Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Tuesday, September 28, 2010

Pertemuan pertama.

Pagi kemarin menjadi rezeki pertemuan buat kami(saya,aswanie & kak lina) bersama ustaz akmal @ lebih dikenali dengan nama “Abunuha” berikutan nama laman blog beliau yang cukup popular, Abunuha corner.

Kalau diikutkan,ini bukanlah pertemuan yang pertama bagi saya. Saya ingat lagi sewaktu tahun 2008,tahun kami pelajar2 sabah sesi 2008/09 yg menyambung pelajajaran ke mesir berada di KKIA menanti penerbangan ke Kuala Lumpur, beliau antara orang yang setia bersama kameranya,mengambil shot2 suasana ketika itu. Kemudian,beliau menghampiri saya sekeluarga yg ketika itu bersama ustaz Arshad dan isterinya. Gambar kami pun dirakamkan. Kemudian beliau bagi link blognya melalui sms.

Dalam hati saya ketika itu, “mungkin ustaz ni wartawan..” hehe.

Dan,saya masih ingat lagi kata2 beliau waktu itu.
“Sampai mesir nanti,jangan lupa buka blog tu k..gambar kamu ada dsana.” Aku hanya mengangguk walaupun masih bingung. Apa itu blog? Haha!^_^

Bila sudah sampai mesir, hati betul2 xsabar mau dpt line internet..dalam seminggu la jugak baru dapat. Dan,sejak dari detik itulah saya mengenali dunia blog dan menjadi pembaca setia blog “Abunuha Corner” sehingga ke hari ini.^_^ Dan saya akui,wujudnya minat ingin memiliki laman blog sendiri bila sering melayari & membaca blog beliau dll..
 ~ Memori 2tahun yang lalu~

Dan,saya ingat lagi beliau pernah menjemput saya ke rumahnya pada syawal tahun lalu. Cuma tidak dapat memenuhi jemputan itu atas sebab masa tidak mengizinkan..

Berada 2jam setengah dipejabat beliau kemarin,rasanya tidak cukup puas mendengar cerita,pendapat serta pengalaman beliau dalam medan dakwah. Banyak yang beliau kongsikan. Kesedaran & semangat yg sedia ada semakin memuncak. Semangat dakwah dalam diri beliau harus dicontohi.

Terlalu banyak nasihat yg diberikan. semua terakam kemas dalam memori.

Cadangan dan saranan yg beliau lontarkan untuk kami lakukan sebagai mahasiswa/wi Al-Azhar secara zahirnya memang nampak berat. Namun,jika difikirkan secara logik akal fikiran,memang itulah yg sepatutnya! Kami bukan lagi pelajar sekolah menengah yg datang ke sekolah untuk memenuhi kehadiran dan menempuh exam sahaja. Dan,kami juga bukan mahasiswa/wi dalam negara.bahkan,penuntut diluar negara! Pandangan masyarakat lebih tinggi,harapan mereka lagi menggunung. Harus celikkan minda & berfikiran jauh! (bukan hendak berbangga diri,sekadar untuk peringatan serta semangat buat diri!)

Mengharap kesedaran itu menyelinap masuk ke hati sahabat2 yg sama2 berjuang membawa nama “AL-AZHAR AS-SHARIF”

** Alfu syukran buat ustaz akmal yang sudi meluangkan masa bersama kami,. Jazakallahu khairan.. semoga ada lagi pertemuan seterusnya.^_^

2 comments:

Wardatul Asfar said...

Heheheh...Mbahhh jangan buat-buat lupa..bagi link Tika ma Ust ar.Kalau ndak..ada yang sudi tolong bagi nanti..heheh =p

Ana Sukainah said...

haha..
ndala kak..
segannn...=p
eeeee...
mcm ada nada2 ugutan taw...^_^