Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, March 17, 2012

Nota cinta pertama ~2012

Bismillahirrahmanim…

Alhamdulillah.
Alhamdulillah…
Alhamdulillah….

Akhirnyaa… kekuatan itu ALLAH campakkan juga kedalam hati hamba yang lemah ini.

Sekian lama menyepi.
Ada yang menegur, "kenapa sunyi sepi laman ceritera tu? Busy sangat ka wahai cik YDPA?"

Hanya senyuman mampu membalas.

Bukanlah kesibukan menjadi kekangan. Cuma hati tiada tarikan untuk mengisinya, padahal terlalu banyak yang mahu dikongsikan bersama.

"Belum ada 1 pun post untuk tahun 2012!" Satu lagi sapaan. Sekali lagi senyuman menjadi jawapan. ^^

So, inilah post pertama 2012! Nota cinta pertama buat mereka yang merindui & dirindui~!^^

Tahniah..! Tahniah..! (Lambat 3bulan sudah pun, baru mau kecoh kan…^__^ )

Mari kita bermuhasabah bersama;

~Hidup menjadi indah apabila nikmat disyukuri. Dan ujian itu menjadi medan muhasabah diri. Hiduplah dengan jiwa seorang hamba yang benar-benar merasakan dirinya adalah hamba~

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." Surah Ibrahim:7

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Jika Rasulullah saw. melaksanakan salat, beliau berdiri (lama sekali) sampai kedua kaki (telapak) baginda pecah-pecah. Aisyah ra. bertanya: "Wahai Rasulullah, kenapa engkau berbuat seperti ini padahal dosamu yang terdahulu dan yang akan datang telah diampuni?" Lalu beliau menjawab: "Wahai Aisyah, apakah aku tidak ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur" (HR Muslim)

Jom jadi hamba yang sentiasa bersyukur,berfikir dan berzikir!

Salam sayang dan rindu....^^

Tuesday, December 6, 2011

'To be flexible'!


Salam Sayang, Salam Ukhwah dan Salam Ma'al Hijrah 1433h buat semua~

Mungkin diri ini agak terlewat sedikit, kalender semakin beralih,sudah pun menginjak keangka 11 Muharram. ^^

"Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun semalam"

Azam baru terlalu banyak untuk dinyatakan, antara yang paling dimotivasikan dan memotivasikan ialah, 'to be flexible'!
ALLAHU MUSTA'AN...^^

Friday, November 4, 2011

Kalau dulu… Tapi sekarang.

Kalau dulu..,
Aku masih boleh relax2,goyang kaki…
Tapi sekarang..,
Tiada istilah relax2 untuk “Amanah” ini.

Kalau dulu..,
Kerjaku hanya membantu ketua apa yang patut.
Tapi sekarang..,
Akulah ketua,perlu menggerakkan apa yang patut.

Kalau dulu..,
Aku cuma bagi pendapat dan idea.
Tapi sekarang,
Aku perlu tanya dan dengar idea serta pandangan setiap dari mereka.


Kalau dulu..,
Error connection @ very bad connection
Tapi sekarang..,
Boleh dikatakan well connection juga la… ^^

Timbalan yang dipertua II(merangkap Ketua WISA)

Satu jawatan yang nda pernah terpikir n terbayang pun untuk pegang.

“Menangislah tatkala kamu menerima amanah & kepercayaan,dan jangan pula menangis ketika kamu diajukan persoalan akan amanah yang tidak kamu laksanakan sebaiknya”

“ Sambut amanah dengan Taqwa, pasti ALLAH akan bantu pekerjaan” By; Someone.

Terima kasih untuk kata-kata nasihat dan semangat ini! ^___^

Malam Dialog & Manifesto

Entah dari mana datangnya kekuatan dan keberanian untuk bercakap depan orang yang ramai itu. ALHAMDULILLAH untuk kelancaran pada malam itu.

Mesyuarat AJKT kali pertama.

‘Semoga akan wujud chemistry antara kami (barisan kepimpinan sesi 2011/2012)’

Dan… semoga ‘anugerah’ ini yang terbaik untuk semua.

Mesyuarat bersama Ajk WISA sesi 2011/2012

Malam ini menjadi yang pertama. ‘Yang pertama selalunya mendebarkan.’ Semoga semuanya baik2 saja.

Mohon doa,sokongan dan dorongan dari semua!

Suasana Pilihanraya BKPSM 2011;

~Perang 'Dream Team'~ Inilah tanda semua sayangkan BKPSM.^^


'Dream Team AJKT BKPSM sesi 2010/2011'. 




5 Jawatan tertinggi yang dipertandingkan.

Tahniah & Takziah diucapkan buat barisan AJKT BKPSM sesi 2011/2012

Tuesday, November 1, 2011

Miss u my dear ‘Bloggie’!

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Ku angkat tanganku
Ku lafazkan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

#
Tuhan lihatlah aku
Ku berserah kepadaMu
Ku letakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Reff:
Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku

Back to #, Reff

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang telah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu…

~TUHAN~
By; Wali Band.


** Fall in love with this song! Dengar dan hayati k? ^__^

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Jari-jari ini masih dikurniakan kekuatan untuk mengetuk papan kekunci si ‘lappy’. Dan hati masih mampu berbicara,manakala otak dengan lancarnya menyusun ayat2 cerminan hati. Qulilhamdulillah.^__^

Sekian lama membiarkan si ‘bloggie’ ini sunyi sepi tanpa update dari tuannya yang entah hilang kemana. Hari ini,setelah 3minggu kembali berada di Bumi Mesir, barulah ditemui jejak tuan yang menghilang itu.^^

Act,Rinduuuuu sangat2! Sorry ya my dear ‘bloggie’! and my dear followers too! ^___^

InsyaALLAH, lepas ni akan merajinkan diri untuk sentiasa menemani ‘bloggie’ dan anda anda dan anda semua!