Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Thursday, December 31, 2009

Lambaian terakhir 2009 ~1001 kenangan~


Hari terakhir berada di tahun 2009.. Esok segalanya akan berubah.. Angka 9 itu akan bertukar menjadi 10. Apa bezanya? Sudah tentulah satu angka yang baharu yang membawa makna segalanya harus perlu diperbaharui. Betul ka? Lazimnya orang akan bertanya, “ apa azam baru tahun ni?”.

Hmm.. pastinya apa yang kita azamkan adalah sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Pasanglah azam, thabatkan hati dalam istiqamah kearah mencapai azam itu!

Hati ini terasa girang dan terselit sedetik hiba bila melihat kembali diary 2009 milik persendirian. Ada azam dan target yang terlaksana, dan ada juga beberapa yang tidak sempat tercapai sebelum tahun 2009 ini mengorak langkah pergi. Semuanya atas kelemahan dan kelalaian diri sendiri. ^_^

“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada ALLAH.”

Apa yang penting , teruskan semangat untuk menempuh cabaran dimasa akan datang! Ya! never ever say giveup! Be the truth of yourself gurl ! go Sukainah !! I love myself and everybody who’s loves me forever & ever..!! ^_^

~Tinta Rasa, Luahan Hati~
Seribu satu kenangan pergi bersama angin sepi..
Tiada apa yang diharap melainkan keindahan hari2 yang bakal mendatang..
Biarlah sakit yang terasa dipenghujung 2009 ini menjadi ubat yang paling mujarab padanya 2010.
Sakit itu sementara dan pasti ada ubatnya. 
Hati yang sayu dan pilu berbicara sendiri sambil manik-manik mutiara itu setia menemani..
Indahnya terasa andai ada yang mengerti. Aku yakin DIA sentiasa mengetahui..
BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALALLAH.. 

Pastikan senyuman lebar itu terus dan sentiasa terukir…^_^

* sukainah : mengikut kamus dewan edisi saya ialah perkataan bahasa arab yang asalnya diambil dari perkataan sakinah, yang membawa maksud ketenangan.hehehe.. actually, this is my new name & i.d..haha..nama ni diberikan oleh syeikh ‘Azim,iaitu guru talaqqi Quran dengan alasan nama saya susah untuk disebut. Syeikh juga ada bagitau yang sukainah ni adalah nama anak Saidina Hussein (cucu nabi s.a.w).Tahun baru ni dapat nama baru la pulak.. terus tukar i.d ym..haha..not bad kan nama baru ni??hehe..


~SELAMAT TAHUN BARU 2010.~


Wednesday, December 30, 2009

Musibah teman..

Musibah yang datang itu adalah ujian.
Tanda kasihNYA..
Ujian untuk mengukur sejauh mana keimanan dan pergantungan kita kepadaNYA..
Tiada kekuasaan yang lebih berkuasa melainkan dia..
Dan ingatlah bahawasanya ALLAH tidak akan menguji seseorang itu melebihi kadar kemampuannya..

Allah berfirman yang bermaksud : " Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "innalillahi wa inna ilaihi raji'un". mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." Surah Al-baqarah ayat 156/157.

Beberapa hari yang lalu, saya sempat berchating dengan kawan rapat di Sma Toh Puan dulu, Dgku Siti Zulaikha. sempat juga video call, terubat rindu dapat cerita sambil tgk muka,hehe.. Banyak yang kami sembangkan sehinggalah kisah adiknya yang sakit. tumpang bersedih. ika, banyakkan bersabar k. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan segalanya.


Kami yang mengenali Ika sebagai seorang yang happy go lucky dan sangat menghiburkan. Dia merupakan anak sulung dalam keluarganya, bapanya meninggal ketika kami berada di tingkatan5.Dan kini adik bongsunya menghidap sakit leukemia dan dalam proses penyembuhan.







Kepada ika sekeluarga, harap bersabar atas ujian ini..Pasti ada hikmah disebalik semua ketentuanNYA, redha dan terima dengan hati terbuka.. Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatannya, AMIN...

 
Ika & her famiLy..!! ikaaa... rindunya ngan ko.. kimsalam mama  & adik2 ko semua aa... Mudah-mudahan ada rezki kita dapat jumpa lagi.. =(

Kisah Penipuan terhadap cik Nadia!

Kisah bermula...

Suatu malam bertarikh 28disember 2009.. jam 11malam..

SITUASI PERTAMA..

lokasi : Syaah 6, imarah sabah, Kaherah.

Sang penipu : "Nadia! jom pegi syaah(rumah) sebelah ,si chaq datang dari Zagaziq,dorang mntak tolong kita!" Dengan penuh kemekongan si fulan ni mengajak.

Nadia : Oh yaka??!!! bah,kejap..kejap.. Si mangsa ni pun dengan rasa mengantuk yang sedia ada terus tersedar dan percaya dengan sepenuh kepercayaan kepada sang penipu itu! kasihan...

Sang penipu tu pun tersengih sendiri tanpa disedari oleh mangsa..

SITUASI KEDUA..

Lokasi: syaah 5 yang paling vouge di imarah sabah..^_^

Sang penipu dan si mangsa pun masuk dengan keadaan rumah yang gelap.

Sang penipu : "Aik, napa gelap ni ar...??" sengaja blur ..!!

Nadia : "hmm.. tidur kali suda dorang kan? mana c kar aa.."

Belum sempat si mangsa mau melangkah masuk ke bilik tuan puteri yang terutama..hehe.. TIBA-TIBA.....!!!

Jeng..Jeng..Jeng...


SUPRISE..!!!!!!!!!!!!


NADIA TERTIPU...!!!!

HEPY BESDAY NAD..!!! SANAH HELWAH..!! lagu harijadi kami laungkan dalam pelbagai bahasa,chewah! korea pun ada bh..( si mangsa ni fanatik korea..kn nad?^_^ )

Si mangsa pun sangat2 la terkejut.. Dan....manik2 pun gugur...alamak! part sedih la pulak...hahaha... Sory nad tipu ko..hehehe.. Teror kan aku?? ble jadi pengarah n buat wayang kn? peace!!^_^

Watak - watak dalam penipuan ni adalah :

Sang penipu: Salbiah Asman @ kak bie'
Si mangsa: Nadia nadhirah salpad
Jurukamera : Siti farhana
Pembantu khas : Ahli bait syaah 5 yang sporting giler.. Luv u all'z..
Pengarah , penulis skrip, penerbit : Tuan puteri yang terutama @ kar_tiesya..hahaha^_^

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembikinan penipuan ini samada secara langsung @ tidak!hehehe...^_^ <---- cam kenal ja ayat ni kn.. JAZAKUNNALLAHU KHAIR..!!



Kek yam strawberry..!!my pebret..and nadia too..nyam3x.. sedap kan nad?? just 4 u.. penuh ketelitian ni aku buat..hehe..oh ya, nda lupa juga 4 my assistant di dapur, Magidah..syukran!




just a simple present la nad...tapi meaningful kn??^_^


geMbira sangat dapat buat suprise untuk nadia wlupun smuanya buat last minit.. sory la nad aa..ampun maaf dipinta,xlama lg kita exam kn..hehe.. 0-0.. Akhirul kalam, sanah helwa ya sohobati gamilah..!! ^_^

Saturday, December 26, 2009

keistimewaan bulan muharam.

Muharam adalah bulan  pertama dalam kalendar hijrah. Bulan ini juga adalah salah satu daripada bulan2 haram dalam islam. Nabi s.a.w menyebut bulan muharam sebagai bulan ALLAH bagi menandakan kemuliaan dan kelebihannya.


Dari Abu Hurairah r.a nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seutama-utama puasa adalah puasa dalam bulan ALLAH al-muharam, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."

SEJARAH HARI 'ASYURA

Salamah bin al-aqwa' r.a meriwayatkan: maksudnya: " Bahawasanya rasulullah s.a.w telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia pada hari 'asyura,sesiapa yang telah makan pada hari tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan (teruskan berpuasa)." HR bukhari.

Aisya r.anha berkata: "adalah umat islam dahulunya berpuasa 'asyura sebelum difardhukan Ramadhan,hari tersebut adalah hari orang2 jahiliyah menyelimutu kaabah(dengan kain selimut), apabila ALLAH memfardhukan Ramadhan, rasulullah s.a.w bersabda: "siapa yang hendak berpuasa 'asyura, maka berpuasalah, siapa yang tidak hendak,tinggalkanlah." HR bukhari & muslim

Apabila difardhukan puasa ramadhan pada pertengahan tahun ke-2 hijrah, maka dimansukhkan hukum wajib puasa pada hari 'asyura dan kekal hukumnya menjadi sunat. Pada tahun ke10 hijrah nabi s.a.w berazam untuk berpuasa 'asyura berserta dengan hari sebelumnya iaitu hari ke9 muharam agar berbeza dengan ahli kitab yang juga berpuasa pada hari 'asyura sahaja.

Antara peristiwa yang berlaku pada hari 'asyura ialah;

* penciptaan nabi adam a.s

* ALLAH s.w.t menyelamatkan nabi ibrahim daripada api yang membakarnya.

* ALLAH s.w.t melepaskan nabi musa a.s dan nabi harun a.s daripada haman.

* ALLAH s.w.t membelah laut untuk nabi Musa a.s dan menenggelamkan firaun bersama bala tenteranya.

* ALLAH s.w.t mengeluarkan nabi Yunus a.s daripada perut ikan nun.

* ALLAH s.w.t mengeluarkan nabi yusof dari telaga yang dalam.

* ALLAH s.w.t menganugerahkan kerajaan kepada nabi Sulaiman a.s

Galakan berpuasa pada hari 'asyura.


Abu qatadah berkata, Nabi s.a.w telah ditanya tentang puasa pada hari 'asyura ,baginda menjawab: ia (puasa 'asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu" Dalam riwayat lain,maksudnya: "dan puasa hari 'asyura,aku mengharapkan agar ALLAH menghapuskan dosa setahun sebelumnya" HR Muslim.

Wallahu a'lam..

Selamat berpuasa..semoga amalan kita diterima..^_^

just 4 her..




Sekalung tahniah buat adikku MASLINA BT HAPLAN..
..U did very well...
..proud of u..

..keep on try..
oWez pray 4 ur success..

p/s: ingat semua pesanan 2 aaa... Study dri awal untuk SPM nti.. solat & doa jgn lupa k.. terima kasih sebab buat semua orang hepy.. klu dapat handphone jangan lalai.!! tunggu ja hadiah dari mesir,insyaALLAH...^_^
SALAM SAYANG & RINDU ..!!

Friday, December 25, 2009

العقل السليم في جسم السليم



Sebelum fatrah imtihan bermula, sekali lagi untuk bulan disember ini WISA telah mengadakan riadah d'hearty.. suasana agak berbeza sikit dari bulan lalu, mungkin sebab cuaca yg sangat sejuk,.bila bercakap pun mulut keluar asap..!! haha..semua pun kejantungan dengan keadaan macam tu..ala-ala berada di korea la konon...=)

overall,semua berjalan macam biasa.. walaupun xbrapa ramai yg join..penat jugak membangunkan orang ni,kecoh 1 rumah bila bigboss da membebel..haha.. tq la pd yg bangun jg sebab dipaksa.. especially majida, dgn comforter sekali kena tarik..haha.. tq sis.!!

Antara aktiviti yg kmi buat ialah berlatih menyanyi lagu puteri WISA, yang diajar oleh para senior2 lama.. ter"SUMBANG" sikit pun ada jg,nasib xhujan..=)

Then, 2 games yg kami main pagi tadi "ice freeze" dan "pasang telinga".. Sangat kecoh!! Terima kasih semua..


* kuku kaki kakakku kaku..kaku kuku kaki kakakku..kuku kakiku ok..kuku kaki kucing kakakku ok..kuku kaki kau ok?



*I thought a thought.
But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought. If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn't have thought so much. 










Thursday, December 24, 2009

Demam Exam..!!

Exam.. Peperiksaan.. Imtihan.. ??!! aduh...macam mo demam pun ada ni..



Terpampang jadual di dewan kuliah.. imtihan bermula 17 januari 2010, dan akan berakhir 04 februari 2010.. tinggal berapa hari lagi?? 24days to go....!! aduh....tolak makan,minum,tidur,main,dan hmm..apa2 la yg sewaktu dengannya..

Entah kenapa ketidakyakinan menguasai diri ini. terutama dalam beberapa maddah..tauhid,tafsir,qodoya aqdiah..ya ALLAH..permudahkanlah segalanya... 

9 maddah untuk semester 1..dan yg lagi mencabar setiap subjek akan ada syafawi @ oral kecuali 2maddah iaitu tauhid & ulum hadis. fuh..takut juga la..mmg ada rasa mo demam da ni..

Apa yang paling penting, Usaha,doa & tawakkal.. Nasihat dan semangat dari mereka akan sentiasa ku semat dalam hati..

TABAHKAN hati...SALAM IMTIHAN buat semua kawan-kawan seperjuangan, kakak-kakak dan adik-adik yang bakal berjuang di bumi anbia ini. Bittaufiq wannajah.

**Mohon doa dari semua... ^_^

Generasi kedua

Penantian mereka berakhir.. mereka tersenarai menjadi mahasiwa/wi Universiti Al- Azhar, kuliah ulum islamiah. Dan mereka menjadi generasi kedua mengambil jurusan ulum islamiah di bumi anbia ini. Alfu mabruk & ahlan wasahlan diucapkan kepada 6orang anak sabahan.

* PANGERAN MOHD FAEZUL FIKRI.


* MOHD AMIRUDDIN.



* MOHD HAFIF HANAFI.


* MOHD FIKRI PUTUNG.


* MOHD AJRUL MUKMIN.


* MAJIDAH BT HASSAN.

Gembira juga bila mereka-mereka ni diterima masuk,bangga jugak ada wakil dari sabah untuk tahun ni,walaupun banat seorang ja.. sebelum ni kawan-kawan semenanjung ada jugak tanya,

"Sabah takde hantar wakil ke tahun ni?"

Akhirnya soalan mereka terjawab juga,,,
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua..walaupun masuk lambat kuliah.. try da best!! sama2 kita berusaha dan saling mendoakan satu sama lain. SABAH BOLEH..!! MALAYSIA BOLEH..!! ^_^

KULIAH KAMI...!! cantik kan?kn?hehe..

Thursday, December 17, 2009

SaLaM MaaLhijRah 1431..


 
"Ya ALLAH,jadikanlah lipatan tahun baru ini sebagai tahun yang lebih engkau berkati & redhai.. Jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun yang telah lalu.. Ampunkanlah dosa-dosa kami, Hilangkanlah kegelisahan kami, hapuskanlah kesedihan di hati-hati kami, Terimalah segala amalan kami dan Engkau permudahkanlah perjalanan hidup kami, Sesungguhnya hanya kepadaMU lah tempat hamba yang kerdil ini memohon.."

AMIN.....

Salam tahun baru 1431 hijrah buat semua kaum keluarga, sahabat handai serta seluruh umat islam..^_^



Wednesday, December 16, 2009

Smiling is healing...^_^







~Hadapi dengan senyuman...~

~SenYum i2 SEdekah..~


"WHEN U SMILE, EVERY 1 SMILE WITH U, SOMETIME EVEN BIG DIFFICULTIES LOOK SMALL,KEEP UR FACE SMILING" ^_^

** Best of luck..!! L.O.V.E,,..ketenangan itu ada dimana-mana..

Sunday, December 13, 2009

"Don't despair,ALLAH always by ur side"



MAHER ZAIN LYRIC -INSHA ALLAH-


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never lose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah you’ll find your way (x2)

He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that can show me the way,
Show me the way (x3)

Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah we’ll find our way (x5)


*english version http://www.youtube.com/watch?v=T7X_xf4TLQ4

*arabic & french version http://www.youtube.com/watch?v=vwKiCen72E0

Kali pertama dengar lagu ni,tersentuh sangat..bergenang airmata..huuu... sensitif ka?hm..kali la..

Cuba hayati liriknya betul2..sangat memberi semangat!! thanks to zirah yg dedicate lagu ni..teror ko buat aku nangis ar..=)

Kebetulan pulak dengar lagu ni lepas kol family..Menangis meluah rasa. Minta semangat.

EXAM! EXAM! EXAM!

Tidak lama lagi exam semester 1.. Ketidakyakinan menguasai diri.. Ya ALLAH, kuatkan semangatku..


“Jangan mudah menyerah kalah ka..usaha dan tawakal padaNYA.kami disini tidak putus2 sentiasa mendoakan.Tiada yang lebih dekat dengan kamu sekarang melainkan ALLAH. Jangan terlalu banyak berpikir,yakin boleh!orang lain boleh ,kita pun mesti boleh. Rajin2 baca quran, bangun solat tengah malam,minta ketenangan hati dan dipermudahkan dalam segala hal.”

Antara bait kata-kata nasihat yang cukup berharga. tersentuh lagi. Terima kasih mak..


Ayat yang paling xboleh lupa "Hadapi dengan senyuman,walau hatimu penuh dengan seribu 1 rasa.." senyum dalam apa jua keadaan.. boleh ka tu ar?? hm.. mudah-mudahan diberi kekuatan menghadapi segala cabaran yang pastinya akan mematangkan diri! insyaALLAH..RABBUNA YUSAHHIL..<---nasihat buat diri & semua kawan2 seperjuangan di bumi anbia.. terutama mereka2 yang di alexandria.. Azie, huda, zaf, raja, zirah, kina, ayu, abda, zati, yanti.. teruskan usaha!! selamat maju jaya!! Don't despair ok.. ^_^



** Suka sangat dengar lagu ni time2 rasa down...sangat best.!! inshaALLAH, u'll find ur way..!! tq ziraaahhh..=)

Friday, December 11, 2009

Ukhwah itu INDAH...

"Bila cinta kerana ALLAH..bErpisahnya tidak gelisah..

Bila riNdu pada yang SaTu bertemunya PasTi tak jemu..

Ukhuwah itu InDah...

Bila kasih SayaNG keranaNYA.."



"MALAM KENANGAN TERINDAH SYAAH 5"(30 NOV 2009)

Inilah ahli bait syaah 5 yang latest..(ada lg yg xda dlm pic..drg raya d alex..huhu)
serba hijau yang manis2 belaka-->>senior @ taiko"
serba purple yang comel2-->>"junior2 baru"..hehe..













































































-->>inilah hasil kerjasama semua...sedap!!hehe..paling xdapat lupa kenangan membakar ayam..sampai nangis2..huuuuuuu..

*sesungguhnya bersama kalian menjadi pengubat kerinduan pada mereka yang jauh..
terasa seperti sebuah keluarga..
keluarga bahagia..^_^
Terima kasih semua....!!
semoga kita semua berada dalam lindungan & rahmatNYA..amin..












































































































































































































Friday, December 4, 2009

Kenangan Aidiladha 09

Menyambut Aidiladha di bumi mesir buat kali kedua. Kemeriahan terasa dengan kehadiran lebih ramai adik-adik baru. "Rindu mereka di Sabah!!" Hati berbisik sayu. Salam aidiladha buat semua. Maaf zahir & batin.

Inilah wajah2 anak sabahan di pagi Aidiladha..^_^





Sesi gotong royong penyembelihan.



Malam Majlis Sambutan Aidiladha BKPSM.


Bersama ahli bait syaah 5!!^_^

kakak2 senior..serba purple..so sweet..!!

Ma'assalamah..^_^



































Saturday, November 21, 2009

Riadah d' Hearty WISA

Awal pagi kemarin bersamaan 20hb November 2009, WISA (mahasiswi sabah) telah mengadakan program pertama bagi sesi baru 2009/2010 iaitu aktiviti yang berbentuk riadah dan telah diberi nama Riadah d’ hearty bertempat di hadiqah firdaus.


Antara objektif utama aktiviti ini adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli tidak kira dikalangan pelajar pengajian islam ataupun perubatan.dan sekaligus saling kenal mengenali dengan lebih rapat antara pelajar lama dan baru.



ALHAMDULILLAH,semua berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa orang banat yang tidak hadir pada pagi itu. Pujian harus diberikan kepada ketua dan ajk WISA sesi baru ini kerana program riadah yang dirancang sebagai riadah bulanan seperti ini adalah yang pertama kali dijalankan oleh WISA. Semoga ianya akan berterusan. Dan terima kasih buat semua yang telah memberi kerjasama.



Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada pagi itu ialah;

*Jogging 3kali pusingan.

*Senaman ringan (poco-poco)

*Permainan “dari mata turun ke hati”, “musang berjanggut” dan “silent game”.


Dan setelah habis aktiviti, semua berkumpul untuk sarapan bersama-sama.

Semoga aktiviti ini mencapai objektif dan menepati temanya iaitu “Yang jauh didekatkan, Yang dekat dieratkan.”


ucapan timbalan yang dipertua 2 BKPSM merangkap ketua WISA sesi 2009/10, Azlinah abdul gani.


Ucapan ketua program Riadah d' Hearty, Nuritriah salleh.
Antara banat yang hadir memberi kerjasama pada pagi itu,syukran!


Senaman ringan (poco-poco) sebelum memulakan games.

Wajah ceria 4 orang fasi dlm game "dari mata turun ke hati".

keriuhan berlaku sebentar,semua berusaha menghafal identiti diri orang lain.


itriah bersama ahli kumpulannya.

Nadia dan ahli kumpulannya yang happy go lucky!!

permainan terakhir pada pagi itu, silentg game.