“Jam berapa mula kuliah?” Tanya salah seorang ahli bait.
“hm..jam 9 kak.”
“awalnya bersiap.” Tegurnya lagi.
Ya! semangat barangkali. ALHAMDULILLAH! Mudah-mudahan semangat ini akan berterusan. AMIN..
Sampai sahaja di kuliah,terkedu seketika melihat suasana tempat baru yang bakal kami tempati. Menarik! Bertambah naik satu level lagi tingkat darjah semangat untuk mula kuliah. Dan,kehadiran adik-adik baru yang menjadi generasi kedua untuk kuliah kami (kuliah ulum islamiyah) menceriakan lagi suasana. Alhamdulillah,bertambah besar keluarga kami disini.
Selepas sesi taklimat ringkas,kami dibawa ke markaz computer di kuliah banat dengan menaiki bas khas. Pada setiap hari sabtu jadual kami adalah untuk maddah komputer sahaja bermula dari jam 9 hingga 11 pagi.Kami telah didedahkan serba sedikit pengenalan asas mengenai komputer oleh dukturah Nivin.
Seusai kelas,kami pun balik. Memandangkan jarak dari kuliah banat ke rumah sabah tidaklah terlalu jauh seperti di kuliah asal, kami pun mengambil keputusan untuk pulang berjalan kaki sahaja. Hanya kami berdua (saya dan aswanie). Pesanan buat Nadia dan Farhanah, cepat-cepat balik sini,kami setia menanti kepulangan kamu! Hehe..
**buat semua kawan-kawan, selamat maju jaya! Semoga kita dipermudahkan bermujahadah di jalanNYA. Buat adik-adik baru,ahlan wasahlan dan salam ukhwah!.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)


No comments:
Post a Comment