Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Friday, June 1, 2012

Ini adalah jalanmu kearah DIA~


Bismillahirrahmanirrahim...

Tetiba mood menaip dan meluah rasa datang. So, saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini! This is what we called 'Kerajinan jejari mengayat'. Hihi. ^___^

Well, masih dalam mood exam. Next week last pertempuran kami (Generasi Ulum Islamiah). Kuliah-kuliah lain baru mahu memulakan langkah masing-masing. Giliran kami pulak lepas ni bersantai2. Balas dendam sebab kami start awal! (*_*)

Macam biasa, makin mau habis exam, dugaan pun makin la kuat. kan? Terbaca status seorang sahabat di Fb. Nampaknya dia macam tengah down sangat2. Kesian dia. >_<

Tidak dinafikan,dugaan untuk aku pun terasa makin kuat. Masa ni jugak la timing tidur pandai terlebih, mood depan laptop 24jam, migrain tahap kritikal selalu sangat menyibuk, dan kerja-kerja rasmi yang tidak diundang pun datang. Tapi, masih undercontrol lagi la sebab saya ada ramai assistants dan supporters yang sangat-sangat inspiring! LOVE THEM~ ^^

Opss! Terlebih sudah. Actually, mahu berkongsi motivasi dan semangat buat sahabat yang down tu.~

'Macam la hebat sangat mau motivate orang, diri sendiri pun kurang terurus, ada hati mau bagi orang semangat ka?' 

'Ada aku kesah?! Sharing is caring bah!' ^__^

(Nukilan ini inginku dedikasikan dan kongsikan buat tiupan semangat sang sahabat dan sesiapa yang memilih untuk terdedikasi)

Duhai diri…. 


Kenapa perlu rasa penat pada jalan yang menjadi pilihanmu? 


Haruskah perasaan lemah dan malas itu menguasai dirimu sedangkan jalan yang engkau tempuhi kini adalah sebahagian jalan untuk mendekatiNYA? 


Tidakkah kau sedar? Ataukah lupa? Mungkinkah futur ditengah jalan? 

Bila berbicara tentang futur, seringkali kita kaitkan dengan kerja-kerja dakwah.
'Merasa lemah setelah bersemangat!' Futur + Malas + Tekanan = Berada di zon BAHAYA. 

Jom sama-sama hayati,renungi dan fikirkan mafhum hadis ni; "Setiap amal itu ada masa semangat dan masa lemahnya. Barangsiapa yang pada masa lemahnya ia tetap dalam sunnah(petunjuk)ku, maka dia telah beruntung. Namun,barangsiapa yang beralih kepada selain itu,bererti dia telah celaka." –Musnad Imam Ahmad-

If you feel that you are very down, just close your eyes and say, "This is my journey. He puts me here. It's His plan. So, I have just to carry on and trust HIM."


'A miracle do happen with ALLAH beside you~'

Tanpa sedar, aku sendiri termotivasi. See! Believe it or not; what you give, you get back!

Mode: Happy tahap gaban. Dan…. Excited sangat untuk 2papers coming up next!

#'Tauhid' and 'Dilalah wal 'Ma3ajim', be nice to me ok! See u all then. With love~ <3

Tuesday, April 24, 2012

Berwajah baru~!


20 April 2012~
Ada sesuatu yang aku terlupa! 

Pada tarikh inilah 3 tahun yang lalu, aku memulakan sesuatu yang baru dalam kehidupan. Dengan ilmu yang terlalu sedikit aku mula merangkak, mencuba sesuatu yang pastinya aku juga tidak tahu bagaimana harus memulakannya ketika itu.

Berbekalkan semangat dan keinginan mahu berkongsi yang terlalu kuat, terciptalah blog kesayanganku ini. Tergelak dan senyum sendiri bila baca balik post-post yang beberapa tahun sebelum ni.

'ee… nampak sangat kurang matang!' tersengih sendiri. ^^

Tapi…. Makin baca, makin rasa sayang. ^^

"Didalam dunia ni terlalu ramai yang bergelar penulis. Tapi, penulis yang memberi kesan teramat sikitlah bilangannya" 

Tersentap seketika.

'Betul! Sangat setuju!'

Dan… kerana itu, aku juga mahu jadi penulis yang memberi kesan.

Semoga apa yang telah aku kongsikan dilaman ni,ada kebaikan buat diriku dan sesiapa yang membacanya. 

'Aku bukanlah penulis hebat, jauh sekali penukil madah kata pujangga. Aku hanyalah seorang insan yang mahu berkongsi sekadar apa yang aku ketahui. Dan ingin bekongsi kisah kehidupanku yang padanya mungkin ada terselit 1001 hikmah buat yang membacanya.'

Kenapa tidak publish blog ni secara umum? 

Soalan ini yang sering aku terima.
Tersenyum.

Jawapan 1: Segan.
Jawapan 2: Saya seorang yang sangat pemalu. (Pemalu la sangat!) ^^
Jawapan 3: Tiada apa yang menarik pun.
Jawapan 4: Biarlah hanya orang-orang tertentu.

Tett! Semua jawapan diatas adalah ditolak!^^

Biarlah rahsia….

# Selamat ulang tahun kelahiran ke-3 buat cik bloggie yang kusayangi. Semoga engkau terus dan sentiasa menjadi wasilah buat diriku untuk menyebarkan, berkongsi dan beroleh kebaikan duniawi dan ukhrawi.

# Sudah genap 3tahun, baru bertukar wajah dan nama!

                          ~ NUN. DEMI PENA DAN APA YANG MEREKA TULISKAN ~
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu..."


Monday, April 9, 2012

Segalanya milikMU

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Ku rebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyebut namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan…


                                                                  ***

Disaat aku merasa lemah…

"Semangat & kekuatan itu dari ALLAH!" Kata-kata itu kembali terngiang dipendengaran.

Jiwa hamba sememangnya bersifat lemah. Lemah! Selemah-lemahnya. Untuk menjadikan ia kuat dan teguh menghadapi arus kehidupan yang tiada tandingan hebatnya, ia harus dikembalikan kepada Pemiliknya!

Kekuatan seorang manusia itu
berpunca dari prinsipnya,
dan prinsip seorang mukmin adalah keimanannya~


Saturday, March 17, 2012

Nota cinta pertama ~2012

Bismillahirrahmanim…

Alhamdulillah.
Alhamdulillah…
Alhamdulillah….

Akhirnyaa… kekuatan itu ALLAH campakkan juga kedalam hati hamba yang lemah ini.

Sekian lama menyepi.
Ada yang menegur, "kenapa sunyi sepi laman ceritera tu? Busy sangat ka wahai cik YDPA?"

Hanya senyuman mampu membalas.

Bukanlah kesibukan menjadi kekangan. Cuma hati tiada tarikan untuk mengisinya, padahal terlalu banyak yang mahu dikongsikan bersama.

"Belum ada 1 pun post untuk tahun 2012!" Satu lagi sapaan. Sekali lagi senyuman menjadi jawapan. ^^

So, inilah post pertama 2012! Nota cinta pertama buat mereka yang merindui & dirindui~!^^

Tahniah..! Tahniah..! (Lambat 3bulan sudah pun, baru mau kecoh kan…^__^ )

Mari kita bermuhasabah bersama;

~Hidup menjadi indah apabila nikmat disyukuri. Dan ujian itu menjadi medan muhasabah diri. Hiduplah dengan jiwa seorang hamba yang benar-benar merasakan dirinya adalah hamba~

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." Surah Ibrahim:7

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Jika Rasulullah saw. melaksanakan salat, beliau berdiri (lama sekali) sampai kedua kaki (telapak) baginda pecah-pecah. Aisyah ra. bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa engkau berbuat seperti ini padahal dosamu yang terdahulu dan yang akan datang telah diampuni?" Lalu beliau menjawab: "Wahai Aisyah, apakah aku tidak ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur" (HR Muslim)

Jom jadi hamba yang sentiasa bersyukur,berfikir dan berzikir!

Salam sayang dan rindu....^^