Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Monday, June 20, 2011

::Generasi Al-Quran::

ALHAMDULILLAH. Imtihan Al-quran sudah berlalu. Kegusaran dan kebimbangan lenyaplah sudah. Menghela nafas kelegaan yang tiada hentinya. (^_^)

Terdetik dihati…...

‘Baru hafal 4 juzu’ + juzu’ Amma pun sudah rasa macam ada batu yang menghempap kepala,apalagi untuk tahun seterusnya,5,6,7,8 juzu’??........’

Seraya hati teringat kembali beberapa kata-kata dari syeikh Ramadhan,pensyarah maddah Al-Quran kami ketika didalam dewan kuliah…


“Kullukunna rusul min malizia ila huna(misr),la budda ‘alaikunna hifz Quran hifzan jayyidan” (kamu semua adalah utusan dari Malaysia ke sini (Mesir),wajib keatas kamu hafal Quran dengan sebaik2 hafalan.”


“Kamu semua akan kembali ke Malaysia nanti dan tugas kamu adalah sebagai daie (yang membawa risalah agama yakni Islam),macam mana kamu mahu menyampaikan risalah Islam kalau Al-Quran pun tidak melekat dihati kamu??!”

Aduh! kata2 dari Dr itu bagaikan halilintar menusuk kedalam hati kami semua.

Merasai kehidupan dibumi mesir ini sedikit sebanyak mencelikkan hati saya apabila melihat sendiri bi’ah (suasana) Al-Quran yang tersangat nampak dan amat terserlah. Dimana2 kita berjalan pasti tidak akan terlepas dari melihat atau mendengar bacaan2 ayat suci Al-quran.

Didalam bas,ayat2 Al-Quran menjadi santapan halwa telinga, siapa naik bas tanpa memberi salam, akan dikira ‘aib (kurang beradab).

Pernah suatu ketika berada didalam bas menuju ke kuliah,saya duduk dibelakang seorang pemuda,berumur dalam lingkungan belasan tahun. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu,tiba2 dia berhenti dan terdiam seketika. Lantas,dia mengeluarkan mushaf dari poketnya.


‘Subhanallah,dia mengambil mushaf untuk merujuk hafalannya!’ Suasana inilah yang sering kami lihat tidak kira dimana saja,Al-Quran sentiasa menjadi peneman setia.

Pernah juga, melihat sekumpulan kanak2 sedang bersuka ria bermain di hadiqah(taman),sepasang mata ini tertumpu pada dua orang kanak2 yang duduk agak jauh sedikit dari kelompok kanak2 yang bermain itu. Mereka berdua seperti nampak sangat khusyuk bercerita. Yang seorang tiada henti mulutnya dan yang seorang lagi mendengar penuh teliti sambil mengangguk2 kepalanya. Kaki dihayun melangkah mendekati mereka.
‘MasyaALLAH! Kanak-kanak itu sedang saling mentasmi’(memperdengarkan hafalan) Al-Quran mereka!’


Sungguh comel kanak2 ini.. sejuk perut ibu mengandung kan dapat anak macam ni..^_^

 ” Dan orang orang yang berkata: ”wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Furqan:74)


“Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Pepatah melayu ada mengatakan ini. Di Mesir, budaya Al-Quran sememangnya diterapkan dari kanak-kanak lagi. Bukan menjadi suatu perkara yang luar biasa jika mendapati golongan remaja sudah khatam hafal 30juzu’ Quran. Bahkan, ada yang berumur 10tahun jugak sudah fasih dan lumat Al-Quran itu didalam dadanya.
Mafhum Hadis: “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

Pesanan syeikh Ramadhan yang paling diingati, “kamu mesti berusaha menghafal ayat-ayat suci Al-Quran,kalaupun tidak mampu 30juzu’,hafal yang semampu kamu. Mudah-mudahan ianya akan menjadi syafaat buat kamu kelak. Dan yang paling penting,bila kamu sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata,didiklah mereka dari kecil dengan menghidupkan didalam hati-hati mereka rasa cinta kepada Al-Quran dan keinginan untuk menghafal Al-Quran!”


"Sebaik-baik diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya" (HR Imam Bukhari,Abu Daud,Tirmizi dan Ibnu Majah.

Syeikh Quran kami di kuliah. Sedih sangat time lepas syafawi haritu sebab last sudah jumpa ngan syeikh ni. beliau akan pindah mengajar di Qatar tahun depan. Impian mau berguru dengan syeikh Ramadhan sampai tahun 4 hanya tinggal impian..T_T

Jazakallahu khairan kathiran! Nasihat dan pesanannya insyaALLAH akan sentiasa didalam ingatan..


* Jom kita bina generasi Al-Quran bermula dengan diri kita! AMINNN….^_^

** Sedikit rasa kecewa dengan paper Tarikh Adab semalam.. T_T Apapun,kembali kepadaNYA! Tawakkal itu amat penting. Qull… ‘Hasbunallahu wa ni’mal wakil’

No comments: