~sekadar hiasan~
Penasaran. Hati bergetar.
“Mesti ada apa2 ni” meneka dalam hati..
Diwajah mak terpancar “kerisauan” yg aku sendiri tertanya2..
“ika..ada benda mama mo cakap sikit..……” dari A sampai Z luahan mak aku dengari.
"Kebimbangan,kegusaran serta kesedihan" yang mak rasai sudah mulai aku fahami. Aku turut merasa yang sama. Menahan sebak.tidak mahu tewas.
Dalam masa yang sama,aku juga rasa gembira. Walau aku bukan anak sulung,dan mungkin dalam ramai adik beradik,aku bukanlah yang paling rapat dengan mak,dek kerana sikapku yang agak “diam” berbanding yang lain,tapi dalam hal seperti ini,mak menjadikan aku sebagai teman luahan. Aku bangga. Aku tahu ini kepercayaan yang tinggi buat diriku. Kepercayaan yg tidak boleh aku abaikan. Amanah dari si ibu!
“Rabbi yassir wala tu’assir… KAU tenangkan hati ibuku ya ALLAH..”
Terasa satu lagi hikmah “kepulanganku” tahun ini..ALHAMDULILLAH..



No comments:
Post a Comment