oh tuhan maha kuasa terima taubat hamba berdosa..
ku akui kelemahan diri..
ku insafi kekurangan..
ku kesali kejahilan ini..
terimalah..
terimalah..
terimalah..
taubatku ini..
~petikan lagu "taubat seorang hamba" by Irsyadee feat Hafiz UNIC~
RAMADHAN KAREEM semakin jauh mengorak langkah untuk pergi meninggalkan kita.
akankah ada peluang lagi untuk bersua RAMADHAN yang akan datang??..
"YA ALLAH,janganlah RAMADHAN berlalu meninggalkan kami selagi dosa-dosa kami belum terampun..sesungguhnya ENGKAU maha penerima taubat lagi maha pemurah...AMIN..
**Rasulullah s.a.w bersabda:"Lailatulqadar berlaku pada sepuluh akhir bulan ramadhan.sesungguhnya ia berlaku pada malam2 ganjil,pada malam ke 21,23,25,27 atau 29 ataupun pada malam terakhir dari bulan Ramadhan.esiapa yang bangun beribadat pada malam itu dengan iman & niat untuk mendapat ganjaran,semua dosanya yang terdahulu akan diampunkan.
Antara tanda2 Lailatulqadar ialah keadaan terang dengan langit yg bersih,tenang lagi sunyi,tidak terlalu panas atau sejuk.seolah2 bulan sedang memancar (kerana banyak Nur kerohanian).bintang2 tidak digunakan untuk melontar syaitan pada malam itu sehingga ke pagi.
Sesungguhnya matahari akan terbit keesokan paginya tanpa cahaya yang bersinar kuat.Ia terbit dalam bentuk satu bulatan yang rata seperti bulan purnama.ALLAH telah mengharamkan syaitan keluar bersama matahari pada hari itu(sebaliknya pada hari2 yg lain syaitan akan muncul ditempat matahari terbit).
**Hazrat 'Aishah r.anha berkata:"Ya Rasulullah,beritahulah kepada saya sekiranya saya tahu malam manakah Lailatulqadar,apakah doa yang sepatutnya saya pohon?"
Rasulullah s.a.w bersabda,"katakanlah:
"Ya Allah,sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan,maka ampunilah aku.."
WAALLAHU A'LAM..


4 comments:
jadilah manusia yg rabbanian, bukan ramadhaniyyan...syukran perkongsian
syukran....
syukran..
Post a Comment