Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Monday, July 4, 2011

Penulis yang disayang tuhan.

Prolog~~

Penulis adalah manusia yang fasih berpura-pura. Penulis mampu menuliskan bahagia pada saat hatinya derita.

Penulis tega mengukirkan senyum pada ketika hatinya benci. Namun tetap ada suatu yang pasti,penulis menuliskan perkara-perkara itu kerana pujukan niat yang baik,niat untuk berkongsi suatu yang dia tahu.

Penulis juga adalah manusia yang dekat kepada neraka. Mereka sudah melangkahkan sebelah kakinya ke neraka saat mereka menuliskan sesuatu yang jelek(buruk) dan menghitamkan hati pembaca ataupun menuliskan benci yang memusnahkan bahagia.

Penulis juga adalah manusia yang sudah meletakkan sebelah kakinya ke dalam syurga,pada saat mereka menuliskan sesuatu yang membuatkan ramai manusia berusaha menjadi hamba yang mencari redha dan rahmat Tuhan. Namun,yang paling pasti,dalam semua kisah penulis,bukan semuanya kisah bahagia.

Epilog~~

Atas nama hormat dan kasih, saya masih menyandang teguh pesan seorang penulis,


”menulislah untuk sesuatu yang kamu perlu.”

Betullah, lain penulis lain perlunya. Perlu kerana nama,perlu kerana berasa bertanggungjawab mahu memartabatkan sastera,menulis kerana perlu wang dan apa saja keperluan manusia perlu,penulis akan menuliskan kerananya.

Lalu bertanyalah juga penulis itu kepada saya,dan saya masih ingat pertanyaannya yang membuatkan saya malu-malu.

“Apakah kamu tidak perlu kepada Tuhan?”

Tidak saya tahu, penulis apa yang tidak perlu kepada tuhan, kerana hanya dengan izinNYA jari-jari penulis boleh menari menebarkan kata-kata. Hanya dengan izinNYA penulis mampu mempunyai ilham. Hanya dengan izinNYA juga penulis mampu bertemu kejayaan yang sangat perlu penulis cari.

Itulah mungkin yang sedang Usamah cari,seorang lelaki yang cuba mencari kejayaan yang paling penulis perlu cari dan hanya ketemu apabila menjadi penulis yang disayang Tuhan. Entah jadi entahkan tidak. Untuk diri saya, saya ini masih penulis yang begini. Penulis yang masih jauh daripada semua pencarian,masih banyak yang perlu dibelajari.

Namun terima kasih untuk Usamah kerana mengajar saya menulis dan mengajar saya menuliskan cerita ini. Semoga saya dan kita semua mampu menjadi penulis yang disayang Tuhan.

Terlalu lama memendam,.. tidak sabar rasanya menanti hari terakhir exam. Buku ini pasti akan menjadi yang pertama untuk dijadikan santapan buat sang mata yang penat menghadap buku kuliah!^^

*****
Alhamdulillah.. masih lagi berada dalam fatrah imtihan (exam sem 2),dua maddah (subjek) sahaja lagi yang menanti. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja.^^

Ucapan selamat bercuti dan selamat berehat buat adik-adik 1st & 2nd batch kuliah Ulum Islamiah. Mereka cuti mendahui kami. Sedia maklum,yang ‘tua’ sering menjadi yang terakhir. Harus mengalah pada yang ‘muda’.. kan.? ^^

Posting kali ini, ditujukan khas buat beberapa insan yang saya menanti sesuatu dari mereka. termasuklah mereka-mereka yang muda & bercuti awal itu. janji ‘insyaALLAH’ mereka yang amat dinantikan!

"Menulislah dengan apa adanya kamu. Dengan niat ‘Erti hidup pada memberi’. Dengan harapan suatu hasanah. Dari kita buat kita,dari kita buat mereka dan dari kita buat semua!"

* Semakin hampir menuju impian melahirkan ‘link’ generasi Ulum Islamiah. Tersangat excited!

** Kepada yang berkenaan itu…. Saya menanti ‘link’ dari anda sekalian! Selamat menerokai alam baru yang pasti menyeronokkan! InsyaALLAH.. ^^

Siruu.. 'ala barkatillah….

No comments: