Perasaan balik dari bercuti kali ini amat berbeza. Tidak seperti selalunya.
Gembira kerana kembali lagi? ‘Iya! Itu sudah tentu!’
Gusar. Sedih. Bimbang. Takut. Tiada keyakinan. Rasa ini juga turut ada. Sedaya upaya cuba ditepis.
Namun,akhirnya jiwa yang lemah ini kalah. Kalah pada perasaan sendiri. Manik-manik itu gugur juga tatkala azan maghrib berkumandang dihari pertama tiba di Mesir, sayu meresap kedalam jiwa. Mungkin ada yang hairan dengan perubahan itu… biarlah hati berbicara. (^_^)
K.U.L.I.A.H
Hati berusaha digagahkan,cuba mencari dan mengutip semangat. Kembali ke kuliah dengan perasaan yang bercampur baur..
Sedikit demi sedikit semangat itu datang...=)
'Semoga ia kekal dan semakin membara!'
** All the best buat semua! (amat berharap exam kena postpone,dapat la kejar balik subjek2 yang tertinggal!) ^_^


No comments:
Post a Comment