Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Friday, December 25, 2009

العقل السليم في جسم السليم



Sebelum fatrah imtihan bermula, sekali lagi untuk bulan disember ini WISA telah mengadakan riadah d'hearty.. suasana agak berbeza sikit dari bulan lalu, mungkin sebab cuaca yg sangat sejuk,.bila bercakap pun mulut keluar asap..!! haha..semua pun kejantungan dengan keadaan macam tu..ala-ala berada di korea la konon...=)

overall,semua berjalan macam biasa.. walaupun xbrapa ramai yg join..penat jugak membangunkan orang ni,kecoh 1 rumah bila bigboss da membebel..haha.. tq la pd yg bangun jg sebab dipaksa.. especially majida, dgn comforter sekali kena tarik..haha.. tq sis.!!

Antara aktiviti yg kmi buat ialah berlatih menyanyi lagu puteri WISA, yang diajar oleh para senior2 lama.. ter"SUMBANG" sikit pun ada jg,nasib xhujan..=)

Then, 2 games yg kami main pagi tadi "ice freeze" dan "pasang telinga".. Sangat kecoh!! Terima kasih semua..


* kuku kaki kakakku kaku..kaku kuku kaki kakakku..kuku kakiku ok..kuku kaki kucing kakakku ok..kuku kaki kau ok?



*I thought a thought.
But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought. If the thought I thought I thought had been the thought I thought, I wouldn't have thought so much. 










Thursday, December 24, 2009

Demam Exam..!!

Exam.. Peperiksaan.. Imtihan.. ??!! aduh...macam mo demam pun ada ni..



Terpampang jadual di dewan kuliah.. imtihan bermula 17 januari 2010, dan akan berakhir 04 februari 2010.. tinggal berapa hari lagi?? 24days to go....!! aduh....tolak makan,minum,tidur,main,dan hmm..apa2 la yg sewaktu dengannya..

Entah kenapa ketidakyakinan menguasai diri ini. terutama dalam beberapa maddah..tauhid,tafsir,qodoya aqdiah..ya ALLAH..permudahkanlah segalanya... 

9 maddah untuk semester 1..dan yg lagi mencabar setiap subjek akan ada syafawi @ oral kecuali 2maddah iaitu tauhid & ulum hadis. fuh..takut juga la..mmg ada rasa mo demam da ni..

Apa yang paling penting, Usaha,doa & tawakkal.. Nasihat dan semangat dari mereka akan sentiasa ku semat dalam hati..

TABAHKAN hati...SALAM IMTIHAN buat semua kawan-kawan seperjuangan, kakak-kakak dan adik-adik yang bakal berjuang di bumi anbia ini. Bittaufiq wannajah.

**Mohon doa dari semua... ^_^

Generasi kedua

Penantian mereka berakhir.. mereka tersenarai menjadi mahasiwa/wi Universiti Al- Azhar, kuliah ulum islamiah. Dan mereka menjadi generasi kedua mengambil jurusan ulum islamiah di bumi anbia ini. Alfu mabruk & ahlan wasahlan diucapkan kepada 6orang anak sabahan.

* PANGERAN MOHD FAEZUL FIKRI.


* MOHD AMIRUDDIN.



* MOHD HAFIF HANAFI.


* MOHD FIKRI PUTUNG.


* MOHD AJRUL MUKMIN.


* MAJIDAH BT HASSAN.

Gembira juga bila mereka-mereka ni diterima masuk,bangga jugak ada wakil dari sabah untuk tahun ni,walaupun banat seorang ja.. sebelum ni kawan-kawan semenanjung ada jugak tanya,

"Sabah takde hantar wakil ke tahun ni?"

Akhirnya soalan mereka terjawab juga,,,
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua..walaupun masuk lambat kuliah.. try da best!! sama2 kita berusaha dan saling mendoakan satu sama lain. SABAH BOLEH..!! MALAYSIA BOLEH..!! ^_^

KULIAH KAMI...!! cantik kan?kn?hehe..

Thursday, December 17, 2009

SaLaM MaaLhijRah 1431..


 
"Ya ALLAH,jadikanlah lipatan tahun baru ini sebagai tahun yang lebih engkau berkati & redhai.. Jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun yang telah lalu.. Ampunkanlah dosa-dosa kami, Hilangkanlah kegelisahan kami, hapuskanlah kesedihan di hati-hati kami, Terimalah segala amalan kami dan Engkau permudahkanlah perjalanan hidup kami, Sesungguhnya hanya kepadaMU lah tempat hamba yang kerdil ini memohon.."

AMIN.....

Salam tahun baru 1431 hijrah buat semua kaum keluarga, sahabat handai serta seluruh umat islam..^_^