Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Tuesday, June 29, 2010

"buka mata,celikkan minda,tarbiyyah hati"

~TUHFATUL MAR’AH”

Syukur.. idea pencetus dakwah yang lahir dari musyawarah & permuafakatan.. memang benarlah kerjasama & kesatuan amat penting dalam islam! Sungguh terasa kemanisan ukhwah itu~~

Tuhfatul mar’ah merupakan satu program tarbiyah & pemantapan rohani anjuran bersama biro dakwah & tarbiyah (BDAT) & mahasiswi sabah (WISA) BKPSM sesi 2009/10.

::Misi ::
Mewujudkan bi’ah solehah dikalangan mahasiswi sabah serta melahirkan generasi muslimah sejati.

::Visi::
Istimror wa istiqomah.

:: matlamat ::
>> menjadikan surau pusat kekuatan ummah berteraskan al-quran & sunnah.
>> menghidupkan suasana tarbiyyah islamiah & thaqofah.
>> mengeratkan silaturrahim dan merapatkan jurang sesama muslimah.
>> melatih kemahiran bercakap & menyampaikan dihadapan jemaah/berdakwah.

::Motto::
“buka mata,celikkan minda,tarbiyah hati.

Semalam,tuhfatul mar’ah sudah mula dijalankan..untuk yang pertamanya adalah slot dikhususkan kepada mahasiswi pengajian islam. ALHAMDULILLAH respon yang diterima agak positif,sumbangan idea yang tidak putus2..semoga semangat dakwah itu berterusan bersesuaian dengan visi program ini..

Malam ini pulak slot bersambung kepada mahasiswi perubatan. Cabaran menyampaikan kepada mereka lebih kuat,semoga ALLAH permudahkan! Dan semoga respon yang baik juga akan diterima..AMIN..
Harus diakui,diri ini bukanlah terlalu baik..diri ini juga pernah lalai,alpa,lupa,terleka seketika..sebab itulah tarbiyah perlu sentiasa dibiasakan,”rohani perlu diberi makan”bak kata kak lina. ^_^

Setinggi ucapan tahniah buat tenaga penyumbang idea serta pelaksana. Dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat yang sedia memberi komitmen & kerjasama..semoga ALLAH beri hasanah serta keberkatan dalam usaha ini.

"Luangkan masamu untuk bantu agama ALLAH,dengan izinNYA urusanmu akan dipermudahkan,barang siapa membantu agama ALLAH..bantuan ALLAH jua untuknya.." pesanan yang akanku sematkan didalam hati..

*****
Malam ini,akan bertolak balik ke Malaysia untuk fatrah bercuti. Sudah tentulah rasa gembira.namun,terselit sedikit rasa berat hati,sedih rasanya mahu meninggalkan program yang baru hendak bermula.sedih mahu meninggalkan “mereka” yang memerlukan kerjasama.T_T

Buat kak lina yang disayangi..,”setiausaha” kakak yang tidak bertauliah ini ingin memohon maaf sebab terpaksa tinggalkan kakak jalankan program ni. Tapi,yakinlah ALLAH sentiasa bersama..rabbuna yusahhil..!!^_^

Apapun,saya akan sentiasa menyokong dari jauh & mendoakan program ni.. anyway,jumpa disabah nanti..!! hehe..

No comments: