Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Wednesday, June 20, 2012

Hadiah dariNYA


Tidak dapat digambarkan perasaan sepanjang perjalanan ke kuliah. Pertama kali rasa ambil result sendiri. Selalunya orang lain yang tolong uruskan. Debaran tu hanya ALLAH yang tahu.

ALHAMDULILLAH~!
Qul.. "Haza min fadhli Rabbi…" 

Hanya itu yang mampu terlafaz tika itu.

Perjalanan balik menaiki tremko aku tempuhi penuh kesunyian. Tenggelam dalam dunia ciptaanku sendiri tanpa mempedulikan orang-orang arab disekelilingku yang sentiasa dalam kebingitan.


"ALLAH sentiasa tahu dan bagi yang terbaik buat kita kan? Walaupun mungkin tidak nampak terbaik dimata kita dan dimata mereka, tapi terbaik dipandangan ALLAH. Bukankah itu lebih baik?" Cuba mengambil masa bermuhasabah diri.

Manusia terkadang alpa dan lupa. Sudah menjadi fitrah kejadian. Seringkali mereka mengharap dan mengimpikan yang terbaik, kemudian bila ALLAH bagi sesuatu yang kurang dimata penilaian mereka dan insan-insan lain, mereka jadi lupa. Lupa untuk bersyukur. Dan tidak kurang juga ada yang menyalahkan takdir ketentuanNYA.

Itulah manusia!

"Jika kamu bersyukur, akan aku tambahkan nikmat keatasmu. Dan jika kamu kufur(pada nikmat),sesungguhnya azabku amatlah pedih" Ini janji manis dan janji buruk yang jelas ALLAH sebut dalam Quran kan?

 Lantas, aku teringat satu kalam taujihat penuh hikmah yang sangat memberi inspirasi ni;


"Dapat banyak ka, sikit ka, yang penting SYUKUR kena banyak!" 

Terasa seperti disambar petir. Aku sedar ke dunia realiti. Dan,saat itu juga terasa mata pedih dan air mata pun laju mengalir. Aku menangis dalam tremko! Ish… memalukan!>_< Tapi,bukankah air mata kerana ingat nikmat ALLAH akan menjadi salah satu penyelamat dari api neraka?

 "Perasaan menghadapi kejayaan tersangatlah indah, apatah lagi sesudah merasai nikmatnya kepahitan sebuah kegagalan. Dua-duanya pernah aku rasai. Dan, perasaan itulah yang menjadikan jiwa dan diri ini sekuat hari ini dan hari mendatang insyaALLAH!"^__^

Pastinya, orang pertama yang aku cari dan luahkan segala curahan rasa adalah mereka yang jauh, keluarga tercinta. Suara kegembiraan dan kata-kata semangat mereka semakin menjadikan aku kuat. Rasa macam mau terbang sekarang! ^__^

USUL FIQH! Pastinya ini yang akan menjadi kenangan,pengajaran serta kekuatan buat diriku! I love this 'maddah' very much! Rasa sangat semangat dan nda sabar mo naik pangkat dan mulakan semester baru. TAHUN 4! The last one step to go! By the way, cuti tetap cuti kan? ^__^


"Aku bukanlah seorang pelajar pintar, apatah lagi cerdik pandai dan jauh sekali pelajar cemerlang. Apa yang pastinya, yang membawa aku hingga ketahap sekarang ini adalah kerana kurnia dariNYA. Dan berkat doa yang tidak putus dari dua orang insan yang bergelar ibu dan bapa. Semoga ALLAH redha pada usahaku. Dan aku yakin, ini HADIAH TERBAIK dariNYA!" 

Tiada kata selayaknya yang paling terindah untuk dilafazkan disaat dan ketika ini selain
ALHAMDULILLAH 
ALHAMDULILLAH 
ALHAMDULILLAH~ 

Juga, terima kasih buat yang sentiasa mendoakan.

Monday, June 11, 2012

Sweet escape~

Alhamdulillah...

Semalam, kami (barisan Exco BKPSM) sudah pun buat meeting. Bincang itu dan ini. Bentang program-program terdekat. Yang menjadi fokus kami kali ini ialah berkaitan 'memorendum' dan perjumpaan bersama pihak penaja (Yayasan Sabah) time cuti nanti. 'Kebajikan anak-anak Sabah harus diutamakan!'


Susah jugak kalau majoriti AJKT balik bercuti kan. Kesian yang nda balik, kena pangku banyak kerja. hehe. Xpa, nanti kami kasi bawak ole-ole ya? ^__^

Meeting pun sudah, urusan selesai sudah. So, it's time to holiday! Pagi ni akan bertolak ke Iskandariah, spend time disana sekejap sementara menanti yang lain habis exam. Yeah! adik-adik junior yang plan mau holiday sama-sama tu,jangan jeles yaaa...=)

Antara program terawal WISA untuk summer break ni! Rehlah Walk 'n Round~ Jom! ^__^

Antara program yang akan menyusul lepas rehlah ni, Health Care Day yang dijangka pada hujung Jun bersama dengan 'Diskusi Kitab'. Then, program 'Minggu Jilul Quran' pada awal Julai. 

Balik ja dari Alex nanti, jadual memang sangat fit. Xpa, lepas tu fly away sudah! ^____^

Okla, got to go.... takut peristiwa kejar train berulang lagi. So, kena sedia cepat! Bye. Jumpa di Iskandariah! ^_^

Sunday, June 10, 2012

Imam Maliki, pengarang kebenaran #2


Seperti yang dijanjikan, siap jugaklah sambungan entri pasal novel sejarah Imam Malik. Semoga bermanfaat. ^__^


Dihukum sebat 

Imam Malik merupakan salah seorang ulama' yang turut menjadi mangsa kekejaman pemerintah sama seperti Imam Abu Hanifah. Tapi, tidaklah seteruk Imam Abu Hanifah yang diseksa sehingga meninggal dunia didalam penjara.

Imam Malik dihukum sebat oleh Gabenor Madinah, dek kerana fitnah yang dilemparkan keatas dirinya oleh salah seorang ulama Madinah yang memusuhinya iaitu Syobiyah.

Segalanya bermula ketika salah seorang anak murid Imam Malik bertanya akan perihal talak yang dilafazkan dalam keadaan dipaksa. Imam Malik pun mengeluarkan fatwa bahawa apa-apa sahaja yang dipaksa hukumnya tidak sah. Termasuklah sekiranya seorang khalifah itu dilucutkan kuasanya secara paksa lalu diganti dengan orang lain.

Syobiyah yang pada waktu itu mendengar fatwa Imam Malik terus naik berang dan mengadukan perkara itu kepada Gabenor Madinah. Gabenor turut berasa marah lalu bertemu dengan Imam Malik meminta beliau menarik balik fatwa tersebut kerana bimbang rakyat akan menjadikan fatwa itu sebagai alasan untuk menentang khalifah Abu Jaafar al-Mansur kerana beliau menaiki takhta atas lantikan abangnya, khalifah Abbas as-Saffah tanpa persetujuan rakyat secara umum.

"Fatwa itu bersandarkan hadis nabi yang shahih. Sekiranya saya menarik semula fatwa itu bererti saya menolak hadis nabi Muhammad SAW." Tegas Imam Malik.

"Letakkan dia diatas unta dan bawa berjalan di sekeliling kota Madinah. Beritahu orang ramai inilah ulama' pendusta!" Suruh Gabenor.

Imam Malik tetap dengan pendiriannya walaupun dijatuhkan hukuman. "Saya bukan pendusta. Saya berkata benar. Tidak sah talak yang dipaksa." Kata Imam Malik.

Gabenor menjadi marah. Dia menyuruh Syobiyah memukul belakang Imam Malik dengan tongkat. "Saya dipukul kerana mempertahankan urusan agama. Ulama sebelum saya juga pernah dipukul malah ada yang dibunuh….." Syobiyah terus memukul belakang Imam Malik sehingga beliau pengsan.

Melihat penyeksaan yang dilakukan kepada ulama kesayangan mereka,orang ramai pun hilang sabar lalu bertindak menyelamatkan Imam Malik. Kemudian beliau diberikan rawatan. Dibahagian belakang badannya terdapat 70 kesan pukulan hingga salah satu tulang rusuknya cedera teruk.

Penyeksaan yang dilakukan Gabenor Madinah, Jaafar dan Syobiyah terhadap Imam Malik itu adalah diluar pengetahuan khalifah Abu Jaafar al-Mansur. Mendapat tahu akan berita itu,khalifah berasa sangat marah lantas melucutkan jawatan Gabenor Madinah dan syobiyah serta menjatuhkan hukuman keatas mereka. 

Kitab muwatta' 

Imam malik menghafal 100,000 hadis tetapi tidak semua hadis itu dijadikan sumber hukum dan rujukan. Selepas ditapis dengan teliti, Cuma 10,000 hadis sahaja yang diakui sah. Kemudian daripada 10,000 yang diakui sah itu disiasat dan dipadankan dengan firman ALLAH. Akhirnya, tinggal 5000 hadis sahaja yang benar-benar diakui sah yang diterimanya sebagai sabda Rasulullah SAW.

Dan akhirnya hanya 1720 buah hadis dimuatkan kedalam kitab muwatta' yang masyhur kita gunakan hingga ke hari ini. Ketelitian Imam Malik dalam berurusan dengan hadis Rasulullah SAW terbukti apabila beliau mengambil masa selama 40 tahun untuk menyiapkan kitab tersebut. Mula ditulis dengan cadangan dan perintah dari khalifah Abu Jaafar al-Mansur dan siap semasa pemerintahan khalifah Harun ar-Rasyid.

Pada suatu malam, Imam Malik mimpi bertemu Rasulullah SAW. Dalam mimpi tersebut baginda SAW menyuruh kitab itu disebarkan kepada manusia. Oleh kerana itu Imam Malik menamakan kitab yang dihasilkan dengan nama Muwatta' yang membawa maksud; disepakati atau tunjang atau panduan dalam ilmu dan hukum agama. 

Beberapa fakta yang ramai kurang mengetahuinya dan perlu diketahui; 

* Imam malik dikandungkan ibunya selama 2 tahun dan pendapat mengatakan 3 tahun.

* Sejak kecil, beliau mempunyai minat dan bakat yang mendalam dalam bidang nyanyian. Pernah menyuarakan hasrat untuk menjadi penyanyi kepada ibunya. Tetapi ibunya mahu beliau menjadi ulama yang terbilang mengikut jejak langkah nenek moyangnya.

* Imam Malik suka makan daging dan buah pisang. Beliau gemar makan pisang kerana katanya, pisang itu seumpama buah dari syurga kerana buah itu boleh didapati pada musim panas dan sejuk.

* Imam Malik akan memakai pakaian yang cantik dan bagus serta berwangi-wangian ketika mengahadiri majlis ilmu dan ketika membaca Hadis Baginda SAW.

* Menjadi sikap Imam Malik apabila berjalan, beliau tidak mahu sesiapa berada dibelakangnya. Beliau tidak akan berjalan mendahului orang lain malahan akan berjalan beriringan dengan orang itu.

* Imam Malik tidak pernah menolak sebarang pemberian dari sesiapa pun termasuklah para khalifah. Setiap kali mendapat hadiah yang berbentuk duit, beliau akan mendermakan kepada fakir miskin atau anak muridnya yang memerlukan.
***

Alhamdulillah, berjaya juga menyiapkan sedikit perkongsian daripada novel sejarah Imam Malik ni. Semoga bermanfaat buat sahabat sahabiah sekalian. Untuk tahu lebih lanjut, silalah dapatkan buku ni dan selamat membaca! ^__^

Saya akhiri perkongsian kali ini dengan salah satu nasihat Imam Malik yang sangat terkesan dihati ini;

"ALLAH tidak kasih kepada hamba-hambaNYA yang diberi nikmat melainkan hamba itu melahirkan kesan nikmat ALLAH itu. Lebih-lebih lagi orang yang berilmu." 


"Siapa mahu menjawab sesuatu masalah, dia perlu bentangkan dahulu dirinya kedalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat kelak." 

 Wallahu ta'ala a'la wa a'lam~

Saturday, June 9, 2012

Imam Maliki, pengarang kebenaran. #1

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah…
Buku pertama yang berjaya dikhatamkan untuk cuti kali ini. Rasanya macam mau kongsi setiap lembaran dari buku tu. Semuanya menarik!


Ok, kita mulakan dengan serba ringkas tentang riwayat hidup ulama' terbilang ini.

Imam Malik merupakan pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95hijrah bersamaan 712masihi dan wafat pada hari ahad 14 Rabiulawal tahun 179hijrah ketika berusia 86 tahun.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Imam Malik dikandungkan ibunya selama 2 tahun dan ada pula pendapat mengatakan 3 tahun. Beliau dikurniakan kecerdasan akal fikiran yang tinggi. Beliau berjaya menghafaz Al-Quran ketika diusia masih kecil. Imam malik mempunyai akhlak yang sangat baik, suka berpakaian bersih dan bagus serta suka kepada wangi-wangian.

Muhaddithin.

Imam Malik merupakan salah seorang muhaddithin(ahli hadis) yang tersohor. Sewaktu diusia mudanya, beliau seorang yang sangat cintakan ilmu. Setelah berguru mempelajari ilmu Quran dan Feqah, beliau beralih pula kebidang Hadis. Beliau berguru dengan Ibnu Syihab az-Zuhri.

Imam malik datang berguru Hadis dengan membawa seutas tali sahaja. Setiap kali mendengar gurunya membaca sebuah hadis, dia membuat satu simpulan pada tali itu bagi memudahkan dia mengingatinya. Perbuatan imam malik itu menimbulkan rasa hairan pelajar yang lain lalu mengadukannya kepada guru mereka.

"Apa yang kamu lakukan?" tanya Ibnu Syihab.


"Saya sedang belajar" jawab Imam Malik.


"Saya lihat kamu asyik bermain tali" 

"Saya sedang menghafal hadis-hadis yang tuan bacakan." 


"Bagaimana kamu melakukannya?" 


"Setiap kali saya mendengar tuan membaca sebuah hadis,saya menghafalnya lalu saya buat satu simpulan pada tali ini,dengan itu memudahkan saya mengingatinya." Jawab imam Malik.

Bagi menguji kebenaran kata-kata itu, Ibnu Syihab menyuruh Imam Malik membaca sebuah hadis yang baru dibacakannya. Imam Malik membacanya dengan lancar tanpa sepatah huruf pun yang tinggal. Semua kagum dengan kebolehan Imam Malik.

Sejak itu ramai yang cuba meniru cara Imam Malik menghafal hadis dengan menggunakan simpulan pada tali tetapi mereka tidak berjaya. Mereka juga bertanyakan rahsianya namun Imam Malik sendiri tidak dapat menjelaskannya.
"Sesungguhnya saya sangat menghormati serta mencintai hadis Rasulullah SAW. Setiap kali mendengarnya saya tumpukan sepenuh perhatian hingga seolah-olah dada saya terbuka bagi menerima kemasukan hadis-hadis itu lalu terus melekat dalam ingatan saya." Beritahu Imam Malik.

Pernah suatu hari Gabenor Madinah datang mendengar hadis yang dibacakan Imam Malik. Imam Malik terus membaca tanpa menghiraukan kedatangan Gabenor tersebut. Orang ramai bimbang sekiranya menimbulkan kemarahan penguasa Madinah itu.

"Mengapa kamu tidak menghiraukan kedatangan saya?" Tanya Gabenor selepas selesai Imam Malik membaca hadis. 
"Tuan Gabenor, ketika tuan datang tadi saya sedang membaca hadis. Saya bimbang mendapat kemarahan tuannya." Jawab Imam Malik sambil menunjuk kearah maqam Rasulullah SAW.

Tidak menunggang kuda.

Satu lagi tanda betapa Imam Malik terlalu cinta dan mengagungkan Baginda Muhammad SAW ialah beliau tidak akan menunggang kuda dikawasan Madinah. Imam Malik membeli seekor kuda untuk digunakan ketika keluar dari kota Madinah bagi memudahkan perjalanannya. Namun ada sesuatu yang menghairankan orang ramai. Salah seorang dari mereka memberanikan diri bertanya.

"Mengapa tuan tidak menunggang kuda ini? Bukankah tujuan tuan membelinya bagi dijadikan tunggangan?" 
"Bukankah disini terdapat jasad yang mulia Nabi Muhammad SAW?" tanya Imam Malik pula.
"Benar. Tapi apa pula kaitannya?" tanya orang itu pula.

"Saya malu kepada ALLAH sekiranya memijak-mijak bumi yang didalamnya terdapat jasad Rasulullah SAW dengan tapak kaki kudaku." Balas Imam Malik. Beliau hanya akan menunggang kuda sekiranya sudah sampai dipinggir kota Madinah.


Penasihat pemerintah.

Salah satu kelebihan Imam Malik ialah beliau disayangi oleh ramai orang termasuklah pemerintah. Bermula dari Gabenor wilayah hatta Khalifah. Sikap beliau yang agak lembut dalam menghadapi sebarang masalah politik menjadikan beliau lebih disenangi berbanding Imam Abu Hanifah yang agak lantang dan berani mengeluarkan sebarang fatwa dan menunjukkan protes terhadap khalifah yang dianggapnya zalim.

Ketika Zaid bin Ali cucu Husain bin Ali cuba menentang Khalifah Hisyam(kerajaan Bani Umaiyyah), beliau mendapat sokongan daripada Imam Abu Hanifah apabila beliau mengeluarkan fatwa dibolehkan menentang Khalifah Hisyam kerana berlaku zalim. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Seutama-tama jihad adalah kata-kata yang benar pada pemerintah yang zalim. Seutama syahid adalah orang mati dibunuh oleh pemerintah kerana mengucapkan kata-kata yang benar dihadapan pemerintah yang zalim itu" kata seorang ulama yang menyokong pemberontakan Zaid.

Namun, Imam Malik tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Beliau berbeza pendapat dengan Imam Abu Hanifah dalam masalah itu. Beliau tidak merestui perlawanan menentang kerajaan, meskipun kerajaan itu zalim, kecuali yang benar-benar diyakini, dengan perlawanan itu kerajaan yang zalim dapat ditumbangkan. Sekiranya memberontak pada kerajaan yang zalim dan diyakini penentangan tidak berjaya, perjuangan itu hanya sia-sia. Imam Malik lebih suka memberi nasihat kepada khalifah daripada mengangkat senjata.

Oleh kerana pendirian Imam Malik yang tidak menyokong pemberontakan khalifah Hisyam itu menyebabkan penduduk Mekah dan Madinah tidak menyertai pemberontakan Zaid. Benarlah seperti telahan Imam Malik, pemberontakan itu gagal dan ramai pahlawan yang mati sia-sia akibat pertempuran sesama umat islam.

***

Pada pendapat dan pengamatan saya yang dhaif ini, inilah yang dinamakan 'khilaf dikalangan umatku adalah rahmat'. Sikap keras Imam Abu Hanifah dan kelembutan Imam Malik punya kelebihan masing-masing dari sudut pandang yang berbeza. 


Dari sudut pandang yang pertama, sikap berani dan lantang Imam Abu Hanifah dalam mengeluarkan fatwa telah menerbitkan rasa gerun dihati khalifah Hasyim sehinggakan khalifah tidak senang duduk dan berfikir mencari jalan untuk meredakan pemberontakan yang ingin dilakukan rakyat. 


Walaupun ternyata pemberontakan itu tidak berjaya, pengajarannya ada buat khalifah Hasyim. Setelah peristiwa itu, beliau bertindak lebih berhati-hati demi menjaga hati rakyat sekaligus mempertahankan kedudukannya sebagai khalifah pada masa itu. 


Dan dari sudut pandang yang kedua pula, kelembutan Imam Malik dalam menghadapi sikap khalifah yang dikatakan zalim itu mendatangkan kebaikan serta keuntungan yang amat besar. Dengan sikap berkecuali Imam Malik itu, membuatkan khalifah Hisyam bertambah sayang padanya. Semakin kerap mereka berjumpa dan semakin banyak nasihat yang diberikan Imam Malik kepada khalifah. Natijahnya, khalifah Hasyim semakin lembut hati dan akhirnya tenggelam dalam keinsafan.

***

Apa yang dapat kita lihat daripada kehidupan para khalifah dizaman sahabat dan tabi' tabi'in ialah peranan besar ulama' yang memberi pengaruh dalam sistem kepimpinan para khalifah. Martabat ulama' pada masa itu diangkat tinggi serta menjadi tulang belakang para khalifah dari segi memberi khidmat nasihat dalam apa jua perkara yang melibatkan rakyat dan negara. Natijahnya, keputusan yang diambil oleh para khalifah adalah bersandarkan al-Quran dan Hadis melalui perantaraan para ulama'. 


Dan yang sedihnya keadaan ulama' kita pada hari ini jauh sekali jika dibandingkan zaman dahulu. Tugas ulama' sebagai penasihat kepada pemerintah tidak lagi dipraktikkan jauh sekali diambil berat. Jangan kata negara-negara bukan arab sahaja, bahkan negara-negara islam yang bersilsilah arab sekalipun kurang mengamalkannya. Ulama' hanya diberi mandat untuk mengajarkan ilmu di masjid-masjid, sekolah dan sebagainya. Pemerintah lebih senang mengambil keputusan tanpa merujuk kepada ulama serta lebih memberi kepercayaan kepada orang kanan mereka seperti wazir dan menteri yang bukannya pakar dalam bidang agama. 


Malahan, jika para ulama' bersuara, pastinya suara-suara mereka hanya dipandang sepi dan adakalanya dianggap menentang pemerintah. Inilah hakikat yang kita alami sekarang. Impak daripada tidak menggunakan khidmat ulama' inilah yang membawa banyak mudharat kepada negara dan khususnya rakyat.


Cukup setakat ini dulu ya? akan bersambung dalam entri yang seterusnyaaa.... ^_^



Thursday, June 7, 2012

Wordless Thursday???


15/05/2012

***

15/05/2015


# Orang selalu cakap Wordless Wednesday kan. So, saya tukar sikit. Alaa, tukar pegi hari khamis ja pun! Peace~ ^____^

Wednesday, June 6, 2012

Haflah Takreem.


Kemarin, 5 Jun 2012 iaitu bersamaan hari kemerdekaan kami (buat sekian kalinya mention pasal MERDEKA DAY. Show off betul! (^__^), Kuliah buat haflah (majlis) khas untuk kami sempena penutup sesi kuliah 2011/2012. First time berkesempatan datang haflah anjuran kuliah sebab dulu selalu ja 'lari' awal. =)

Majlis serba ringkas dimulakan dengan ucapan aluan Dr.Mostafa, orang kuat Kuliah Ulum Islamiah diikuti  alunan bacaan Al-Quran dari banin batch kami, Ustaz Hakimi.

Yang sedang bercakap ni la Dr.Mostafa. Beliau sangat baik! paling best kalau Dr ni ajar tarikh adab. Kalau time syarah bait syair,perggghhh! boleh rasa macam diawang-awangan. ^_^

Ok... Yang ni pulak 'Orang Besar' kuliah kami. Dr. Muhyiddin Afifi. 'Amid (Dekan) kuliah baru untuk sesi ini. Sangat TEGAS tapi PENYAYANG. Sangat concern pasal kehadiran. Banin yang 'paling rajin' datang muhadhorah boleh jadi 'tambah rajin' dengan ketegasan Dr ni. *_*

Hah... kalau mau tau, kitab yang banyak bersusun tu adalah mukafa'ah(hadiah) khas dari kuliah untuk pelajar-pelajar yang cemerlang. Yang dapat taqdir Mumtaz dan Jayyid Jiddan untuk exam sesi lalu. Mabruk semua! Bak kata Dr, hadiah 'ramziah'. Bukan sekadar hadiah biasa, tapi luar biasa, penuh makna terselit. =) 


# Rasa sedih bila 'amid kuliah bagi ucapan. Penuh dengan kata-kata nasihat,motivasi dan semangat. Terpancar diwajah beliau azam yang tinggi untuk bawak Kuliah Ulum Islamiah ke tahap yang paling cemerlang. Dan, azam beliau itu tidak akan terlaksana tanpa usaha yang gigih dari kami. Sangat termotivasi! >_<

# Bila berkumpul ramai-ramai (semua batch Ulum Islamiah), baru saya perasan yang bilangan kami sangat ramai. sudah ada 4 generasi. kalau dulu wajah-wajah yang sama dilihat dan hampir semuanya dikenali. sekarang tidak lagi. Sampaikan adik tahun1 saya ingatkan batch tamhidi. @_@

# Dapat mukafa'ah(hadiah) dari kuliah? Biar betul? Macam susah mau percaya kan. haha. Le70. ALHAMDULILLAH. Boleh buat belanja cuti-cuti di Alexandria nanti. Cukup untuk tambang train pegi balik dan sepasang jubah. ^__^


Atas permintaan pegawai Sabah, Ustaz Sabli Aliju, kami pun menebalkan muka bergambar didepan pintu kuliah. >_<

Wajah-wajah ceria orang merdeka! Posing saja-saja, bukan untuk bagi pegawai aa...^__^


Kebosanan melanda

Baru sehari stay dirumah tanpa sibuk berdepan dengan nota dan buku sudah cukup mengundang rasa bosan yang teramat. Keluar masuk bilik tanpa tujuan. Pegi bilik lain semua pun tengah study, zon larangan untuk mengacau. >_< Akhirnya, stay layan blues la sorang-sorang diruang tamu.

'Baru sehari, belum seminggu, apatah lagi sebulan! Boleh tekanan perasaan kalau begini ja.'

Niat dipasang, keinginan dikuatkan. WAJIB pergi Alex! Sekejap pun xpa. InsyaALLAH minggu depan akan ke sana! Kena selesaikan meeting dulu baru boleh 'lari'.

Imam Maliki, Pejuang kebenaran.

P/s: Sila abaikan prop yang tidak berkenaan. ^_^

Satu lagi karya Abdul Latip Talib menjadi santapan mata kali ini. Baru start baca lepas asar tadi. Hampir separuh muka surat sudah dijelajahi. Sangat sangat sangat menarik! Akan menghabiskan malam ini jugak! Terlalu banyak yang mahu saya kongsikan dari cebisan buku ni, tapi xmampu la mau taip sekarang. Maybe untuk post seterusnya? Wah! saya semakin rajin mengupdate laman ini! Apakah rahsianya? Adalaaaaa.... ^_^

Okay peeps! Jumpa nanti ya? Tata. ^___^

Menanti yang TERBAIK dariNYA

Entri ini ditaip dengan penuh khusyuk pada malam kemerdekaanku~ saja ja mau show off yang kami sudah MERDEKA. Hihi. ^___^

Alhamdulillah~ Setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan, setelah berminggu-minggu berhempas pulas, hari ini baru terasa senyuman tersangatlah bermakna. Tiada lagi 'next paper' yang membayangi hari-hari seterusnya. Senyum. Puas!

Secara keseluruhan, exam kali ni adalah exam yang paling semangat dalam sejarah exam aku disini. Asi ka? ^^ Walaupun agak kurang berpuas hati dengan persembahan untuk maddah Quran & Usul Fiqh, apa yang hanya mampu aku lafazkan, tawakkaltu 'alaALLAH.
Saya sudah beri yang terbaik, tunggu ja la ALLAH akan bagi yang TERBAIK untukmu! ^__^

Say no to 'HOMESICK' 

Kalau ingat tahun-tahun yang lalu, asal habis exam sem2, muka akulah yang pertama sekali angkut beg ke mator(Airport). Tapi tidak untuk tahun ini. >_<

Pada mulanya, niat dihati kuat sangat untuk tidak balik bercuti dan mau stay beraya dan ikut kelas sepanjang summer break. Tapi, apakan daya, perancangan ALLAH itu lebih KUAT berbanding niat dihati. Dan usikan nakal itu sentiasa menjadi hadiah buatku,seperti selalunya.

"Siapa yang cakap tidak mau balik tu ar? Cakap mau beraya disini." 
"Asika YDPA balik? Mesti jaga anak-anak buah disini!" 

Menjadi 'Alah bisa tegal biasa' frasa-frasa ayat ini dipendengaranku. Biarlah. Saya punya sabab musabab tersendiri. Mereka tidak perlu tahu. =)

Dan… Oleh kerana sedar akan tanggungjawab yang terpikul, niat balik awal harus ditahan dulu. Kali ini biar aku yang menghantar pemergian mereka dan menjadi golongan2 yang lambat sedikit. So, buat masa ini say no to HOMESICK!

TANGGUNGJAWAB MELEBIHI MASA YANG ADA. 

Oleh kerana aku memilih untuk balik lagi tahun ini sedangkan amanah terpundak dibahu, ada sesuatu yang perlu aku gadaikan. MASA!

'Alah, macam nda biasa korban masa kan. Small matter'. Ayat clise penyedap hati. ^^
Taqwim tahunan WISA harus dikejar, perlu disempurnakan! Sedangkan masa yang ada terlalu sikit.

'Sempatkah?' Ada sedikit gusar.

Berniat mahu membiarkan AJK @ Pengarah Program yang follow up, tapi MAJORITI Ajk saya balik! Jadi, kena la selesaikan semua sebelum balik.

* Health Care Day
* Rehlah WISA
* Minggu Jilul Quran
* Diskusi Kitab

Dan… beberapa meeting awal persediaan program tour sekolah-sekolah time cuti di Sabah nanti.*EXCITED*

Banyak kan?! Risau sangat xsempat buat semua ni. Satu hikmah juga exam kami kali ni diawalkan. Saya ada masa 2minggu lebih untuk bekerja tanpa TIMBALAN, SETIAUSAHA dan AJK. Memandangkan dorang masih exam. >_< Dont worry. ALLAH kan ada. ALLAH bagi kita 24jam = 1440minit = 86400saat sehari sebagai pembantu.

 'Kuantitikan masa dengan kerja yang berkualiti.' Berkat insyaALLAH.

#Cukup sampai sini dulu la story mory untuk kali ni. Oh ya! kalau rajin akan ada next post, jugak berkaitan Hari Kemerdekaan saya! ^__^

# Agenda pertama untuk hari ini ialah, operasi besar-besaran mengemas bilik!^^

Sebelum tu, untuk yang masih berbaki sisa-sisa hari untuk bertempur, manfaatkanlah MASA yang ada. kerana ianya tidak akan berulang. kalau pun berulang, pasti tidak akan sama keadaannya. So, grab peluang yang ada sebaiknya. 

Special dedikasi for my dearest sister yang tengah Exam dan so SICK sekarang ni, Kalau makan ubat memang akan rasa pahit-pahit dulu, manisnya SIHAT tu datang kemudian. Right?^^ 

Dugaan tu jadikan sebagai penguat dan bukannya alasan untuk jadi lemah! KAMI sentiasa mengirimkan doa yang terbaik. FIGHTING! with love dari 'orang jauh yang comel' =)

Friday, June 1, 2012

Ini adalah jalanmu kearah DIA~


Bismillahirrahmanirrahim...

Tetiba mood menaip dan meluah rasa datang. So, saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini! This is what we called 'Kerajinan jejari mengayat'. Hihi. ^___^

Well, masih dalam mood exam. Next week last pertempuran kami (Generasi Ulum Islamiah). Kuliah-kuliah lain baru mahu memulakan langkah masing-masing. Giliran kami pulak lepas ni bersantai2. Balas dendam sebab kami start awal! (*_*)

Macam biasa, makin mau habis exam, dugaan pun makin la kuat. kan? Terbaca status seorang sahabat di Fb. Nampaknya dia macam tengah down sangat2. Kesian dia. >_<

Tidak dinafikan,dugaan untuk aku pun terasa makin kuat. Masa ni jugak la timing tidur pandai terlebih, mood depan laptop 24jam, migrain tahap kritikal selalu sangat menyibuk, dan kerja-kerja rasmi yang tidak diundang pun datang. Tapi, masih undercontrol lagi la sebab saya ada ramai assistants dan supporters yang sangat-sangat inspiring! LOVE THEM~ ^^

Opss! Terlebih sudah. Actually, mahu berkongsi motivasi dan semangat buat sahabat yang down tu.~

'Macam la hebat sangat mau motivate orang, diri sendiri pun kurang terurus, ada hati mau bagi orang semangat ka?' 

'Ada aku kesah?! Sharing is caring bah!' ^__^

(Nukilan ini inginku dedikasikan dan kongsikan buat tiupan semangat sang sahabat dan sesiapa yang memilih untuk terdedikasi)

Duhai diri…. 


Kenapa perlu rasa penat pada jalan yang menjadi pilihanmu? 


Haruskah perasaan lemah dan malas itu menguasai dirimu sedangkan jalan yang engkau tempuhi kini adalah sebahagian jalan untuk mendekatiNYA? 


Tidakkah kau sedar? Ataukah lupa? Mungkinkah futur ditengah jalan? 

Bila berbicara tentang futur, seringkali kita kaitkan dengan kerja-kerja dakwah.
'Merasa lemah setelah bersemangat!' Futur + Malas + Tekanan = Berada di zon BAHAYA. 

Jom sama-sama hayati,renungi dan fikirkan mafhum hadis ni; "Setiap amal itu ada masa semangat dan masa lemahnya. Barangsiapa yang pada masa lemahnya ia tetap dalam sunnah(petunjuk)ku, maka dia telah beruntung. Namun,barangsiapa yang beralih kepada selain itu,bererti dia telah celaka." –Musnad Imam Ahmad-

If you feel that you are very down, just close your eyes and say, "This is my journey. He puts me here. It's His plan. So, I have just to carry on and trust HIM."


'A miracle do happen with ALLAH beside you~'

Tanpa sedar, aku sendiri termotivasi. See! Believe it or not; what you give, you get back!

Mode: Happy tahap gaban. Dan…. Excited sangat untuk 2papers coming up next!

#'Tauhid' and 'Dilalah wal 'Ma3ajim', be nice to me ok! See u all then. With love~ <3