Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Monday, July 26, 2010

Ceramah di masjid UMS

Alhamdulillah..khamis lalu berkesempatan menghadiri satu ceramah yang bertempat dimasjid UMS. Ceramah disampaikan oleh seorang ustaz yang diimport dari Indonesia,Ustaz das’ad latif. Secara jujurnya,saya tidak berapa mengenali beliau.malahan,inilah kali pertama mendengar nama ustaz ini.Apa yang saya tahu,”orang rumah” selalu mendengar ceramah beliau melalui cd. Ajakan mereka untuk mendengar ceramahnya secara “live”,saya sambut dengan girangnya. ^_^

Sangkaanku jatuh meleset bila melihat ramai yang datang walaupun hujan.sampai susah mo cari tempat parking.
“ingatkan xramai orang..” ternyata,benarlah seperti yang mereka katakan,ustaz ini agak popular.Cuma aku saja yang tidak tahu..

Kebetulan,terjumpa dengan bekas junior di SMA TOHPUAN yang kini menuntut di UMS.. Fazilah Hanisah namanya kalau tdk silap,kawan kepada my cuzzy jugak..

Kami tiba agak terlewat sedikit sebab take time tuk buka posa dirumah lagi.. apapun,tidaklah ketinggalan sangat.

Antara isi ceramah beliau adalah berkaitan dengan pesanan Rasulullah bagi sesiapa yang mahu Berjaya dunia & akhirat. Ada 5 point yang diketengahkan;
  
Tuntutlah ilmu. 
Menjaga tutur kata. 
Sambungkan tali persaudaraan. 
Sedekah. 
Solat tahajjud

“barang sesiapa yang mahukan dunia,hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang mahukan akhirat,hendaklah dengan ilmu dan barang siapa yang mahu kedua2nya,hendaklah dengan ilmu."

“ibadat tanpa ilmu berbahaya..”

“harta yang dibelanjakan akan berkurang,akan tetapi,ilmu jika dibelanjakan pasti akan bertambah”


Secara keseluruhan,saya sangat tertarik dengan cara ustaz ini menyampaikan dakwahnya. Unsur lawak jenaka yang diselitkan mengundang gelak ketawa dikalangan jemaah.namun begitu,mesej yang disampaikan agak memberi impak dan boleh diingati setiap apa yang beliau sampaikan. Contoh yang diberikan agak tepat mengena sasaran.

Khabarnya,ustaz das’ad akan kembali ke Indonesia dan akan datang kembali mengadakan ceramah di sabah pada hari raya Qurban nanti..sepertinya,inilah kesempatan pertama dan terakhirku..

Apapun, aku sangat mensyukuri kesempatan ini. lebih2 lagi menghadirinya bersama ahli keluarga.. ^_^

Saturday, July 17, 2010

::WOMEN AND LOLLIPOPS::


~WOMEN AND LOLLIPOPS~

" A Muslim woman, when they look into the mirror, they make sure they cover their aurah, they wear properly just to please Allah! Yeah! We are so unlike those women in the street who try very hard to attract men! Anyway, what for?...



Dear women, your beauty is exclusive.

YOU ARE NOT A DOLL - Being played by innocent HANDS up to " EVIL ONES' HANDS"...

YOU ARE NOT GONNA LET PEOPLE JUDGE YOU as to what they see that might be wrong as you are not contented with what you seem to be!

YOU ARE YOU! And yeah, God knows that and isn't that enough??? Do you still need people to tell you that you are pretty by exposing yourself?!

Trust me! You don't have to do that...

~LOLLIPOPS~

Here's a few lollipops for you...

You are unlike those unwrapped lollipops that will get rotten sooner or later, but you are like those lollipops that are nicely wrapped. People wanted to have lollipops and they surely not gonna buy those unwrapped ones. They surely wanted to have the 'wrapped' ones. It's just that they really have to put on some efforts to have the 'wrapped' lollipops because they are more 'expensive' than those 'unwrapped' lollipops...

You are not gonna to buy the unwrapped one, are you???...

Bear this in mind,

" YOU ARE BEAUTIFUL"

YES. YOU AND I KNOW THAT.

SO WE DON'T NEED ANYBODY TO TELL US WHAT 'BEAUTY' IS.

FOR 'BEAUTY' IS TOO SUBJECTIVE.

LET ME TELL YOU THAT EVERYONE IS BEAUTIFUL. YES! EVERYONE.

SO, ISN'T THIS ENOUGH?

PLEASE...LOVE YOURSELF

"BE THE WRAPPED LOLLIPOPS, NOT THE UNWRAPPED ONE."

entry from :- i Luv isLam..check it out!!!

 "just 4 those that i love coz ALLAH & ukhwah islamiah..sharing is caring" ^_^

Let's see,think & go for it..!! =)

Tuesday, July 6, 2010

Ilmu,amal dan tabligh..

  
((bila berada di jalan Allah ni,macam2 dugaan.. macam2 ujian..
ya la..sudah namanya mau berjuang kan?bukan senang mau masuk syurga oo... Lebih2 lagi bila kita sorang2 kena pertahankan semua tu... Apatah lagi,lahir dlm keluarga yg bukan dlm suasana islam.... hanya Allah tempat mengadu,merintih...kadang tu,rasa tertekan juga... tp,dlm masa yg sama rasa best jugak coz Allah menjadi 'pendengar' atas rintihan kita... d sebalik kesusahan ni terselit kenikmatan yg hanya merasa saja yg tau betapa indahya kenikmatan tu..))

Terbaca satu note yang ditulis dan di”tag” dilaman facebook oleh bekas anak murid madrasah hafizah as-syatibiyyah. Timbul rasa simpati padanya…

Aku mengerti keluhannya..kerana aku juga turut merasa. Lahir dalam keluarga yang bukan asal berlatar belakangkan agama yang kuat merupakan satu cabaran. Terlalu berat amanah & tanggungjawab yang perlu dipikul.Walau bukan anak sulung atau anak tunggal,bahu akan terasa berat bilamana kita adalah orang yang tunggal dan satu2nya dalam keluarga yang terpilih untuk menuntut & mendalami pelbagai cabang ilmu agama.menjadi kewajipan keatas kita untuk beramal kemudian mengajak serta menyampaikan.

“sampaikan daripadaku walau satu ayat”

“Peliharalah dirimu serta ahlimu dari api neraka”

“dan tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman.” (az-zariyat:55)

Memang benar,terkadang rasa lemah..penat..gundah.. pernah juga sesekali airmata itu gugur.takut pada amanah yang terlalu besar..gusar tidak dapat melaksanakannya sebaik tuntutan.

Dan mungkin, terkadang terbit rasa cemburu pada mereka yang berasal dari keluarga berpengetahuan agama yang luas..
“alangkah indahnya jika aku seperti mereka” mungkin itu yang terlintas didalam hati..

Tapi,harus kita sedar.. semua perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik..mengandungi 1001 hikmah.harus sentiasa tabah,cekal menghadapi apa jua rintangan.semakin sukar perjalanan kita,akan semakin kita dekat pada kasihNYA..

Setiap kesusahan itu akan diikuti dengan kemudahan. Itu janji ALLAH,lebih2 lagi kepada mereka yang berada dijalanNYA.rabbi yassir wala tu’assir..

Peringatan buat mereka yang berilmu.

Untuk apa kita menuntut ilmu? Mungkin setiap individu ada sebab tersendiri..tapi jangan kita lupa ilmu yang kita peroleh pasti akan ditanya suatu masa kelak. Sebaik2 orang yang berilmu adalah mereka yang mengamalkannya kemudian menyampaikannya..

Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya: “pada hari kiamat kaki anak adam tidak akan berganjak sehingga dia ditanya tentang 4perkara.pertama,dimanakah umurnya telah dihabiskan?kedua,dimanakah usia mudanya digunakan?ketiga,dari sumber manakah hartanya diperoleh dan bagaimana harta itu dibelanjakan? Keempat,apakah yang telah dia lakukan terhadap ilmunya."

Pada malam mikraj.nabi s.a.w telah melihat sekumpulan manusia dalam keadaan bibir mereka sedang dipotong dengan gunting yang diperbuat daripada api.lalu baginda s.a.w bertanya: “siapakah mereka?”
jibril a.s menjawab: “mereka adalah penceramah dan pensyarah dikalangan umat tuan.mereka menasihati orang lain tetapi mereka sendiri tidak beramal,”

Dalam satu hadis lain diberitakan bahawa azab akan menimpa dengan lebih cepat kepada ulama yang jahat(orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan) daripada penyembah berhala.mereka akan bertanya dengan terkejut: "mengapakah azab menimpa kami lebih dahulu daripada penyembah berhala?”. Mereka akan mendapat jawapan:
“tidaklah sama kesalahan orang yang mengetahui jika dibandingkan dengan orang yang tidak mengetahui.”

Mafhum satu hadis nabi s.a.w: “ilmu ada dua macam.pertama,ilmu yang hanya ada pada lidah yang merupakan hujah ALLAH keatas anak adam.kedua adalah ilmu yang menyerap ke hati.itulah ilmu yang paling bermanfaat.”

Semakin banyak ilmu yang kita peroleh,semakin besar amanah dan tanggungjawab yang terpikul dibahu..sama-sama kita muhasabah diri,mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan mereka yang berilmu,beramal & menyampaikan..=)

~~SEKADAR PERKONGSIAN..penyuluh jalan buat yang runsing,pembakar semangat buat yang lemah..pengubat hati buat yang rapuh.

**Dedicated to ukhti sakinah and myself too..~~“kita serupa,tabahkan hati!”

Monday, July 5, 2010

I’m home now..~~~

Alhamdulillah.. selamat sampai jua akhirnya..=) setelah 5hari keberadaanku dibumi sabah,,baru harini ada mood mo update blog..~~ ^_^

hmm..rasa kehilangan sedikit terubat,rindu juga sudah berbalas.. @_@ hari2 yang berlalu sangat berharga setiap detik & saatnya..
Apa yang paling menggembirakan,dapat tengok,peluk & cium nurqaleesya najwa buat pertama kali..hihihi.. aisya kini sudah semakin mmbesar & agak hyperaktif.

“acik sayang aisya & aleesya!!”@_@

Sekarang ni jugak,dalam proses penyembuhan..mohon doa semua..~~

Adakalanya rindu jugak pada bumi mesir..rindu kawan2 yang xbalik,rindu rumah @ syaah 5,rindu ahli bait,dan rindu pada tuhfatul mar’ah…!!!! Semoga semuanya baik2 ja..~~~ ^_^

Culture shock~~~

Hari ahad yang lalu..round2 k.k dengan kengkawan.. sampai jugak la di centre point,,port melepak paling femes d k.k nie.. tengok dengan mata memang sangat2 nampak perbezaan antara dua budaya..mesir & malaysia(lebih khas sabah la..hehe) tu baru tengok dengan mata,belum tgk dengan mata hati..@_@

Sehinggakan ada kawan yang dua tahun xbalik sabah cakap.,,"memang kejutan budaya la smpai kk ni, macam kejutan waktu mula2 sampai mesir,perbezaan dari satu sudut yang sangat ketara sampai kepada 30:1"

Terbayang pulak macam mana agaknya kejutan buat mereka yang bertahun2 xbalik bercuti..pasti lebih terasa kejutannya..~~

Apapun,cuti2 malaysia tahun ni lebih lama sedikit berbanding tahun lalu…so,manfaatkan masa sebaik mungkin…isi apa yang kosong,tambah apa yang kurang,sembuhkan yang sakit,leraikan yang terpendam dan kembali dengan semangat yang membara! gudLuck tika! ^_^