Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Tuesday, June 29, 2010

"buka mata,celikkan minda,tarbiyyah hati"

~TUHFATUL MAR’AH”

Syukur.. idea pencetus dakwah yang lahir dari musyawarah & permuafakatan.. memang benarlah kerjasama & kesatuan amat penting dalam islam! Sungguh terasa kemanisan ukhwah itu~~

Tuhfatul mar’ah merupakan satu program tarbiyah & pemantapan rohani anjuran bersama biro dakwah & tarbiyah (BDAT) & mahasiswi sabah (WISA) BKPSM sesi 2009/10.

::Misi ::
Mewujudkan bi’ah solehah dikalangan mahasiswi sabah serta melahirkan generasi muslimah sejati.

::Visi::
Istimror wa istiqomah.

:: matlamat ::
>> menjadikan surau pusat kekuatan ummah berteraskan al-quran & sunnah.
>> menghidupkan suasana tarbiyyah islamiah & thaqofah.
>> mengeratkan silaturrahim dan merapatkan jurang sesama muslimah.
>> melatih kemahiran bercakap & menyampaikan dihadapan jemaah/berdakwah.

::Motto::
“buka mata,celikkan minda,tarbiyah hati.

Semalam,tuhfatul mar’ah sudah mula dijalankan..untuk yang pertamanya adalah slot dikhususkan kepada mahasiswi pengajian islam. ALHAMDULILLAH respon yang diterima agak positif,sumbangan idea yang tidak putus2..semoga semangat dakwah itu berterusan bersesuaian dengan visi program ini..

Malam ini pulak slot bersambung kepada mahasiswi perubatan. Cabaran menyampaikan kepada mereka lebih kuat,semoga ALLAH permudahkan! Dan semoga respon yang baik juga akan diterima..AMIN..
Harus diakui,diri ini bukanlah terlalu baik..diri ini juga pernah lalai,alpa,lupa,terleka seketika..sebab itulah tarbiyah perlu sentiasa dibiasakan,”rohani perlu diberi makan”bak kata kak lina. ^_^

Setinggi ucapan tahniah buat tenaga penyumbang idea serta pelaksana. Dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat yang sedia memberi komitmen & kerjasama..semoga ALLAH beri hasanah serta keberkatan dalam usaha ini.

"Luangkan masamu untuk bantu agama ALLAH,dengan izinNYA urusanmu akan dipermudahkan,barang siapa membantu agama ALLAH..bantuan ALLAH jua untuknya.." pesanan yang akanku sematkan didalam hati..

*****
Malam ini,akan bertolak balik ke Malaysia untuk fatrah bercuti. Sudah tentulah rasa gembira.namun,terselit sedikit rasa berat hati,sedih rasanya mahu meninggalkan program yang baru hendak bermula.sedih mahu meninggalkan “mereka” yang memerlukan kerjasama.T_T

Buat kak lina yang disayangi..,”setiausaha” kakak yang tidak bertauliah ini ingin memohon maaf sebab terpaksa tinggalkan kakak jalankan program ni. Tapi,yakinlah ALLAH sentiasa bersama..rabbuna yusahhil..!!^_^

Apapun,saya akan sentiasa menyokong dari jauh & mendoakan program ni.. anyway,jumpa disabah nanti..!! hehe..

Friday, June 25, 2010

Dari kami buat “dia”

~ TINTA KALAM ikhlas dari hati~ ahli bait syaah 5


Dia umpama ayah & ibu dalam keluarga kami disini..
Nasihat sentiasa meniti dibibir untuk kami adik2nya..
Kak lina…kami sayang kakak! Terima kasih atas segalanya..

Alhamdulillah,.. akhirnya semalam dipermudahkan jugak buat majlis sambutan harijadi tuk kak lina,terlambat seminggu..memang sebelum ni buat dunno ja..wish pun teda~~ memang sengaja,hihi.. plan mo sambut awal lagi tapi tpksa tangguh sampai habis exam..

Time: Waktu maghrib
Tempat: dining room,syaah 5 yang dipenuhi dengan makanan & belon yg colourful

Masing2 mengambil ditempat..buat2 kecoh mcm time makan yg biasa..

Dina: "kak lina! Cepat tgk dulu ni.." (taktik menjerat mangsa) ^_^

Kak lina pun dgn muka innocent dtg la..~~ tiba2 tgk belon yang bergantungan.~~

SURPRISE…!!!!!!!!

Syukurlah plan menjadi~~~ buat pertama kalinya semua ahli bait makan semeja merasmikan meja makan baru..^_^ dan hepi jugak sebab lama sdh mengimpikan buat surprise party yg ada belon..!! haha.. tq tuk pembekal oksigen yg pling berkaliber~~~




 *******
 Wish dari ahli bait syaah 5..sekarang kan maju sudah,xpyh buat kad lagi..~~ guna kemudahan elektronik ja..hihi

Just 4 you sis :-

Selamat hari lahir ke 22..
Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezki,senyum selalu..
Dah jumpa jodoh nanti,jgn lupa jemput..
-maryam-


Happy birthday..
Panjang umur,murah rezki..
-veynessa-



Hepi birthday yg ke 22
Semoga dgn pertambahan usia ini akan membawa lebih banyak makna dalam hidup kaka..
Semoga panjang usia,murah rezki,lulus dalam imtihan & bajah dalam hidup..
-maget-





Sanah helwa kak lina!
Semoga bahagia dunia akhirat,Berjaya dalam hidup..
And semoga makin cantik & cute..hehe
Sayang kaka selalu ^_^
-sweety sweet @ atul-






selamat hari lahir! Moga panjang umur,murah rezki,berkat dunia akhirat.moga najah dalam imtihan..
hope u happy & success always!
FIGHTING!!
-dang alai88-


 Kak lina yang kami sayang,
Selamat hari lahir yg ke 22,semoga murah rezki dan panjang umur.
Kak..cepat kawin anak raja!!hahaha..
Sayang kaka!!
-budak kicik @ ittriah-





Unni < kak lina>
Hapie befday..^_^
Semoga success selalu..
Never give up in everything u do..
SARANGAE~~~
-DINA-


“Life too short to be unhappy.. full ur life with joy & fun…”
Kuatkan semangat meneruskan perjuangan,kami akan sentiasa berada dibelakang kakak,akan menyokong setiap langkah gerak idea pencetus dakwah.. la tahzan,innaALLAH ma’ana… ^_^

“Takkan ada penggerak tanpa jentera tolak semangat yang kuat,kakak adalah penggerak & kami adalah jentera yang hanya menanti arahan & sama2 bertindak..jangan mudah mengaku kalah & menitiskan airmata kekalahan!" ^_^
-sukainah-

SALAM SAYANG DARI SEMUA..~~~~ =)

Monday, June 21, 2010

aku kalah..!!


rasa itu adakalanya hadir..
menggetar hati..
hati yang sememangnya kelam..
terbawa jauh..

entah kenapa..
serasa diri ini terlalu lemah…kerdil..
tidak tahu perlu berkata apa..
tidak tahu harus berbuat apa..
kaku! Selayaknya sebuah tugu..
kaku,keras,tegak,utuh..
walau angin atau ribut apa sekalipun yang melanda..

“adakalanya sesuatu perkara itu lebih baik kita diamkan,kerna disana wujudnya hasanah serta hikmahnya” kata mereka..

Hati tertanya-tanya “benarkah? akankah terjawab dengan berdiam diri? Bisakah terungkai?”

Harus ku akui,dalam diri ini ada sedikit sifat ego.. tidak akan sesekali membiarkan orang lain tahu apa yang aku rasakan.serasanya semua itu hanya milikku,tidak perlu dikongsi..!! aku terlalu tamak & kedekut dalam hal seperti ni..!!

Adakalanya aku cuba berkongsi,meluah semuanya,tapi ternyata aku kalah! Kalah pada fitrah sifatku.. yang mampu ku kongsi pun mungkin hanya secebis rasa ataupun titis airmata sebagai pengganti..

KENAPA AKU TERLALU LEMAH??
KENAPA AKU HARUS KALAH??

Perjalanan ini dirasakan semakin sukar… tanpa “sesuatu” yang sangat kurindui… aku tahu & aku sedar..tapi,,aku tidak mampu..hanya membiarkan angin lalu menghembusnya pergi..

Aku harus tegar… aku perlu ditarbiyah.. aku tidak ingin terus hanyut & kalah pada perasaan.. bantu aku ya ALLAH…
“hadirkan seseorang yang mampu mentarbiah jasad & jiwaku dengan sebaik-baik tarbiyah” itu yang aku mohon!! Perkenankan ya RAHMAN ya RAHIM….

Sunday, June 20, 2010

Yaumul istiqlal ^_^

Alhamdulillah…setinggi kesyukuran dirafa’kan..akhirnya,setelah berhempas pulas memerah otak & tenaga selama tiga minggu lebih..kemarin berakhirlah sudah imtihan semester dua..^_^

Soalan yang sering diajukan…
”antara semua maddah,maddah apa yg paling kick??”
 Entah! Garu kepala jugak memikir…rasanya macam semua pun kick..hihi..

Kalau mau banding maddah2 sem lalu & sem ni..maddah sem 2 ni ringan sikit larh.
Cuma…,,dugaan yg datang bertimpa sedikit menguji…hampir lemas terkapai dipertengahan jalan.mujur DIA sentiasa disisi serta berkat doa mereka yang tidak putus-putus.

Adakalanya kegusaran menyelinap segenap ruang dalam hati..mampukah untuk meneruskan? Akankah kekuatan itu terus utuh dihati? Bisakah menepis semua? Itulah yang akan kurungkai setibanya disisi mereka yang kurindui..hanya nasihat & semangat mereka mampu mengembalikan kekuatanku selain petunjuk dariNYA..

Maddah komputer pada hari terakhir membuatkan diri ini sedikit ralat.. timbul sedikit rasa tdk puas hati terhadap beberapa perkara sewaktu praktikal test..rasa itu mengganggu konsentrasiku sewaktu menjawab soalan bertulis..mahu rasanya meluahkannya kepada dukturah tapi,soalan sudah diedarkan..sekadar membiarkan ia berlalu begitu sahaja..dan..rasa tidak puas hati itu masih wujud! dan dapat aku rasakan saat itu,titik mutiara yang gugur dek menahan rasa dalam hati. Itulah perkara lazim yang akan terjadi pada diriku!


"Cengeng!! emosi!! sensitif!!" mungkin itu yang mereka sangka.
"Maybe.." jawapan seringkas itu sahaja perlu dibalas,hanya yang tahu & faham akan mengerti..

Apapun,kena terima jugak sebab semuanya sudah berlalu..anggap sajalah semua itu adalah kesalahan diri sendiri..ya! mungkin salah aku jugak~~~

"kalau timbul rasa sesuatu yg tdk kena,letak saja kesalahan itu diatas diri kita sendiri,agar kita dapat membetulkan diri tanpa perlu memandang kesalahan orang,secara automatik,diri kita yang akan tertarbiyah walaupun atas kesalahan orang lain" nasihat dari seseorang yang boleh digelar "sahabat".aku menghargainya...=)

Sekarang..hanya perlu tawakkal kepada ALLAH....semoga sahabat & sahabiah semua najah..dan tahun depan,dapat naik tahun 2..aminnnnnnnnnnn ya Rabb!!

******
Semalam..lepas habis imtihan,petangnya terus ke "hussein"..beli barang untuk bawa balik sabah..~~ perjalanan yang memenatkan tapi, enjoy la..~~ thanx tuk "geng bas sekolah" & dua orang "pak mushrif" yang sporting dan tabah mengikut kami..~~

Wednesday, June 16, 2010

~The road not taken~



TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that, the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference. 


Membuat keputusan adalah Lumrah kehidupan.. memilih antara dua adalah satu cabaran.. bila hati terpaksa membuat penilaian mencari yang paling terbaik,terbitlah rasa gelisah didalam hati… bukan mengeluh mengenangkan ujian yang baru sejentik DIA turunkan,sekadar gusar menanti natijah pilihan itu..

Yakin padaNYA…percaya dengan sepenuh kepercayaan pada ketentuanNYA..pasti tiada keluh kesah serta gundah gulana disudut hati yang dalam.. kita merancang,DIA juga punya perancangan..sesungguhnya perancanganNYA adalah yang paling terbaik buat kita…

*****
Kehidupan blog kembali cergas…fatrah imtihan semester 2 hampir keakhirnya.. petang tadi selesai sudah maddah hafalan..coming soon,last paper “computer”..this Saturday..^_^

Nafas lega dihembus sekuatnya…kelegaan makin terasa..terbit sedikit kegusaran menanti natijah..bismillahi tawakkaltu 'alaALLAH..kata2 semangat sentiasa lahir dari mulut “mereka” yang kusayangi..
“jangan terlalu gembira walaupun sudah habis exam,teruskan berdoa..perjalanan ilmu takkan terhenti..” itu kata mereka..aku menerima dengan hati yang sayu…terima kasih mak..mudah-mudahan “najah” itu milik kami..amin ya rabb…

Mengira masa yang berjalan..menanti detik-detik untuk berjumpa dengan mereka yang kusayangi & rindui…^_^

Rindu yang tertahan itu ibarat telur dihujung tanduk..hanya menanti masa sahaja..dan akhirnya pecah serta terungkailah segalanya… menanti tibanya saat itu..biiznillah…^_^