Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, November 14, 2009

KehadiRan ahLi Baru

Sedang leka menghadap laptop,tiba-tiba handphone berdering menandakan 1 mesej diterima. Laju tangan menekan punat telefon.

"ka, wawa lahir sudah.jam 6ptg tadi,comel macam aisya jugak!" (12 Nov 2009)

Satu mesej ringkas yang sudah cukup membuat hati girang gembira yang tidak terkata.ALHAMDULILLAH.

Bertambah seorang lagi ahli keluarga kami.kalau sebelum ni hanya ada seorang anak buah,sekarang dah ada dua! Rasa sedih juga sekali lagi tak dapat bersama mereka menyambut kelahirannya. Salam sayang dari kejauhan sahaja yang mampu dikirimkan. Sekalung tahniah buat kakak sulung saya sekeluarga. Dengan pesanan,jangan lupa send gambar si adik kecik tu,orang disini setia menanti.huhu..


"PERMATA HATI AYAH & BONDA"

Kehadiran anak merupakan sebuah anugerah yang terindah bagi setiap pasangan yang berumahtangga. Kehadirannya pasti mampu menenteramkan hati sang ibu & ayah serta sesiapa sahaja yang melihatnya. Bak kata pakar motivasi yang sangat saya minati bayi yang baru lahir itu mempunyai satu aura yang sangat luar biasa. Mereka mampu menarik hati sesiapa sahaja. Faktor aura itu adalah kerana mereka lahir dalam keadaan suci dan bersih tanpa secalit dosa pun.


Sebuah hadis nabi yang mafhumnya; Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya), maka kedua ibubapanya lah yang menjadikannya Yahudi,Nasrani atau Majusi. Muttafaq alaih.

Sememangnya menjadi tugas kedua ibu bapa mencorakkan kehidupan anak mereka. Sesungguhnya tarbiah itu harus bermula dari awal."Melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Hiasilah mereka dengan nilai-nilai kehidupan sebagai seorang islam yang sebenar.

Hadis nabi s.a.w yang bermaksud; Apabila meninggal anak adam,terputuslah segala amalan darinya kecuali 3 kebaikan:sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak soleh yang mendoakannya.

**Bila agaknya dapat jumpa si baby kecik ni ar..hmm...

No comments: