Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Tuesday, April 24, 2012

Berwajah baru~!


20 April 2012~
Ada sesuatu yang aku terlupa! 

Pada tarikh inilah 3 tahun yang lalu, aku memulakan sesuatu yang baru dalam kehidupan. Dengan ilmu yang terlalu sedikit aku mula merangkak, mencuba sesuatu yang pastinya aku juga tidak tahu bagaimana harus memulakannya ketika itu.

Berbekalkan semangat dan keinginan mahu berkongsi yang terlalu kuat, terciptalah blog kesayanganku ini. Tergelak dan senyum sendiri bila baca balik post-post yang beberapa tahun sebelum ni.

'ee… nampak sangat kurang matang!' tersengih sendiri. ^^

Tapi…. Makin baca, makin rasa sayang. ^^

"Didalam dunia ni terlalu ramai yang bergelar penulis. Tapi, penulis yang memberi kesan teramat sikitlah bilangannya" 

Tersentap seketika.

'Betul! Sangat setuju!'

Dan… kerana itu, aku juga mahu jadi penulis yang memberi kesan.

Semoga apa yang telah aku kongsikan dilaman ni,ada kebaikan buat diriku dan sesiapa yang membacanya. 

'Aku bukanlah penulis hebat, jauh sekali penukil madah kata pujangga. Aku hanyalah seorang insan yang mahu berkongsi sekadar apa yang aku ketahui. Dan ingin bekongsi kisah kehidupanku yang padanya mungkin ada terselit 1001 hikmah buat yang membacanya.'

Kenapa tidak publish blog ni secara umum? 

Soalan ini yang sering aku terima.
Tersenyum.

Jawapan 1: Segan.
Jawapan 2: Saya seorang yang sangat pemalu. (Pemalu la sangat!) ^^
Jawapan 3: Tiada apa yang menarik pun.
Jawapan 4: Biarlah hanya orang-orang tertentu.

Tett! Semua jawapan diatas adalah ditolak!^^

Biarlah rahsia….

# Selamat ulang tahun kelahiran ke-3 buat cik bloggie yang kusayangi. Semoga engkau terus dan sentiasa menjadi wasilah buat diriku untuk menyebarkan, berkongsi dan beroleh kebaikan duniawi dan ukhrawi.

# Sudah genap 3tahun, baru bertukar wajah dan nama!

                          ~ NUN. DEMI PENA DAN APA YANG MEREKA TULISKAN ~
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu..."


Monday, April 9, 2012

Segalanya milikMU

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Ku rebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyebut namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan…


                                                                  ***

Disaat aku merasa lemah…

"Semangat & kekuatan itu dari ALLAH!" Kata-kata itu kembali terngiang dipendengaran.

Jiwa hamba sememangnya bersifat lemah. Lemah! Selemah-lemahnya. Untuk menjadikan ia kuat dan teguh menghadapi arus kehidupan yang tiada tandingan hebatnya, ia harus dikembalikan kepada Pemiliknya!

Kekuatan seorang manusia itu
berpunca dari prinsipnya,
dan prinsip seorang mukmin adalah keimanannya~