Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, October 3, 2009

Beraya lagi

pada 26sept yang lalu,bersamaan 7syawal,sahabat kami Nurul Atiqah Md Ridzwan mengadakan majlis rumah terbuka khas di terataknya yang terletak berdekatan One Borneo. Nama tempat tu tak berapa ingat la. Dia yang bekerja di Petronas Labuan terpaksa berulang alik ke k.k. Tapi,tak lama lagi dia akan berpindah disalah sebuah bank di K.K. Tahniah tyqa!!(aku dah balik mesir baru kau stay di kk ar..huhu)

Yang sedihnya,tak berapa ramai kawan-kawan kami yang dapat datang dan berkumpul bersama,sibuk dengan acara sendiri barangkali. Hanya saya,Norzie(kini mengajar disebuah sekolah ugama di kionsom,inanam),Shariza(insaniah kedah) bersama tunang dan keluarganya yang dapat bersama2 berkumpul pada hari itu. Teringat kenangan sewaktu berada ditingkatan 6,rindu suasana itu!

Walaupun tidak seramai dulu,suasana masih terasa meriah. Macam2 cerita dan pengalaman dapat dikongsi bersama. Kemeriahan bertambah dengan sikap ramah ahli keluarga tuan rumah. Memang hubungan kami agak rapat terutama dengan mak & ayahnya. Sempat jugak merakam gambar kenangan bersama mereka. Agak lama keberadaan saya disana, dah jadi macam tuan rumah pulak,hehe.. Selepas maghrib barulah saya beredar pulang itupun ikut tumpang kereta mereka. Macam tuan puteri la pulak.

Buat mereka sekeluarga, Terima kasih yang tak terhingga.




No comments: