Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Tuesday, July 6, 2010

Ilmu,amal dan tabligh..

  
((bila berada di jalan Allah ni,macam2 dugaan.. macam2 ujian..
ya la..sudah namanya mau berjuang kan?bukan senang mau masuk syurga oo... Lebih2 lagi bila kita sorang2 kena pertahankan semua tu... Apatah lagi,lahir dlm keluarga yg bukan dlm suasana islam.... hanya Allah tempat mengadu,merintih...kadang tu,rasa tertekan juga... tp,dlm masa yg sama rasa best jugak coz Allah menjadi 'pendengar' atas rintihan kita... d sebalik kesusahan ni terselit kenikmatan yg hanya merasa saja yg tau betapa indahya kenikmatan tu..))

Terbaca satu note yang ditulis dan di”tag” dilaman facebook oleh bekas anak murid madrasah hafizah as-syatibiyyah. Timbul rasa simpati padanya…

Aku mengerti keluhannya..kerana aku juga turut merasa. Lahir dalam keluarga yang bukan asal berlatar belakangkan agama yang kuat merupakan satu cabaran. Terlalu berat amanah & tanggungjawab yang perlu dipikul.Walau bukan anak sulung atau anak tunggal,bahu akan terasa berat bilamana kita adalah orang yang tunggal dan satu2nya dalam keluarga yang terpilih untuk menuntut & mendalami pelbagai cabang ilmu agama.menjadi kewajipan keatas kita untuk beramal kemudian mengajak serta menyampaikan.

“sampaikan daripadaku walau satu ayat”

“Peliharalah dirimu serta ahlimu dari api neraka”

“dan tekunlah engkau memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang yang beriman.” (az-zariyat:55)

Memang benar,terkadang rasa lemah..penat..gundah.. pernah juga sesekali airmata itu gugur.takut pada amanah yang terlalu besar..gusar tidak dapat melaksanakannya sebaik tuntutan.

Dan mungkin, terkadang terbit rasa cemburu pada mereka yang berasal dari keluarga berpengetahuan agama yang luas..
“alangkah indahnya jika aku seperti mereka” mungkin itu yang terlintas didalam hati..

Tapi,harus kita sedar.. semua perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik..mengandungi 1001 hikmah.harus sentiasa tabah,cekal menghadapi apa jua rintangan.semakin sukar perjalanan kita,akan semakin kita dekat pada kasihNYA..

Setiap kesusahan itu akan diikuti dengan kemudahan. Itu janji ALLAH,lebih2 lagi kepada mereka yang berada dijalanNYA.rabbi yassir wala tu’assir..

Peringatan buat mereka yang berilmu.

Untuk apa kita menuntut ilmu? Mungkin setiap individu ada sebab tersendiri..tapi jangan kita lupa ilmu yang kita peroleh pasti akan ditanya suatu masa kelak. Sebaik2 orang yang berilmu adalah mereka yang mengamalkannya kemudian menyampaikannya..

Nabi s.a.w bersabda yang mafhumnya: “pada hari kiamat kaki anak adam tidak akan berganjak sehingga dia ditanya tentang 4perkara.pertama,dimanakah umurnya telah dihabiskan?kedua,dimanakah usia mudanya digunakan?ketiga,dari sumber manakah hartanya diperoleh dan bagaimana harta itu dibelanjakan? Keempat,apakah yang telah dia lakukan terhadap ilmunya."

Pada malam mikraj.nabi s.a.w telah melihat sekumpulan manusia dalam keadaan bibir mereka sedang dipotong dengan gunting yang diperbuat daripada api.lalu baginda s.a.w bertanya: “siapakah mereka?”
jibril a.s menjawab: “mereka adalah penceramah dan pensyarah dikalangan umat tuan.mereka menasihati orang lain tetapi mereka sendiri tidak beramal,”

Dalam satu hadis lain diberitakan bahawa azab akan menimpa dengan lebih cepat kepada ulama yang jahat(orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkan) daripada penyembah berhala.mereka akan bertanya dengan terkejut: "mengapakah azab menimpa kami lebih dahulu daripada penyembah berhala?”. Mereka akan mendapat jawapan:
“tidaklah sama kesalahan orang yang mengetahui jika dibandingkan dengan orang yang tidak mengetahui.”

Mafhum satu hadis nabi s.a.w: “ilmu ada dua macam.pertama,ilmu yang hanya ada pada lidah yang merupakan hujah ALLAH keatas anak adam.kedua adalah ilmu yang menyerap ke hati.itulah ilmu yang paling bermanfaat.”

Semakin banyak ilmu yang kita peroleh,semakin besar amanah dan tanggungjawab yang terpikul dibahu..sama-sama kita muhasabah diri,mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan mereka yang berilmu,beramal & menyampaikan..=)

~~SEKADAR PERKONGSIAN..penyuluh jalan buat yang runsing,pembakar semangat buat yang lemah..pengubat hati buat yang rapuh.

**Dedicated to ukhti sakinah and myself too..~~“kita serupa,tabahkan hati!”

No comments: