Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Tuesday, August 7, 2012

Istimewa Ramadhan 1433h

Bismillahirrahmanirrahim....

Agak kaku jari jemari memulakan tari menyusun kalam. Jengukan kali ketiga dilaman kesayangan ini akhirnya berjaya memanggil kuat diriku untuk mengisi sesuatu. ^__^

"Ramadhan kareem"

"Allahu Akram!"

Sungguh cepat masa berlalu kan. Ramadhan sudah berada dipertengahan.
Waktu-waktu seperti ini sangat baik untuk kita banyakkan muhasabah amal sepanjang Ramadhan yang sudah berlalu,.

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang pernah disebutkan Baginda SAW yang mafhumnya; "Bahawa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan haus sahaja."

Dan, bagi diriku, Alhamdulillah! tahun ini sekali lagi ALLAH kurniakan peluang untuk berpuasa bersama keluarga tercinta. Sesuatu yang lebih istimewa bersama ramadhanku tahun ini adalah;

Program "Charity de Tour Ramadhan 2012"

Teramat istimewa....
Berkunjung ke rumah anak yatim yang menjadi keinginan sejak dulu akhirnya termakbul juga. Sukar digambarkan perasaan tatkala bersama mereka. Kepayahan dan cabaran yang perlu ditempuhi sebelum bermulanya tour ini sangat memberi kesan dalam diri.

Natijahnya, ALLAH kurniakan sesuatu yang teramat manis untuk usaha itu. ALHAMDULILLAH. Sangat bersyukur dan berterima kasih pada mereka-mereka yang sentiasa membantu dan bagi sokongan. Semoga ALLAH redha. =)


Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud.
29 Julai 2012

Destinasi pertama yang kami kunjungi. Mengharapkan permulaan didestinasi terdekat namun, perancangan ALLAH lebih hebat dengan menghantar kami untuk menempuh jalan yang agak jauh. =)

Slot ceramah bersama abg Awan mereka. ^__^

We love Papa and Mama. >_<



Sesi LDK. Ramah mesra.

Antara sumbangan yang berhasil dikumpul. ALHAMDULILLAH~

Merakam kenangan bersama mereka. Teratak mulia dan penghuninya sudah semestinya meninggalkan memori teristimewa dihati ini. Terima kasih atas kesempatan ini ya Rabb. =)

Rumah Anak Yatim As-sakinah, Papar.
01 Ogos 2012

Dalam perjalanan balik dari Kota Belud, menerima panggilan dari pengurus Rumah Anak Yatim As-sakinah, Dorang bagi tarikh 31 Julai 2012.

"Lusa???" Semua pun terkejut.

"Sempatkah?" Sedikit gusar dan kurang yakin.

"Niat kebaikan pasti ALLAH akan bantu, mesti yakin! Peluang yang ada jangan sia-siakan!" Bertekad. =)

Alhamdulillah... semua berjalan lancar. Walaupun tidak seramai penghuni Rumah Anak Yatim Darul Bakti namun, sambutan cukup meriah. Dalam singkat masa yang ada, kasih sayang antara kami bertaut erat.

Kata-kata dari pengurus RAY tersebut yang paling tidak akan kami lupakan; "Mudah-mudahan ini bukan kali pertama dan terakhir berkunjung kesini." InsyaALLAH! ada masa terluang, pasti akan datang melawat. =)

Kedatangan kami disambut dengan wajah2 ceria mereka.^__^
Mereka sungguh istimewa...=)


Iftar bersama IKRAM, "Airmata Palestin"
Kompleks Tabung Haji, Sembulan.
04 Ogos 2012

Pada awalnya berniat mahu mengajak mereka2 yang sungguh istimewa itu untuk mengisi meja dan iftar bersama. Namun, hajat tidak kesampaian kerana mereka sudah ada jadual yang padat untuk hari itu. Tidak apa, niat yang baik pun ALLAH sudah bagi ganjaran kan? InsyaALLAH =)


So, wajah-wajah manis dan istimewa ini la yang memeriahkan majlis. Sememangnya meja kami yang 'paling riuh' pada malam tu. ^__^

Terima kasih buat adik Nadia untuk makluman dan jemputan. Syukran juga sebab sabar menanti jawapan yang agak lambat dari pihak kami. Jazakillah. =)

Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa! 

# Memori-memori inilah yang menjadikan Ramadhanku kali ini lebih istimewa... =)

# Program seterusnya, sedang menunggu jawapan dari pihak Rumah Anak Yatim Al-aman,Beaufort. Dan, menerima jemputan untuk mengisi program Kasih Ramadhan bersama belia anjuran Ajk masjid Kg.Kulambai, Kota belud pada 12Ogos ini. Semoga dipermudahkan. 









No comments: