Sangkaanku jatuh meleset bila melihat ramai yang datang walaupun hujan.sampai susah mo cari tempat parking.
“ingatkan xramai orang..” ternyata,benarlah seperti yang mereka katakan,ustaz ini agak popular.Cuma aku saja yang tidak tahu..
Kebetulan,terjumpa dengan bekas junior di SMA TOHPUAN yang kini menuntut di UMS.. Fazilah Hanisah namanya kalau tdk silap,kawan kepada my cuzzy jugak..
Kami tiba agak terlewat sedikit sebab take time tuk buka posa dirumah lagi.. apapun,tidaklah ketinggalan sangat.
Antara isi ceramah beliau adalah berkaitan dengan pesanan Rasulullah bagi sesiapa yang mahu Berjaya dunia & akhirat. Ada 5 point yang diketengahkan;
Tuntutlah ilmu.
Menjaga tutur kata.
Sambungkan tali persaudaraan.
Sedekah.
Solat tahajjud
“barang sesiapa yang mahukan dunia,hendaklah dengan ilmu,sesiapa yang mahukan akhirat,hendaklah dengan ilmu dan barang siapa yang mahu kedua2nya,hendaklah dengan ilmu."
“ibadat tanpa ilmu berbahaya..”
“harta yang dibelanjakan akan berkurang,akan tetapi,ilmu jika dibelanjakan pasti akan bertambah”
Secara keseluruhan,saya sangat tertarik dengan cara ustaz ini menyampaikan dakwahnya. Unsur lawak jenaka yang diselitkan mengundang gelak ketawa dikalangan jemaah.namun begitu,mesej yang disampaikan agak memberi impak dan boleh diingati setiap apa yang beliau sampaikan. Contoh yang diberikan agak tepat mengena sasaran.
Khabarnya,ustaz das’ad akan kembali ke Indonesia dan akan datang kembali mengadakan ceramah di sabah pada hari raya Qurban nanti..sepertinya,inilah kesempatan pertama dan terakhirku..
Apapun, aku sangat mensyukuri kesempatan ini. lebih2 lagi menghadirinya bersama ahli keluarga.. ^_^


No comments:
Post a Comment