Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Monday, February 8, 2010

Akankah berjaya??

One soul (wanita solehah) program kedua anjuran Mahasiswi Sabah (WISA) untuk tahun ini selepas riadah di hearty.. akan berlangsung insyaALLAH 9 feb ini.. Pentaklifan sebagai pengarah untuk program ini bukanlah semudah yang disangka. Banyak yang perlu dititikberatkan agar segalanya berjalan lancar & berjaya mencapai objektif. Akankah berjaya??

" Berjayanya sebuah program bergantung kepada keberjayaan pengarah itu sendiri" Satu kata2 yang buat aku bertambah gabra.. aduh! ku akui, diri ini sememangnya bukan orang yang mahir @ berpengalaman dalam hal2 seperti ini.. 

" Niatkan apa yang kita lakukan ini adalah ibadah,insyaALLAH akan mendapat ganjaran disisiNYA, siapa yang membantu agama ALLAH, yakinlah bahawa pertolongan ALLAH jua untuknya!" lagi kata2 yang mengobarkan semangat.

Ya! untuk menjadi mahasiswa/wi yang berjaya,bukan hanya sekadar segulung ijazah atau ilmu sahaja yang perlu dimiliki. kemahiran berpersatuan & sikap berkepimpinan juga perlu ada. itu merupakan salah satu nilai tambah bagi seseorang yang bergelar mahasiswa/wi. Kebijaksaan seseorang mahasiswa/wi pastinya akan terlihat,sejauh mana kemampuannya untuk membahagikan masa antara pelajaran & persatuan. 

"Jadilah seperti pokok pisang, satu pokok yang daripadanya dapat terhasil kepelbagaian"


" jadilah seperti lalang "~ tetap pendirian akan tetapi bijak menyesuaikan diri dengan suasana baru.~

** sELAMAT maju Jaya buat semua ahli jawatankuasa program one-soul (wanita solehah).. semoga majlis ilmiah yang dirancang ini akan berjalan dengan sebaik yang mungkin serta mendapat keredhaanNYA,amin..
gabra menanti hari esok.. teks ucapan harus disediakan..aduh!! (@_@)

No comments: