“sabar.. giliran akan tiba jugak..” hati cuba ditenangkan.
Semakin berkurang ahli bilik pelarian satu! Haha~~ (makan pun jadi xsedap,bak kata zirah..order hadramaut ja la jawabnya..)
Aku salah seorang antara banat rombongan terakhir yang akan meninggalkan mesir.
“Heroin memang selalu last,..insan terpilih kan..” skrip cik maryam! ^_^
Awalnya,memang ada niat mintak kasi awal flight,family suruh,ada benda urgent kena urus.. Tapi,fikir punya fikir,xbaik pentingkan diri sendiri.. Cuba berkorban untuk kebaikan orang lain juga dan jangan menyusahkan..kan?kan? ^_^
*****
Melempar pandangan ke luar tingkap.. menghayati keredupan dan kesayuan kota kaherah,seperti ia memahami isi hati penghuninya. Dan seperti ia tahu kami akan meninggalkannya.
Ya! Untuk sementara waktu sahaja! Amin…
Awal pagi hari ini akan bertolak ke lapangan terbang.
Cairo--> Doha,Qatar--> Kuala Lumpur--> Kota Kinabalu.
** Mohon doa semua agar urusan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke tanah air..
Malizia! ilalliqo'...^_^
Khabarnya... akan ada rusuhan besar-besaran yang akan menyaksikan pertempuran antara askar dan syabab misr khamis ini (10 Feb 2011)
Keberanian dan kekuatan mereka tiada tandingan,masih bertahan walau sudah masuk hari ke-14, masih teguh walau ramai yang sudah syahid. wa islamah!! qum ya ahlal misr...!
"ALLAHUMMANSUR ISLAM WAL MUSLIMIN"



No comments:
Post a Comment