"Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) dihari akhirat." (al-ahzab:21)
Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik bagi qudwah hasanah. Apabila isterinya saidatina Aisyah ditanya mengenai akhlak Rasulullah, beliau menjawab: "Akhlak nabi adalah Al-quran."
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasanya Rasulullah s.a.w berdiri untuk beribadat dari sebahagian waktu malam sehingga pecah-pecahlah kedua tapak kakinya. Saya (Aisyah) lalu berkata padanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian, ya Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampuni untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang telah lalu dan yang kemudian?”
Rasulullah s.a.w. bersabda :"Adakah aku tidak senang untuk menjadi seorang hamba yang banyak bersyukurnya?” (Muttafaq ‘alaih)
~ DETIK-DETIK RASULULLAH MENGHADAPI SAKARATUL MAUT ~
Pagi itu,walaupun langit mula menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikah khutbah:
"Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH dan cinta kasihNYA. maka taati dan bertaqwalah kepadanya. Ku wariskan 2 perkara kepada kalian; Al-Quran dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintaiku, dan kelak orang2 yang mencintaiku akan masuk ke syurga bersama-sama ku."
Khutbah diakhiri dengan pandangan mata yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya turun naik menahan nafas & tangisnya. Uthman menghelakan nafasnya panjang-panjang manakala Ali menundukkan kepala dalam-dalam.
Isyarat itu telah datang.saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua!" keluh hati para sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu hampir menyelesaikan tugasnya di dunia.Tanda2 itu semakin kuat. Rasulullah turun dari mimbar dalam keadaan lemah longlai.Disaat itu,kalau mampu, seluruh sahabat yang ada disana pasti akan menahan detik-detik yg berlalu. Matahari kian tinggi,namun pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya Rasulullah terbaring lesu dengan keningnya yg berkeringat membasahi pelepah kurma yg menjadi alas tidurnya. Tiba2 dari luar kedengaran suara orang memberi salam.
"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. namun,fatimah tidak mengizinkan dengan alasan ayahandanya sakit.
"Siapakah itu wahai anakku?" tanya Rasulullah.
"Tidak tahu wahai ayahku. seperti baru kali ini anakanda melihatnya".tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan yg menggetarkan.
"Ketahuilah dialah yg menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yg memisahkan pertemuan di dunia,dialah malaikat maut."
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Lantas malaikat maut pun menghampiri. tapi,Rasulullah bertanya kenapa malaikat Jibril a.s tidak turut sama menyertainya. Kemudian dipanggilkan Jibril yg sebelumnya sudah bersiap sedia dilangit dunia menyambut roh kekasih ALLAH dan penghulu manusia ini.
"Wahai Jibril, jelaskan apakah hakku dihadapan ALLAH?" tanya Rasulullah dalam nada perlahan.
"Pintu2 langit telah terbuka,para malaikat sedang menanti rohmu, semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu." balas Jibril a.s
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Nabi lega,malahan matanya lebih kelihatan cemas.
"Engkau tidak senang menerima khabar ini?" tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib ummatku kelak?" tanya Nabi lagi.
"Jangan khuwatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar ALLAH berfirman kepadaku yg bermaksud; kuharamkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali ummat Muhammad telah berada didalamnya."
Detik2 semakin dekat. Saatnya malaikat Izrail melakukan tugasnya. Perlahan roh ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-uratnya menegang.
"Jibril,betapa sakitnya sakaratulmaut ini." Nabi mengadu. Fatimah memejamkan matanya,Ali yg disampingnya menunduk semakin dalam, Jibril memalingkan mukanya.
" Jijikkah kau melihatku,sehinggakan kau memalingkan muka daripadaku wahai Jibril?"
"Siapakah yg sanggup melihat kekasih ALLAH direnggut nyawanya?" balas Jibril.
Sebentar kemudian,terdengar suara Nabi memekik kerana sakit yg tidak tertahan.
"Ya ALLAH dahsyatnya maut ini! Timpakan saja semua seksa maut keatasku,jangan timpakan keatas ummatku.."
Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya seakan bergetar,ingin menyampaikan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.
" uushiikum bissolati, wa malaka aimanuku.." ( peliharalah solat dan peliharalah org lemah antara kamu.)
Diluar pintu,tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya sementara Ali mendekatkan telinganya dibibir Rasulullah yg mulai kebiruan. kedengaran sayup-sayup: "Ummati..ummati...ummati..."( ummatku..ummatku..ummatku...)
Dan berakhirlah hidup seorang insan mulia yang teragung di muka bumi..
SUBHANALLAH... Maha suci engkau ya ALLAH...
Betapa Rasulullah cinta terhadap kita yakni ummatnya sehinggakan disaat akhir hayatnya Baginda masih menyeru berulang kali. kekhuatiran yg jelas dalam hati Baginda s.a.w. Kini, mampukah kita mencintainya sebagaimana rasa cintanya terhadap kita? Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa ashabihi ajma'in..
** SALAM MAULIDURRASUL 1432 H **






No comments:
Post a Comment