Aidilfitri menjenguk kembali..setelah tahun lalu meraikannya diperantauan bersama kawan-kawan,tahun ini saya diantara orang yang terpilih untuk meraikannya di Tanah Air tercinta bersama ahli keluarga & orang2 tersayang..sejuta kesyukuran kupanjatkan kepadaNYA atas kesempatan ini.
Sambutan aidilfitri tahun ini agak berbeza sedikit dari yang sebelum ini.boleh dikatakan lebih meriah,mungkin kerana kepulangan saya & kehadiran ahli baru dalam keluarga kami iaitu anak kepada kakak saya yang sulung.beberapa hari menjelang hari raya,memang teramatlah sibuk.demi merealisasikan impian mereka yang menginginkan suasana baru,fuh…
1 syawaL (20 sept 2009)
Seperti biasa,sememangnya kesayuan memenuhi ruang hati setiap kali dipagi raya.apatah lagi,mendengar alunan takbir yang sungguh merdu & mengharukan.kesayuan bertukar menjadi ceria setelah semuanya berkumpul untuk makan bersama2 & sesi bergambar..macam2 gelagat,dan pastinya gelagat si kecil menjadi tumpuan.

Kehadiran tetamu disambut penuh kegembiraan.teramatlah sesak keadaan rumah ketika itu,memang terasa kemeriahannya.tak menang tangan melayan tetamu yang terdiri dari ahli keluarga & kawan2 adik bradik yang lain.tapi,sempat jugak escape sekejap2..hehe..petangnya,kami pergi beraya di rumah famly kat telipok & likas..lepas tu,balik la sebab penat makan,hehe..
02 syawaL (21 sept 2009)
Hari ke2 raya ni,kami ada misi iaitu mencari duit raya.!!hahaha..bukan bah..kami sambung beraya lagi..dari tanjung aru ke putatan dan seterusnya ke petagas.sempat pegi 4buah rumah la jugak..sampai rumah dekat maghrib.lepas maghrib tu jalan lagi.round2 k.k sekejap.=)
03 syawaL (22 sept 2009)
Hari ke3 ni lagi la parah punya penat..kami beraya di keningau lagi..bertolak dari rumah jam7 setengah pagi.lambat bangun punya pasal semua pun kelam kabut,hahaha..sampai di Keningau lebih kurang jam9 lebih.ahli keluarga semua sudah menanti kedatangan kami,terasa seperti rombongan pengantin la pulak,hehe..puas jugaklah round2 keningau sampai 5buah rumah kami ziarahi.best memang best..!!walaupun kepala rasa sakit sangat sebab jalan jauh..sempat jugak menapau kuih raya untuk bawak balik ke mesir nanti,hahaha..makcik2 kami memang sporting!!hehe..
Rindu semua famly disana.Yang xbestnya saya xterlepas dari soalan2 bonus mereka..
“tak lama kawin orang arab la ni kn..”skrip yang sama berulang disetiap rumah yang kami ziarahi.hanya mampu tersenyum dan menjawab dalam hati..
“mana boleh..setia dengan orang
Sudah puas beraya,kami pun bertolak balik ke k.k…sedih meninggalkan family disana..kami sampai dirumah hampir waktu maghrib..penat yang tak terkata..


No comments:
Post a Comment