari si ibu!

“Rabbi yassir wala tu’assir… KAU tenangkan hati ibuku ya ALLAH..”

Terasa satu lagi hikmah “kepulanganku” tahun ini..ALHAMDULILLAH..

Monday, August 2, 2010

"Kata mereka"

Mereka sering berkata itu dan ini…Tapi tahukah mereka tentang apa yang mereka perkatakan itu?
Kalaulah mereka tahu….


Mereka selalu membuat tanggapan sana dan sini..
Tapi sedarkah mereka sejuah mana kebenaran tanggapan mereka itu?
Kalaulah mereka sedar…

“Rahsia dihati hanya ALLAH maha mengetahui..”

Subhanallah!

Menonton siaran “live” Majlis Tilawah Al-quran Peringkat Antarabangsa setiap malam menjadi rutin dirumah, walaupun kadang2 tidak sepenuhnya.

Beberapa malam yang lalu ;-
“Tika…sini cepat..tengok ni..”sedang sibuk didapur,aku dipanggil.

Terpana. Kagum. Terasa kebesaranNYA.

Giliran qari dari negara Qatar menyampaikan bacaannya. Apa yang mengkagumkan,qari itu adalah seorang yang cacat penglihatan!

Malu rasanya…

Dalam keadaan serba kekurangan, dia tidak merasakan itu adalah halangan buat dirinya..
“buta mata tidak bermakna buta hati”

~~ mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang celik mata dan celik hati.. AMIN..

Semalam pula, agak tertarik rasa hati mendengar bacaan oleh qariah yang mewakili negara Filipina.gabungan tarannum yang sedap didengar!

Aku juga mahu menjadi seperti mereka. Mahu menjadi pencinta Al-quran!

Alangkah indahnya jika aku juga mampu membaca Al-quran dengan tarannum yang baik.. insyaALLAH,akan ku pelajari suatu hari nanti, Ilmu tajwid perlu dimantapkan dahulu.. =)

 Jom jadi "pencinta Al-Quran"!!