Rasa sedih juga mendapat berita yang dia tidak akan menyambung pelajaran disini bersama kami, bahkan akan pulang menyambung pelajaran di Malaysia. Dia merupakan rakan seperjuangan kami dari sanah tamhidi. Nampaknya jodoh kami hanya sampai setakat ini sahaja. Dia terpaksa balik ke Malaysia atas alasan dan musabab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Tinggallah kami hanya 17orang banat kuliah ulum islamiah tahun1 ( generasi pertama).
Buat yasirah, selamat kembali ke tanah air. Semoga dimurahkan rezeki serta mendapat yang terbaik dalam hidup didunia & akhirat. Doakan kejayaan kita bersama. Dan jangan lupakan kami. Kalau datang sabah, jangan lupa kontek kami. Dan, insyaALLAH ada rezeki kami akan sampai ke kelantan jugak.^_^
merakam kenangan terakhir bersama Yasirah..^_^ we'll miss you..
Buat sahabat sahabiah yang lain, teruskan perjuangan kita dibumi anbia ini. Semoga kita diberi kekuatan dan dikurniakan kemudahan dalam menghadapi apa jua cabaran sebagai penuntut ilmu ALLAH ini.. AMIN…
**Dalam jangka masa beberapa bulan yang lalu, kurasakan terlalu banyak perkara yang berlaku disekeliling yang membuatkan hati ini menjadi sepi.gusar .resah. Hati pun berdetik, kalau memang sudah itu ketentuanNYA, siapalah kita untuk menolak dan menghalang.
Tangan menadah, hati berbisik: “ Ya ALLAH, berilah aku kekuatan dan kemudahan, jangan kau resah gelisahkan hatiku dengan segala apapun dugaan.”
لا تيأس فإنّ اليأس يؤدي بصاحبه إلى الردى
“ Janganlah engkau berputus asa, sesungguhnya berputus asa itu membawa kepada kehancuran”






No comments:
Post a Comment