Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Friday, October 12, 2012

Sekali lagi?

11.30am 

Bertolak ke Zagazig. Urusan 'mendadak' diluar jangkaan datang menjemput. Bukan lupa pada temujanji yang sudah diset terlebih awal lagi. Mesyuarat AJKT BKPSM. Urusan di Zagazig yang pada mulanya sudah kami set tidak akan mengambil masa yang lama dan akan balik awal ternyata agak tersasar. Natijahnya, bergerak balik ke Kaherah selepas solat maghrib. Setengah jam lagi untuk mula mesyuarat. Tiada pilihan lain. Pantas tangan mendail orang penting yang harus dihubungi untuk menyatakan keterdesakan ketika itu. Terima kasih kepada cik adik setiausahaku yang sudi membantu. *Rasa bersalah sepanjang perjalanan balik* >_<

10.30pm 

Jalan sesak agak melambatkan kami.Meluru masuk rumah, mencapai diari meeting dan sebatang pen sepantasnya. Dalam masa kurang dari 5minit sudah menempatkan diri didalam kelompok mereka. Fuh… 

ALHAMDULILLAH. Masih belum terlambat untuk agenda yang TERAMAT PENTING. Lega.

SPR. MAT. DREAM TEAM BKPSM. Suruhanjaya pilihanraya. Mesyuarat agung tahunan. Perlantikan pengerusi dan pembahagian tugas kami putuskan dengan mudahnya.
Dream Team BKPSM. Memilih barisan ahli jawatankuasa tertinggi PILIHAN KAMI untuk sesi seterusnya nyata mengambil masa yang agak lama. Sejam lebih untuk mendapat keputusan. Agak sukar. >_<

Timbalan Yang Dipertua 2 merangkap ketua mahasiswi (WISA). 

Sekali lagi?
Pernah bertekad untuk tidak lagi.
Satu sesi sudah terlalu cukup bagiku.
Namun, kalam seorang junior diakhir mesyuarat membuatkan hatiku berdetik. Tekad yang awalnya kuat mulai goyah.

"Kita boleh atau tidak boleh bukan bergantung pada diri dan kemahuan kita. Tapi bergantung pada kepercayaan orang lain terhadap kita." 


"Manusia dilahirkan dalam dua keadaan. Pertama, mereka yang diberi keistimewaan mampu menjadi PEMIMPIN. Dan kedua, mereka yang terpilih dengan kelebihan lain iaitu, mudah DIPIMPIN. Tidak semua orang dilahirkan dengan keistimewaan mampu dan layak untuk MEMIMPIN. Jangan sia-siakan nikmat kelebihan yang ALLAH bagi." 


Lantas…. Hati berbisik..

Biarkan…

Harus musyawarah dengan PEMIMPIN YANG LEBIH AGUNG telebih dahulu. Perlu yakin dan berani berhadapan dengan ketentuanNYA yang mungkin tidak selari dengan kehendak hati. Hakikat yang mungkin sering kali kita lupa, 'Menjadi insan yang terpilih bukan semata-mata kerana kita menjadi pilihan orang2 disekeliling, tetapi ALLAH lah yang sebenarnya memilih kita untuk ditarbiyyah dan mereka-mereka hanyalah menjadi perantaraan untuk PILIHAN ALLAH itu.' 



Suara hati semakin kuat berbisik...

Biarkan…
Kepercayaan mereka harus dihormati dan diraikan. Apapun natijahnya nanti, biar DIA jadi penentu. ALLAH sentiasa tahu apa yang terbaik. Semoga ALLAH mengaturkan yang Terbaik untukku dan juga untuk kemaslahatan umum. Bismillahi tawakkaltu 3ala ALLAH~

1.35am 

5 jam berlalu dan mesyuarat pun bersurai… *Penat tu xpayah cakaplah.*

'Jangan risau Tika… "Tidak rugi mereka yang bermusyawarah dan tidak akan menyesal mereka yang berIstikharah" Lagi suara hati hadir menguatkan.

Semoga kekuatan sentiasa ALLAH bagi untuk bekalan jiwa yang lemah ini.

# Mata sukar untuk dilelapkan. Mungkin terlalu penat. Dan mungkin juga kerana terlalu banyak yang bermain difikiran. Seingatku, akhir sekali memandang jam sebelum lena diulit mimpi adalah pada jam 3.43am. 

# Pagi ini akan menyertai Bengkel Penulisan Islami bersama penulis kesukaanku, Abdul Latip Talib! Berbekalkan tidur yang cuma 2jam, mudah2n akan sentiasa segar waktu bengkel tu nanti. Peluang keemasan harus dimanfaatkan sebaiknya! Excited~

No comments: