Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Sunday, June 7, 2009

sanah helwah ya gamilah..

selamat hari lahir ke-16th,tyra..!!

~26 mei 2009~

ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan NURATIRAH..
ALLAH selamatkan kamu...


this is da suprise..^_^



~TINTA KALAM BUAT TEMAN~

mengenalinya satu anugerah terindah buat diriku..
kehadirannya menceriakan hari-hariku..
saat perlukan tempat mengadu dia muncul menjadi pendengar setia..
tika semangat lemah dia datang membawa sejuta inspirasi..
dikala hati dirundung duka dia hadir membawa seribu cahaya ketenangan..
dikala hati dilanda kegembiraan dia turut disisi berkongsi rasa...
takku rasa bosan tika bersamanya..
takku tahu erti sunyi tika berteman dengannya..

andai masa dapat diputar semula..
pasti aku ingin diulang kembali memori bersamanya..
memori bersama terlalu indah..
suka dan duka dihadapi bersama..
tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
tak dapat diganti walau berjuta kenangan kini

kini...
kami terpisah antara dua benua..
namun,ukhuwah yang terjalin takkan pernah putus selagi jasad masih bernyawa..
benar kata orang andai ukhuwah yang terjalin kerana keikhlasan pada ALLAH
semata,walau apa yang terjadi pasti ianya akan kekal abadi.

"aku mencintainya bukan kerana hartanya,tapi kerana kayanya dengan iman dan aqidah yang kuatBukan jua kerana cantik rupa parasnya,tapi cantik pada akhlak dan pegangannya." ukhuwah kami keranaNYA..

berjanjilah...
ukhwah ini untuk selamanya..
walaupun pengikat hanya sekalung doa..
berjanjilah...
kau akan tetap menguatkan semangatku tika ku lemah..
tetap menasihatiku tika ku lalai..
tetap meringankan bebanku tika ku sakit..
kerana kejayaan dan kegagalanku amat indah dengan adanya dirimu..
tak dapat ku gambarkan perjalanan perjuangan yang perit ini tanpa sokongan darimu..

"YA ALLAH,Hidupkanlah hati-hati kami dengan mahabbah-MU dalam ketaatan kepadaMU serta limpahkanlah Nur iman dan maghfirah kepada hamba-hambaMU ini"

"Moga takkan kami sesali perpisahan kami kelak,andai ajal datang menjemput.YA ALLAH,golongkan kami dalam pemudi yang saling mencintai keranaMU.."
amin.

*Bingkisan suara hati buat semua teman yang pernah berkongsi kenangan bersama dan khas buat dua orang insan teristimewa yang jauh dimata namun selalu dekat dihati;
"NURUL ATIQAH MD.RIDZWAN & NURATIRAH BT. JAMILUS"
terima kasih atas segalanya..hanya ALLAH yang mampu membalas,semoga akan ada lagi pertemuan antara kita..AMIN..^_^

No comments: