Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Monday, January 10, 2011

sayonara!

Welcome home for them!

Kemarin,mereka sudah berangkat meninggalkan kota mesir,yang pastinya meninggalkan 1001 kenangan. Tahniah buat kakak2 UM yang datang kursus disini.. semoga ilmu dan pengalaman yang mereka dapat disini mampu membantu mereka untuk lebih berjaya disana!

Terima kasih yang tidak terhingga jugak atas semuanya. Especially, “buah tangan” dari Malaysia! (menapau harta karun dorang dihari2 terakhir)haha. Dan minta maaf jugak kalau ada terkurang,silap kata,terguris hati sepanjang bersama kami disini.

kenangan terakhir bersama mereka di imarah sabah;-

 mereka disyaah kami..syaah 5!

 Lawa kan umah kami?? hehehe..^_^

 kekecohan berlaku time mereka mau berangkat pulang...=(

 uitz...apa yang gelap ni???hohoho..

Will miss them! mo jalan2~~~ ^_^
*****

Kemarin juga,sudah lepas 1 maddah tahriri (tarikh khulafa’),memang lega la… 1 permulaan yang agak baik. Need to keep maintain that spirit! Go..go..go…powepuff girl!! ^_^

Kesejukan disini semakin mengcengkam tulang belulang.. bekalan minyak panas semakin berkurang, BERTAHAN!!! Fighting!!! Already counting the days………=( ya ALLAH,berikan kekuatan!

Saturday, January 8, 2011

inginku petik bintang!

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Mimpi yang indah by; mestica

Jatuh cinta pada lagu nie...^_^

hati pun bermonolog sendiri:

"Iya!
Aku punya mimpi..
Punya cita-cita..
Juga punya impian yang amat tinggi,,
Setinggi bintang yang bersinar dilangit sana…

Inginku petik bintang-bintang yang indah itu..
Dan inginku hadiahkan buat mereka yang amat kusayangi!
YA ALLAH…kuatkan semangatku,permudahkan jalanku..
Aku tidak pernah bersendirian.." ^_^


Tentang bulan & bintang (kisah si kakak & adik)


Si adik: kak,antara bulan dan bintang,mana lagi baik? penuh semangat si kecik bertanya.

Si kakak: kakak suka bintang! Kakak mau jadi macam bintang! Out from question kan!

Si adik: bintang kan kecik, bulan lagi baik!

Si kakak: adik,tengok bintang-bintang diatas tu memang la kecik dari bulan,tapi ia tetap menyinari malam sang bumi kan.

Si adik: jadi….bintang lagi baik la?

Si kakak: bulan baik…bintang pun baik…dua-dua baik sebab menerangi malam kita. ^_^

Si adik: jadi,kenapa kakak suka bintang? Kenapa tidak suka dua-dua? Kenapa mau jadi macam bintang? normal anak kecik yang banyak persoalan dikepalanya.

Si kakak: hmm..sebab,walaupun bintang tu kecik tapi ia tetap bersedia membantu bulan memberi khidmat menerangi bumi dimalam hari. Begitu jugalah kehidupan kita,jangan kita fikir kita ni tidak dapat memberi apa2 untuk kebaikan orang lain. Memberilah selagi mampu adikku! Berusahalah selagi terdaya! Jangan mudah patah semangat! Gantungkan cita-citamu setinggi dan sekerlip bintang! ALLAH sentiasa ada..

Si adik: wah! Betul…betul…betul…(gaya upin-ipin) tersenyum puas si kecik itu bila semua persoalannya dijawab..=)

HAK CIPTA TERPELIHARA^_^
by: Ana.sukainah_bintuhaplan


Thursday, January 6, 2011

berjuang bersama teman~~





Ni lah kuliah kami.. see that signboard! for overseas students, non arabic speakers~~ kami la tu..hehehe..=)







selamat berjuang sahabatku..
semoga ALLAH berkatimu...
kenangan indah bersamamu..
takkan ku biar ia berlalu...
berjuanglah hingga ke akhirnya
dan ingatlah semua kisah kita..

Tiba2 teringat lagu nasyid pulak..
hmm.. 3tahun kami ulang-alik pegi kuliah,belum penah sekali pun tangkap pic depan kuliah!
adik2 yg baru sampai sudah mendahului..

habis ja test quran kemarin,terus kuar idea gila2 mo take pic! ketua plan adalah....saya sendiri!!hehe.. dan telah dipersetujui oleh ahli2 majlis mesyuarat!haha..

Dan hasil keberanian kami,dapat juga mintak orang arab ambikkan pic kami berempat...^_^

me,nadia & farhana


KAMI~ 1st batch kuliah ulum islamiah! chaiyok! ^_^

indahnya perjuangan,bila teman ada disisi..
mudahnya menyusuri cabaran dengan semangat dari teman yang ikhlas..

Nadia,Wanie,Farhana!!!

SAYA SAYANG KAMUUUUU!!! ukhwah fillah abadan...=)

Saturday, January 1, 2011

01/01/2011

Cantik kan number ni?? ^_^

Banyak perkara yang istimewa pada tarikh ini..

~~ macam yang 1 dunia tahu, TAHUN BARU masihi.. so,happy new year buat semua! lakukan perubahan dan jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lalu~~~~ ^_^

~~ tarikh ni juga adalah ulangtahun ibunda tercinta, yang ke 53.. semoga sentiasa dikurniakan umur dan rezeki yang berkat. Miss her too much! xdapat join dorang buat suprise..T_T

~~ dan,tarikh ini menjadi pilihan our big bro kami untuk langsungkan majlis pertunangannya. Sedih jugaklah xdapat sama2 dorang. Hanya doa mampu dikirimkan. Semoga panjang jodoh,dapatlah kami kakak baru…^_^ harap2 ada orang sudi sponsor tiket time wedding day nanti..AMIN! =)

Bila januari tiba…..

Exam lah jawabnya….@_@

This Wednesday!! Are you ready to go? InsyaALLAH..

Salam perjuangan buat semua!!