Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Friday, May 22, 2009

Berakhirnya "jihad kecil" yang pertama..

Setelah menjalani 2 fasa pembelajaran yang bermula pada november 2008 yang lalu,akhirnya pada hari ini tamatlah kuliah kami untuk program pemantapan bahasa arab @ sanah tamhidi dengan rasminya .kini hanya tinggal membilang hari menuju ke medan peperangan yang sebenar untuk menilai pencapaian masing-masing serta keberkesanan program yang telah dijalankan ini,setelah hampir 6bulan menghadiri kuliah dan membuat bermacam-macam tugasan yang diberikan.banyak kenangan manis sepanjang mengikuti "PROGRAM ISTIMEWA" ini,bersama kawan-kawan baru dan duktur-duktur yang terlalu mengambil berat keadaan kami.bersyukur juga permohonan cuti untuk "study week" diluluskan..hehe^_^ semoga cuti seminggu ni dapat dimanfaatkan sebaik mungkin..

sedih juga kuliah kali terakhir pada minggu ni..macam xmau berpisah dengan para duktur..semua duktur kami baik-baik belaka..boleh dikatakan kami terlalu rapat dengan mereka sehingga boleh diumpamakan mereka seperti ayah bagi kami yang bergelar perantau dibumi asing ini.mereka selalu memberi kata-kata semangat kepada kami.."NUHIBBUKUM JAMI'AN,SYUKRAN JAZILAN ALA KULLI HAL,ALLAHUMMA BAARIK FINA WAIYYAKUM ATTAUFIQ WANNAJAH FI HAYATIKUM JAMI'AN..amin ya rabb.."

sempat juga merakam gambar kenangan bersama mereka..















Kepada semua kawan-kawan kuliah ulum-islamiyah,sanah tamhidi banin @ banat bittaufiq wannajah diucapkan.terutama kawan-kawan sabah banin & banat.semoga pencapaian kita semua meningkat berbanding sebelum ini,dan tunjukkan pada semua kita adalah generasi pertama kuliah ulum islamiyah yang imtiaz.AMIN,BIIZNILLAH..

"SELAMAT BERJUANG DI MEDAN JIHAD PADA 31 MEI sehingga 03 JUN.."doakan kejayaan kami..^_^

No comments: