Beberapa malam yang lalu ;-
“Tika…sini cepat..tengok ni..”sedang sibuk didapur,aku dipanggil.
Terpana. Kagum. Terasa kebesaranNYA.
Giliran qari dari negara Qatar menyampaikan bacaannya. Apa yang mengkagumkan,qari itu adalah seorang yang cacat penglihatan!
Malu rasanya…
Dalam keadaan serba kekurangan, dia tidak merasakan itu adalah halangan buat dirinya..
“buta mata tidak bermakna buta hati”
~~ mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang celik mata dan celik hati.. AMIN..
Semalam pula, agak tertarik rasa hati mendengar bacaan oleh qariah yang mewakili negara Filipina.gabungan tarannum yang sedap didengar!
Aku juga mahu menjadi seperti mereka. Mahu menjadi pencinta Al-quran!
Alangkah indahnya jika aku juga mampu membaca Al-quran dengan tarannum yang baik.. insyaALLAH,akan ku pelajari suatu hari nanti, Ilmu tajwid perlu dimantapkan dahulu.. =)
Jom jadi "pencinta Al-Quran"!!



No comments:
Post a Comment