Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, November 21, 2009

Riadah d' Hearty WISA

Awal pagi kemarin bersamaan 20hb November 2009, WISA (mahasiswi sabah) telah mengadakan program pertama bagi sesi baru 2009/2010 iaitu aktiviti yang berbentuk riadah dan telah diberi nama Riadah d’ hearty bertempat di hadiqah firdaus.


Antara objektif utama aktiviti ini adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli tidak kira dikalangan pelajar pengajian islam ataupun perubatan.dan sekaligus saling kenal mengenali dengan lebih rapat antara pelajar lama dan baru.



ALHAMDULILLAH,semua berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa orang banat yang tidak hadir pada pagi itu. Pujian harus diberikan kepada ketua dan ajk WISA sesi baru ini kerana program riadah yang dirancang sebagai riadah bulanan seperti ini adalah yang pertama kali dijalankan oleh WISA. Semoga ianya akan berterusan. Dan terima kasih buat semua yang telah memberi kerjasama.



Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada pagi itu ialah;

*Jogging 3kali pusingan.

*Senaman ringan (poco-poco)

*Permainan “dari mata turun ke hati”, “musang berjanggut” dan “silent game”.


Dan setelah habis aktiviti, semua berkumpul untuk sarapan bersama-sama.

Semoga aktiviti ini mencapai objektif dan menepati temanya iaitu “Yang jauh didekatkan, Yang dekat dieratkan.”


ucapan timbalan yang dipertua 2 BKPSM merangkap ketua WISA sesi 2009/10, Azlinah abdul gani.


Ucapan ketua program Riadah d' Hearty, Nuritriah salleh.
Antara banat yang hadir memberi kerjasama pada pagi itu,syukran!


Senaman ringan (poco-poco) sebelum memulakan games.

Wajah ceria 4 orang fasi dlm game "dari mata turun ke hati".

keriuhan berlaku sebentar,semua berusaha menghafal identiti diri orang lain.


itriah bersama ahli kumpulannya.

Nadia dan ahli kumpulannya yang happy go lucky!!

permainan terakhir pada pagi itu, silentg game.

Saturday, November 14, 2009

KehadiRan ahLi Baru

Sedang leka menghadap laptop,tiba-tiba handphone berdering menandakan 1 mesej diterima. Laju tangan menekan punat telefon.

"ka, wawa lahir sudah.jam 6ptg tadi,comel macam aisya jugak!" (12 Nov 2009)

Satu mesej ringkas yang sudah cukup membuat hati girang gembira yang tidak terkata.ALHAMDULILLAH.

Bertambah seorang lagi ahli keluarga kami.kalau sebelum ni hanya ada seorang anak buah,sekarang dah ada dua! Rasa sedih juga sekali lagi tak dapat bersama mereka menyambut kelahirannya. Salam sayang dari kejauhan sahaja yang mampu dikirimkan. Sekalung tahniah buat kakak sulung saya sekeluarga. Dengan pesanan,jangan lupa send gambar si adik kecik tu,orang disini setia menanti.huhu..


"PERMATA HATI AYAH & BONDA"

Kehadiran anak merupakan sebuah anugerah yang terindah bagi setiap pasangan yang berumahtangga. Kehadirannya pasti mampu menenteramkan hati sang ibu & ayah serta sesiapa sahaja yang melihatnya. Bak kata pakar motivasi yang sangat saya minati bayi yang baru lahir itu mempunyai satu aura yang sangat luar biasa. Mereka mampu menarik hati sesiapa sahaja. Faktor aura itu adalah kerana mereka lahir dalam keadaan suci dan bersih tanpa secalit dosa pun.


Sebuah hadis nabi yang mafhumnya; Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya), maka kedua ibubapanya lah yang menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Majusi. Muttafaq alaih.

Sememangnya menjadi tugas kedua ibu bapa mencorakkan kehidupan anak mereka. Sesungguhnya tarbiah itu harus bermula dari awal."Melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Hiasilah mereka dengan nilai-nilai kehidupan sebagai seorang islam yang sebenar.

Hadis nabi s.a.w yang bermaksud; Apabila meninggal anak adam,terputuslah segala amalan darinya kecuali 3 kebaikan:sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang mendoakannya.

**Bila agaknya dapat jumpa si baby kecik ni ar..hmm...

Saturday, November 7, 2009

Hepy besday buat si comel..!!


"HEPY BESDAY TO U...
HEPY BESDAY TO U...
HEPY BESDAY TO NURQISTINA AISYA..
HEPY BESDAY TO U..."

SANAH HELWAH YA GAMILAH...
SWEET 1th..
(07 Nov 2009)

Thursday, November 5, 2009

Majlis konvokesyen Universiti Al-Azhar sesi 2009

Ucapan alfu mabruk buat semua graduan Malaysia yang telah berjaya menamatkan pelajaran dibumi anbia ini. Khususnya buat kakak-kakak dan abang-abang senior sabahan. Alfu mabruk alaikum jami'an. Selamat kembali ke negeri dibawah bayu, curahkanlah segala ilmu yang telah dikutip di bumi barakah ini. Selamat berkhidmat!

Antara gambar kenangan bersama mereka di majlis itu;

**buat kak pidah,terima kasih sebab mengajak saya untuk menjadi pengiring pada hari itu. Terbayang beberapa tahun akan datang diri ini pula yang akan naik ke pentas dan menerima segulung ijazah. Amat ku nantikan detik itu! AMIN.. Permudahkan jalan untukku dan kawan-kawanku ya Rabb..

Tuesday, November 3, 2009

Jaulah sekitar kota kaherah

24hb okt yang lalu,saya mengikuti rombongan rehlah bersama kakak2 senior dari iskandariah yang telah tamat pengajian di bumi mesir ini dan akan balik ke tanah air buat selamanya.antara destinasi yang kami lawati ialah tugu peringatan Anuar Sadat (bekas pemimpin mesir suatu ketika dulu),giza pyramid,makam imam syafie & hadiqah Al-Azhar (Azhar park).


Destinasi yang paling menarik sudah tentunya ketika berada di pyramid giza. Teruja yang teramat sangat ketika sampai disana.nasiblah ada had ketinggian untuk naik di kawasan pyramid tu.kalau tidak mungkin kami sudah sampai ke puncaknya! ^_^


Yang lebih tidak dapat dilupakan adalah pengalaman naik dan menunggang unta!walaupun pada mulanya rasa takut menguasai diri,kami gagahkan jua semangat dan akhirnya unta berjaya ditawan walaupun terdapat sedikit adegan yang agak melucukan.hahaha..kalau ada rezeki di lain hari nanti,insyaALLAH kami akan kesana lagi untuk menunggang kuda pulak.hehe


Destinasi kami berakhir di hadiqah Al-azhar.disanalah kami menikmati permandangan matahari terbenam dan menjamu selera. Dan pastinya sesi bergambar tidak dilupakan.
Terima kasih yang terhingga buat mereka yang memberi peluang kepada diri ini untuk turut serta dalam rehlah yang sangat2 menyeronokkan.!!^_^

**setelah setahun berada dibumi anbia ni,barulah berkesempatan ke Giza melihat piramid dan unta didepan mata sendiri. Pelajar baru sesi 2009/2010 lebih awal mendahului kami.