Soalan yang sering diajukan…
”antara semua maddah,maddah apa yg paling kick??”
Entah! Garu kepala jugak memikir…rasanya macam semua pun kick..hihi..
Kalau mau banding maddah2 sem lalu & sem ni..maddah sem 2 ni ringan sikit larh.
Cuma…,,dugaan yg datang bertimpa sedikit menguji…hampir lemas terkapai dipertengahan jalan.mujur DIA sentiasa disisi serta berkat doa mereka yang tidak putus-putus.
Adakalanya kegusaran menyelinap segenap ruang dalam hati..mampukah untuk meneruskan? Akankah kekuatan itu terus utuh dihati? Bisakah menepis semua? Itulah yang akan kurungkai setibanya disisi mereka yang kurindui..hanya nasihat & semangat mereka mampu mengembalikan kekuatanku selain petunjuk dariNYA..
Maddah komputer pada hari terakhir membuatkan diri ini sedikit ralat.. timbul sedikit rasa tdk puas hati terhadap beberapa perkara sewaktu praktikal test..rasa itu mengganggu konsentrasiku sewaktu menjawab soalan bertulis..mahu rasanya meluahkannya kepada dukturah tapi,soalan sudah diedarkan..sekadar membiarkan ia berlalu begitu sahaja..dan..rasa tidak puas hati itu masih wujud! dan dapat aku rasakan saat itu,titik mutiara yang gugur dek menahan rasa dalam hati. Itulah perkara lazim yang akan terjadi pada diriku!
"Cengeng!! emosi!! sensitif!!" mungkin itu yang mereka sangka.
"Maybe.." jawapan seringkas itu sahaja perlu dibalas,hanya yang tahu & faham akan mengerti..
Apapun,kena terima jugak sebab semuanya sudah berlalu..anggap sajalah semua itu adalah kesalahan diri sendiri..ya! mungkin salah aku jugak~~~
"kalau timbul rasa sesuatu yg tdk kena,letak saja kesalahan itu diatas diri kita sendiri,agar kita dapat membetulkan diri tanpa perlu memandang kesalahan orang,secara automatik,diri kita yang akan tertarbiyah walaupun atas kesalahan orang lain" nasihat dari seseorang yang boleh digelar "sahabat".aku menghargainya...=)
Sekarang..hanya perlu tawakkal kepada ALLAH....semoga sahabat & sahabiah semua najah..dan tahun depan,dapat naik tahun 2..aminnnnnnnnnnn ya Rabb!!
******
Semalam..lepas habis imtihan,petangnya terus ke "hussein"..beli barang untuk bawa balik sabah..~~ perjalanan yang memenatkan tapi, enjoy la..~~ thanx tuk "geng bas sekolah" & dua orang "pak mushrif" yang sporting dan tabah mengikut kami..~~


No comments:
Post a Comment