Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Tuesday, June 23, 2009

Seribu satu kelebihan bulan Rejab..

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

4. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.


Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.


Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

ada sebuah kisah tentang seorang hamba berkaitan dengan bulan rejab:

peristiwa ini berlaku di Baitulmaqdis,di mana ada seorang wanita tua yang sangat rajin beribadat,terutamanya bila tiba bulan rejab.Di bulan ini dia akan membaca surah al-ikhlas sebanyak 12kali di samping mengerjakan ibadah puasa sunat.

Dibulan ini juga dia akan menanggalkan semua pakaian mewah dan digantikan dengan pakaian biasa.pada suatu hari,dia jatuh sakit dan merasakan ajalnya hampir tiba,lalu dia pun meninggalkan wasiat kepada anak lelakinya:"Anakku,sekiranya aku mati kapankanlah aku dengan kain yang murah."
setelah ajalnya tiba,lalu diuruskan jenazahnya itu oleh anaknya,kerana mahu menjaga maruah keluarga,anak lelakinya mengkafankan arwah ibunya dengan kain yang mahal.pada malam itu,dia bermimpi bertemu dengan ibunya.kata ibunya:"kenapa engkau tidak melaksanakan wasiatku dulu?aku tidak redha dengan kain yang mahal ini."
setelah terkejut dari tidur,anaknya merasa sangat menyesal lalu membuat keputusan untuk menggali semula kubur ibunya.setelah digali sedalam mungkin,namun dia masih tidak berjumpa dengan mayat arwah ibunya.akhirnya dia pulang.pada malam itu dia bermimpi lagi.ada suara mengatakan:"sesiapa yang memuliakan bulan rejab,maka ALLAH tidak akan membiarkannya bersendirian di dalam kubur"
bila tersedar,dia merasa sangat hairan namun bersyukur kerana ibunya telah mendapat perhatian di sisi ALLAH diatas kelebihan serta amalan di bulan rejab.

Monday, June 22, 2009

Kasihnya tiada tandingan,"Selamat HaRi Bapa"

Ketika berjauhan masih ku rasa hangat kasihmu ayah..
Betapa ku rindukan redup wajahmu hadir menemaniku

Walau hatimu sering terluka tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan kau setia mengajar ku erti kekuatan

Terpancar kebanggan dlm senyummu melihat ku berjaya
Bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa
Dengan kata azimat engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapat ku bayangkan hidupku ayah tanpa engkau disisi
Sebuah kasih sayang yang kau curahkan tersemat dihati.

Salam sayang dan rindu dari kejauhan dengan ucapan SELAMAT HARI BAPA khas buat my dad,HAPLAN BIN BANDU.terima kasih atas segalanya.Rindu!!(!_!)

jeles rasa bila kol dorang dirumah,bapa bagitau semalam dorang buat suprise sempena hari bapa..huhu..jelesnya...rindu sangat2..yang lucunya bila tgk gambar bapa potong kek,nda ketentuan kek tu dipotong..haha..ntila saya upload di friendster k..^_^

Kalau bandingkan antara mak & bapa,saya rapat dgn kedua-duanya tapi lebih sikit kepada bapa kot.mungkin sebab bapa lebih manjakan saya.hehe(^_^) walaupun kadang2 bapa kasar sikit bila marah kami tapi tetap terpancar diraut wajahnya kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Marahnya kerana kasih,
Tegasnya kerana sayang,
Titik peluhnya demi anak-anak,
Tak kira erti jemu
Tak kenal erti lelah
Semangat dikuatkan tanda kasih sayang dan cintanya.

Dialah ayah
Dialah bapa
Dialah abah
Dialah abi
Dialah daddy
Dialah ayahanda..

Panggilan yang bermacam namun,kasihnya hanya satu dan abadi selamanya…

jangan tertipu ar..ni pic bapa ngan aisya..!!MY NIECE..bapa da naik pangkat jadi atOK..

Thursday, June 18, 2009

Putus Cinta??..

"makan tak kenyang,tidur tak lena,mandi tak basah”inilah pepatah yang sering digunakan untuk orang yang putus cinta atau dalam kata lainnya gagal dalam percintaan..chewah..hihi^_^

Apa rasanya jatuh cinta dan putus cinta ar..saya pun xtaw apa rasanya sebab saya sendiri xpernah merasainya..xpernah ka ar??hmm..seingat saya xpernah la tapi xtaw pulak kalau ada cinta monyet dulu2..hahaha..tapi bila berhadapan sendiri dengan kawan yang mengalami masalah ini barulah saya tahu bagaimana besarnya impak orang yang putus cinta ni dan sememangnya xdapat dinafikan amat sakit dan memeritkan bagi mereka.simpati bercampur geram melihat sikap “mereka” ini.bila dah kecewa,terus hilang keyakinan diri. semuanya akan jadi serba xkena.makan xmau,tidur x nyenyak,.luangkan masa dengan kawan-kawan pun xda mood.masalah betul kn..tapi itu kira ok sikit la.lebih dahsyat lagi,kerana putus cinta ada yang sampai pasang niat mahu bunuh diri..NAUZUBILLAH..sebagai orang islam kita sudah sedia maklum hukuman utk org yg meninggal dunia kerana bunuh diri kn..janganlah terlalu mengikut emosi dan perasaan semata,ingatlah kita masih ada amanah yang perlu ditunaskan.

Untuk apa bercinta??satu persoalan yang sangat subjektif kn..mungkin ada yang akan jawab,ala biasalah zaman skg kan suda moden,xda couple da kira kuno la beb..mungkin juga akan ada jawapan,biasalah..perasaan bukan boleh dpaksa,da mmg kami ditakdirkan jadi “love couple”.hmm..mmg btul la semua manusia dikurniakan perasaan cinta & kasih sayang.semua tu fitrah manusia ingin dicintai dan mencintai.tapi,adakah betul kalau kita menyerahkan seluruh hati & perasaan kita untuk cintakan seseorang yang belum pasti jodoh kita bersamanya.sehinggakan lupa keluarga,tinggalkan study,terkubur cita-cita dan impian yang selama ni terniat dihati.

Bukan nak kata bercinta itu satu kesalahan,tapi biarlah berpada-pada.bercinta adalah hak peribadi setiap individu dan tiada siapa yang boleh menghalang.Cuma,harus diingat kita ini adalah hamba ALLAH,oleh itu cinta & kasih yang abadi adalah selayaknya untuk DIA.
Janganlah terlalu obses pada cinta duniawi yang hanya sementara sahaja,bila2 masa boleh hilang dan lenyap dengan mudah.


Oleh itu,marilah kita sama2 muhasabah diri,koreksi minda,tebarkan pemikiran.
“Adakah terlalu hebat sekadar menjadi orang yang mendapat cinta seorang Hamba yang kerdil berbanding mendapatkan cinta dari Tuan sang pencipta yang Maha Agung,pemilik segala sesuatu??”
Tepuk dada,buka minda dan Tanyalah iman..

waallahu a’la wa a’lam..

“boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu;dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat baik bagimu;ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah.216

“Love ALLAH with full of your heart,then ALLAH will love you,and makes all people love you..”

“kiranya tiada cinta insani untukku..cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidupku..Moga kelak akan ada cinta untukku daripada insan yang mencintai ALLAH sebagaimana cintaku terhadapNYA..”
p/s:buat kawan-kawan yg menghadapi masalah ni,jgn terlalu layan emosi & perasaan k..ada hikmah disebalik semua kejadian.kita ada tugas yang lebih penting daripada memikirkan benda2 yang bukan dibawah bidang kuasa kita,ALLAH lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita.bertawakkallah..minta maaf kalau ada yang terasa,artikel diatas untuk renungan diri saya sendiri dan kawan2 yang lain,tiada niat untuk menyentuh sensitiviti mana2 pihak..syukran..^_^

Sunday, June 7, 2009

sanah helwah ya gamilah..

selamat hari lahir ke-16th,tyra..!!

~26 mei 2009~

ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan kamu..
ALLAH selamatkan NURATIRAH..
ALLAH selamatkan kamu...


this is da suprise..^_^



~TINTA KALAM BUAT TEMAN~

mengenalinya satu anugerah terindah buat diriku..
kehadirannya menceriakan hari-hariku..
saat perlukan tempat mengadu dia muncul menjadi pendengar setia..
tika semangat lemah dia datang membawa sejuta inspirasi..
dikala hati dirundung duka dia hadir membawa seribu cahaya ketenangan..
dikala hati dilanda kegembiraan dia turut disisi berkongsi rasa...
takku rasa bosan tika bersamanya..
takku tahu erti sunyi tika berteman dengannya..

andai masa dapat diputar semula..
pasti aku ingin diulang kembali memori bersamanya..
memori bersama terlalu indah..
suka dan duka dihadapi bersama..
tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
tak dapat diganti walau berjuta kenangan kini

kini...
kami terpisah antara dua benua..
namun,ukhuwah yang terjalin takkan pernah putus selagi jasad masih bernyawa..
benar kata orang andai ukhuwah yang terjalin kerana keikhlasan pada ALLAH
semata,walau apa yang terjadi pasti ianya akan kekal abadi.

"aku mencintainya bukan kerana hartanya,tapi kerana kayanya dengan iman dan aqidah yang kuatBukan jua kerana cantik rupa parasnya,tapi cantik pada akhlak dan pegangannya." ukhuwah kami keranaNYA..

berjanjilah...
ukhwah ini untuk selamanya..
walaupun pengikat hanya sekalung doa..
berjanjilah...
kau akan tetap menguatkan semangatku tika ku lemah..
tetap menasihatiku tika ku lalai..
tetap meringankan bebanku tika ku sakit..
kerana kejayaan dan kegagalanku amat indah dengan adanya dirimu..
tak dapat ku gambarkan perjalanan perjuangan yang perit ini tanpa sokongan darimu..

"YA ALLAH,Hidupkanlah hati-hati kami dengan mahabbah-MU dalam ketaatan kepadaMU serta limpahkanlah Nur iman dan maghfirah kepada hamba-hambaMU ini"

"Moga takkan kami sesali perpisahan kami kelak,andai ajal datang menjemput.YA ALLAH,golongkan kami dalam pemudi yang saling mencintai keranaMU.."
amin.

*Bingkisan suara hati buat semua teman yang pernah berkongsi kenangan bersama dan khas buat dua orang insan teristimewa yang jauh dimata namun selalu dekat dihati;
"NURUL ATIQAH MD.RIDZWAN & NURATIRAH BT. JAMILUS"
terima kasih atas segalanya..hanya ALLAH yang mampu membalas,semoga akan ada lagi pertemuan antara kita..AMIN..^_^