Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, November 21, 2009

Riadah d' Hearty WISA

Awal pagi kemarin bersamaan 20hb November 2009, WISA (mahasiswi sabah) telah mengadakan program pertama bagi sesi baru 2009/2010 iaitu aktiviti yang berbentuk riadah dan telah diberi nama Riadah d’ hearty bertempat di hadiqah firdaus.


Antara objektif utama aktiviti ini adalah untuk merapatkan ukhwah sesama ahli tidak kira dikalangan pelajar pengajian islam ataupun perubatan.dan sekaligus saling kenal mengenali dengan lebih rapat antara pelajar lama dan baru.



ALHAMDULILLAH,semua berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa orang banat yang tidak hadir pada pagi itu. Pujian harus diberikan kepada ketua dan ajk WISA sesi baru ini kerana program riadah yang dirancang sebagai riadah bulanan seperti ini adalah yang pertama kali dijalankan oleh WISA. Semoga ianya akan berterusan. Dan terima kasih buat semua yang telah memberi kerjasama.



Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada pagi itu ialah;

*Jogging 3kali pusingan.

*Senaman ringan (poco-poco)

*Permainan “dari mata turun ke hati”, “musang berjanggut” dan “silent game”.


Dan setelah habis aktiviti, semua berkumpul untuk sarapan bersama-sama.

Semoga aktiviti ini mencapai objektif dan menepati temanya iaitu “Yang jauh didekatkan, Yang dekat dieratkan.”


ucapan timbalan yang dipertua 2 BKPSM merangkap ketua WISA sesi 2009/10, Azlinah abdul gani.


Ucapan ketua program Riadah d' Hearty, Nuritriah salleh.
Antara banat yang hadir memberi kerjasama pada pagi itu,syukran!


Senaman ringan (poco-poco) sebelum memulakan games.

Wajah ceria 4 orang fasi dlm game "dari mata turun ke hati".

keriuhan berlaku sebentar,semua berusaha menghafal identiti diri orang lain.


itriah bersama ahli kumpulannya.

Nadia dan ahli kumpulannya yang happy go lucky!!

permainan terakhir pada pagi itu, silentg game.

No comments: