Semakin hampir kepada imtihan,semakin besar dugaan yang mendatang. Apapun,kena kuatkan semangat dan perlu bertahan!
"Ala…sebulan lebih ja lagi ni… BERTAHAN! Never say NO!"
Dan..semalam jugak,kelas tutorial telah pun bermula.untuk sem1 ni,maddah fiqh & mantik jadi tumpuan. Menelaah bersama ustaz kegemaran kami, ustaz Azam! ^_^ kena rajinkan diri dan kuatkan hati tuk pegi kelas malam ni! Untuk dapat pemudah cara study...
Dan,…ada 1 kitab yang kami bincangkan secara ringkas dalam kelas tutorial tu.ambik masa sikit jerr! Kitab “Jundullah”! bukan muqarrar (silibus) tahun2. Sekadar menambah pengetahuan. Tidak sabar mahu memiliki kitab itu.coming soon……@_@
Penerangan pertama dari ustaz Azam tentang salah satu bab dalam kitab Jundullah itu buat aku tertarik hati..=)
Mungkin ada baiknya jika ingin berkongsi sedikit kan…
Isu pertama yang menjadi perbincangan kami berdasarkan kitab itu adalah mengenai masalah ummat masa kini!
Ramai yang sedar,dan ramai yang lumrahnya mengetahui,salah faham terhadap islam amat meluas berlaku dizaman kini.bukan sahaja dikalangan saudara bukan islam,malahan penyakit ini turut merebak kepada saudara seislam kita.
Mengaku ALLAH itu ESA,membenarkan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH,meyakini ISLAM itu agama yang dibawa oleh para utusan,tapi sayangnyaaa… kefahaman tentang islam itu sendiri tidaklah seperti yang diharapkan.
Mengapa yang sedemikian ini terjadi??
Serangan pemikiran! Iya. Itulah yang berlaku sekarang. Serang pemikiran yang bertubi2 tanpa henti menjadikan umat islam semakin mempunyai mindset yang terhad akan kesyumulan islam. Sebagai contoh mereka hanya menganggap islam itu hanyalah mengucap 2 kalimah syahadah,solat,puasa dan haji.
Mereka lupa bahawa agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah sebuah agama yang syumul yakni menyeluruh. Dan serangan2 pemikiran serta propaganda2 mereka yang zalim cuba untuk menafikan bahawa islam adalah agama yang lengkap.
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." Al-Baqarah :120
Buktinya, kalau dilihat secara teliti setiap sesuatu perkara yang berlaku islam pasti punya pandangannya tersendiri. Sebagai contoh islam ada member panduan kepada umatnya segala sudut aspek,seperti; ekonomi,pendidikan,siasah hatta dari sudut pentadbiran pun ada. Jadi,kenapa harus utamakan sistem selain islam? Kenapa membiarkan sistem2 barat itu menjadi yang termahsyur? Bukankah kita diperintahkan untuk meninggikan islam?
Jatuhnya pentadbiran gemilang zaman khalifah.
Kezaliman serta kebodohan kamal attartuk yang kononnya mengaku beragama islam,menjatuhkan agamanya sendiri dan menggadaikan maruah agama kerana kejahilan yang teramat dahsyat!
Kalau kita kembali kepada sejarah, Antara sebab2 internal jatuhnya zaman khalifah adalah penjajahan barat terhadap Turki semakin menusuk tatkala mereka berhasil meraih generasi muda Turki dengan pendidikan ala barat. Tentu saja semua itu untuk mendapatkan satu tujuan, iaitu sekulerisasi selapis generasi. Maka lahirlah kemudian generasi baru yang anti Islam, Islamo-phobia, sekuler, liberal dan berotak barat.
Mereka inilah yang kemudian didukung oleh Eropah untuk menumbangkan lembaga khilafah Islamiyah. Tercatat tokohnya adalah Mustafa Kemal Ataturk yang terlaknat. Sosok ini telah berhasil menumbangkan khilafah pada tahun 1924 menerusi gerakan Turki Muda.
Sayangnya, hujaman belati mematikan ini justeru masuk ke dalam pelajaran sejarah di negera kita sebagai kebangkitan, bukan sebagai kejahatan. Rupanya, jaring-jaring kerja bangsa-bangsa kafir itu sedemikian luas, sehingga sosok Kemal Ataturk yang zalim itu, justeru muncul dalam buku sejarah kita sebagai pahlawan.
Padahal Kemal telah melakukan dosa yang bahkan Iblis pun tidak pernah melakukannya. Sebab khilafah sudah ada sejak zaman Rasululullah SAW hidup, yakni sejak 15 abad yang lalu. Selama itu, umat Islam belum pernah hidup tanpa ada khilafah. Iblis dan para jin tidak pernah mampu menumbangkannya. Tiba-tiba seorang sekuleris yang nota bane agamanya masih Islam, malah menumbangkannya!
Hasilnya, sejak jatuhnya khilafah Turki, umat Islam masuk dalam bid’ah kubro. Sebuah bid’ah teramat besar yang melebihi semua jenis bid’ah yang pernah ada. Dan tentunya sangat dibenci dan dimurkai. Sebuah bid’ah berupa umat Islam hidup tanpa naungan khilafah.
Zaman kegemilangan khilafah itu pasti akan muncul tiba suatu masa nanti. membenarkan sabdaan Rasulullah s.a.w. ALLAHU AKBAR!





No comments:
Post a Comment