Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, April 16, 2011

Hulagu khan.. ~khabar hitam dari timur~

“cucu penakluk agung,gengkis khan, yang mahu lebih ulung daripada datuknya. Mewangikan Kota Baghdad dengan darah,menjadi tujuan utama.”


Hulagu khan adalah cucu kepada Gengkis Khan. Empat orang adik beradiknya yang lain adalah Arik, Boke, mongke dan Kublai khan. Pada tahun 1255, Hulagu Khan dihantar oleh Mongke khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah.

Selepas Berjaya menakluk wilayar Lurs,di Iran dan Hashasim,Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Selepas Berjaya menumbangkan Khalifah al-Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad,Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian beliau cuba menakluk Mesir tetapi tentera Monggol dikalahkan oleh tentera Mamalik Mesir dibawah pimpinan Saifuddin qutuz di Ain Jalut.

Saya bukanlah orang yang terlalu hebat untuk mengupas sejarah mahupun tentang buku ini. Sekadar mahu berkongsi keseronokan membaca. ^_^

Terlalu banyak input serta hikmah dan pengajaran yang boleh diambil daripada novel sejarah islam ini. Sangat seronok membacanya,melebihi keseronokan membaca sejarah yang berbentuk fakta!

Kita diceritakan bagaimana teruknya kejatuhan islam di zaman Abbasiyah dek kerana Khalifah yang lagho (lalai) dengan urusan duniawi dan memandang ringan perihal agama serta memperlekehkan ulama. Sikap menteri kanan yang pembelot,sanggup menggadaikan maruah agama dan negara demi kepentingan diri turut menjadi punca tumbangnya sebuah kerajaan islam.

Dan kita juga digambarkan akan sikap kepimpinan,ketegasan dan taat kepada Islam dalam diri Saifuddin Qutuz (pemerintah Mesir ketika itu). Keberaniannya membunuh tentera Monggol utusan Hulagu Khan yang kononnya mahukan perdamaian menaikkan semangat orang Mesir mahu berjihad memerangi mereka yang dikenali dengan ulungan tentera yang zalim,ganas,tiada perikemanusiaan dan tidak mampu dikalahkan.

Kebijaksaan Saifuddin Qutuz mengatur strategi dalam peperangan merupakan salah satu penyumbang kemenangan besar untuk islam,sekaligus menghapuskan Tentera Monggol yang kononnya tidak mampu dikalahkan oleh sesiapapun.

Menarik kan?? (^_^)
So,yang berminat mau tau lebih,dapatkanlah buku ni.. gerenti nda rugi! (<---promosi jap! =p)

** Novel pertama dari koleksi Novel Sejarah Islam yang sudah habis baca.. yang lain tinggal di Sabah. Ndapa,sekarang buku kuliah yang perlu dikhatamkan...chaiyok!! ^_^

Khabar duka..(~_~)

14 APRIL 2011

Bismillahirrahmanirrahim..

“ Setiap yang bernyawa pasti merasai mati”

Dikejutkan seawal jam4 pagi dengan satu berita yang menyedihkan.

Dugaan buat seorang adik junior serumah. Ayah yang disayangi telah dijemput Illahi.. Kesedihan menyelubungi kami disubuh hari.

Turut merasa apa yang dirasainya… kesedihannya,kesedihan kami juga.. air matanya,membuatkan airmata kami turut sama menitis.

“(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun"

"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesangguppannya.."

** Buat adik yang kami sayangi.., Majidah bt Hassan, salam takziah dari kami semua. semoga ALLAH memberimu kekuatan menghadapi dugaan ini..

Thursday, April 14, 2011

My day~~

*13 APRIL 2011*

Wah! wah! wah! i'm already 22..ALHAMDULILLAH!(^_^)

*Bermuhasabah dihari tua.. (~_~)
"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" ~Surah Ar-Rahman~

Mafhum hadis: "Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya (diberi tempoh hidup yang lama),dan baik pula amalannya." Riwayat Imam Tirmizi.


** Saat dan ketika ini,sangat2 teringin makan kek Secret Recipe! tapi..mana ada disini.. oh SR!  i miss u..!!! T_T

 Suprise!  (02 April 2011)
Even awal dari tarikh sebenar,.. speechless! =)
i Love them so much!

 Ini pun suprise jugak! time baru sampai "home sweet home" Februari yang lalu.
Selalu sebut2 Secret Recipe, nda sangka pulak terus dapat yang besaq!..^_^
i miSs them so much!!!

With my dear niece... Nurqistina Aisya..^_^

** Oh ya,makasih buat semua yang ingat,wish & bagi hadiah... 

Saturday, April 9, 2011

i love dubai!

ALHAMDULILLAH... berkesempatan melawat dubai,walaupun transit hanya sekejap. ^_^

Penat memang penat.. mengantuk jangan cakap la, sangat sengsara menahan mata yang amat2 berat waktu itu. Oleh kerana transit kurang dari 22jam,nda merasa la tidur di hotel, kerusi ja yang mampu dijadikan tilam. (T_T)

Btw, masih mampu jugak round2,jalan2,shopping2(walaupun sekadar beli keychain!) ^_^

before landing... memang cantik nampak dari atas!

Sabah Francais! bangga jugak kami anak2 Sabahan tau... makan free lagi! mmg mcm orang Sabah punya..haha~! ^_^

Lambang kebanggaan Dubai, Burj Tower! =)

Antara 'souvenir' yang menarik hati..

See! tandas pun ble jadi port tuk posing..^_^

Bermalam di hotel hanya sekadar dalam mimpi...^_^

** Pengalaman yang sangat manis! kalau ada rezeki,mau singgah di Dubai lagi.. mau tengok Burj Tower, depan mata! ^_^

*here i come!*

Telah berlalu detik-detik indah,suka dan duka bersama mereka yang disayangi. Kini,kembali lagi ke ‘medan perjuangan’..

Perasaan balik dari bercuti kali ini amat berbeza. Tidak seperti selalunya.

Gembira kerana kembali lagi? ‘Iya! Itu sudah tentu!’

Gusar. Sedih. Bimbang. Takut. Tiada keyakinan. Rasa ini juga turut ada. Sedaya upaya cuba ditepis.

Namun,akhirnya jiwa yang lemah ini kalah. Kalah pada perasaan sendiri. Manik-manik itu gugur juga tatkala azan maghrib berkumandang dihari pertama tiba di Mesir, sayu meresap kedalam jiwa. Mungkin ada yang hairan dengan perubahan itu… biarlah hati berbicara. (^_^)

K.U.L.I.A.H

Hati berusaha digagahkan,cuba mencari dan mengutip semangat. Kembali ke kuliah dengan perasaan yang bercampur baur..

Sedikit demi sedikit semangat itu datang...=)

'Semoga ia kekal dan semakin membara!'

** All the best buat semua! (amat berharap exam kena postpone,dapat la kejar balik subjek2 yang tertinggal!)  ^_^