Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Sunday, February 27, 2011

Kembali senyum...^_^

Dua minggu lebih sudah berada di Tanah Air..
Telah mengharungi beberapa detik indah yang tidak semua orang mampu rasai..
Indahnya kenangan itu..
Pasti tidak akan luput dari memori..
Oh Mesir! aku merinduimu..

Masa berlalu begitu cepat,
Berdebar menanti panggilan untuk kembali kesana,
Iya,aku gembira kerana rindu akan berbalas,
Tapi…
Aku juga sedih…
Kerana..ada yang kuinginkan disini..
Ada yang ku dambakan untuk terlaksana..

KAMI…
Seiring sejalan…
Saling membantu…
Saling sama menguatkan..
Dalam tujuan yang satu…

D.A.K.W.A.H
Impian dan matlamat yang sekian lama terpendam,
Kini masa itu seakan-akan memahami,
Ya ALLAH…
KAU permudahkanlah..

**Agak lama menyepi diri dari bercerita disini kan.. bukan sengaja,laptop kesayangan “sakit”,tiada mood mahu update blog tanpanya… ALHAMDULILLAH, ia kini sudah sembuh.. kembali cergas,ceria & senyum!^_^ 

Program “Menjejak generasi murabbi”!! kami bersedia untuk merealisasikanmu…AMIN YA RABB! ^_^

Wednesday, February 9, 2011

Uhibbu misr!

Kosong. Satu persatu mereka pergi meninggalkan kami dan bumi mesir ini. Menghantar mereka dengan pandangan dan perasaan yang bercampur baur.

“sabar.. giliran akan tiba jugak..” hati cuba ditenangkan.

Semakin berkurang ahli bilik pelarian satu! Haha~~ (makan pun jadi xsedap,bak kata zirah..order hadramaut ja la jawabnya..)

Aku salah seorang antara banat rombongan terakhir yang akan meninggalkan mesir.

“Heroin memang selalu last,..insan terpilih kan..” skrip cik maryam! ^_^

Awalnya,memang ada niat mintak kasi awal flight,family suruh,ada benda urgent kena urus.. Tapi,fikir punya fikir,xbaik pentingkan diri sendiri.. Cuba berkorban untuk kebaikan orang lain juga dan jangan menyusahkan..kan?kan? ^_^

*****

Melempar pandangan ke luar tingkap.. menghayati keredupan dan kesayuan kota kaherah,seperti ia memahami isi hati penghuninya. Dan seperti ia tahu kami akan meninggalkannya.

Ya! Untuk sementara waktu sahaja! Amin…

Awal pagi hari ini akan bertolak ke lapangan terbang.

Cairo--> Doha,Qatar--> Kuala Lumpur--> Kota Kinabalu.

** Mohon doa semua agar urusan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke tanah air..

Malizia! ilalliqo'...^_^

  Khabarnya... akan ada rusuhan besar-besaran yang akan menyaksikan pertempuran antara askar dan syabab misr khamis ini (10 Feb 2011)

Keberanian dan kekuatan mereka tiada tandingan,masih bertahan walau sudah masuk hari ke-14, masih teguh walau ramai yang sudah syahid. wa islamah!! qum ya ahlal misr...!

"ALLAHUMMANSUR ISLAM WAL MUSLIMIN"

Saturday, February 5, 2011

Siapa sangka…

1001 perancangan berubah sekelip mata dengan ketentuanNYA yang maha ESA..

~ Rehlah WISA ke Mansurah & Dumyat.
~ Flight balik Malaysia for winter break with Egypt Air cancel!
~ Appointment tertangguh.

Dan….. banyak lagi! Tidak terkira..

Tersedar. Mengakui kelemahan diri sebagai hamba. Hanya mampu merancang itu dan ini dan hanya DIA yang menentukan segala sesuatu. Sungguh kerdilnya kita!

Hati kuat mengatakan,ada hikmah disebalik semua ini!

******

REVOLUSI MESIR~~~  2011 menjadi sejarah...
 Solat itu tiang agama,.. inilah pejuang islam!

Pasti ada hikmah terindah disebalik semua ini,., Era kebangkitan ISLAM!
Sesungguhnya janji ALLAH & rasulNYA itu akan tiba.. 
Sabarlah menanti wahai pejuang-pejuang islam! kemenangan itu pasti milik kita!

Seorang sahabat bagi pendapat; "dimana kezaliman??kezaliman apa yang mau diperangi?? berapa sangatlah zalim Husni dibandingkan dengan Saddam Hussin?" hmm..masing2 ada pandangan sendiri kan..^_^


Mesir..

Sungguh,aku amat menyayangi bumi anbia ini. Berat hati mahu meninggalkannya. Semoga mampu kembali lagi. Amin..^_^

Khabarnya, Universiti Al-Azhar akan tawaquf (berhenti sementara) selama setahun. Entah sejauh mana kebenaran khabar ini. Masih dahagakan ilmu dari para ulama' dibumi anbiya' ini!

* Mohon doa semua agar kami selamat kembali ke tanah air...