Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Monday, December 6, 2010

2nd proposal!

Ehem2..
Penuh dengan senyuman menaip entri kali ini…^_^

5 Disember 2010.
1:15 p.m

Kejadian berlaku ditepi jalan,tempat tunggu bas yg menjadi kebiasaan kami. Sedang asyik menanti kedatangan bas,seorang lelaki arab lalu dihadapanku,menyapa dengan memberi salam.
Salamnya kujawab. Wajib hukumnya kan.^_^

Dia mula memperkenalkan dirinya, dia cakap dia kuliah usuluddin di Tanta (salah satu muhafazah di mesir). Kemudian dia bertanya, aku kuliah apa dan dimana?

Aku jawab apa adanya. Dalam fikiranku,orang tu mau tanya arah atau tempat,memandangkan dia dari Tanta. Itu dalam perkiraanku.

Tiba2 dia tanya, “ lau ana uridu an uzawwijuki,hal tuwafiqni??” (kalau saya mahu berkahwin dengan awak,sudikah awak menerimanya?) ---> translate p ayat jiwang! Haha

Waktu tu aku rasa masa terhenti sekejap. Kaget! aku tatap dia dengan pandangan penuh kepelikkan. Meminta kepastian! Dia mengulang kembali apa yang ditanyakan tadi. Sah! Memang aku tidak tuli atau salah dengar!

"Orang ni biar betul? Aku xkenal langsung ngan dia! Tiba2 bawak aku kawin! Apa kes ni…??!! Aku perhati dia dari atas kebawah,penampilannya memang sperti orang waras,tiada unsur2 orang gila. Smart pemakaiannya. Memang nampak mahasiswa Al-Azhar! Tapi……. Hurmmm…pelik!"

Memberanikan diri menjawab seperti mana yg selalu aq buat bila berhadapan dgn org arab.
 “Ana asifah, ana makhtubah!” ( maaf,saya sudah bertunang!) --> tipu sunat!! Hahaha

Dia diam. Tidak percaya mungkin.

Dia bertanya lagi,tunang dengan orang mesir atau orang luar?
“Min malizia!” dengan pantas aku menjawab. Gabra! ^_^

Ana asif jiddan!” dia mintak maaf.

Then,dia tanya lagi: “hal ta’rafin nisa’ solihah wa latifah wa jamilah misluki???” (awak ada kenal mana2 perempuan yang lembut,solihah,cantik macam awak??)

Hahahaha… sekali lagi aku kaget!

"Cantikkah aku? Lembutkah aku? Hurm,..bukan aku yang keluarkan ayat itu k? that man. I don’t know.." hahaha

Tapi aku xla perasan…hohoho..

Finally, perbualan kami habis dan dia pun jalan la…

Terledak ketawa mereka yang ada disitu ketika itu.


“desperate sgt kali dia mau kawin kan?”
“Asi ka taqdim perempuan ditepi jalan? Xromantik langsung!” haha

Dan peristiwa itu menjadi bahan ejekan mereka buat aku. Huh! Sabar ja la.

Sepanjang perjalanan ke rumah,bibirku dipenuhi senyuman dan adakalanya terkeluar jugak gelak kecik itu. Sungguh! Aku sangat kelucuan. Terimbas kembali 8 nov 2009, saat ditaqdim oleh seorang syeikh buat anaknya. Perasaan yang sama aku rasakan. Sungguh,ini antara pengalaman yg xdapat dilupakan. ^_^

******
Pesan nabi s.a.w melalui hadis yang bermaksud:

"Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi." HR al-Bukhari.
Dan adapun sebuah hadis akan menjadi fitnah dibumi jika seorang wanita menolak lamaran seorang lelaki yang baik ;


إذا خطب إليكم من ترضون دينه وخلقه ، فزوجوه . إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
"Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Tarmidzi dan Ahmad).

Hadis ini merupakan hadis dhoif dan bukannya sohih. Pendapat mengatakan hadis ini bertentangan dengan hadis pertama diatas.

Wallahu a'la wa a'lam bissawab... ^_^

No comments: