Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Friday, October 22, 2010

Semangat & kekuatan itu dari ALLAH

Selamat sampai ke bumi Mesir yang dirindui. meninggalkan bumi Sabah serta penghuni2nya yang juga dirindui. 2minggu berlalu sudah. Seminggu tanpa khabar buat mereka yang jauh. Bukan terlupa atau sengaja. Ada sedikit yang mengganggu. Salam sayang & rindu buat kalian semua!!

 Ahlan wasahlan.
Imarah sabah menerima kedatangan adik2 baru lagi! Bertambah ramai dan meriah la kami disini. “kesesakan” memang terasa. Mujurlah adik2 medik dihantar ke muhafazah “zagazig”. Kalau tidak,pastinya istilah ikan sardin wajar diumpamakan dengan keadaan kami disini.


Tuhfatul mar’ah
Belum sampai beberapa hari kembali merasai hidup diimarah sabah ni,macam2 versi cerita yang kurang enak sampai ke halwa telinga. Berdesing! hati jadi resah,kesedihan melanda.. kesedihan bertambah apabila “cerita-cerita” yang kedengaran itu terzahir didepan mata.

Lantas mengadakan pertemuan bersama adik “sefikrah”. bersepakat menghidupkan kembali program (Tuhfatul mar’ah) yang dirindui itu! Kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar diwajah dia dan aku. Kami bersemangat! Ditambah lagi semangat dari ketua yang nun masih jauh dibumi sabah.
 
DUA!
 Menaiki satu lagi anak tangga baru dalam perjalananku sebagai penimba ilmu.
“sanah kem?”

“sanah thaniah”
 TAHUN DUA!!

Ada yang berkata,bila sudah naik tahun perasaan akan jadi tenang dan relax sikit sebab perjalanan akan menjadi semakin mudah..

Tapi,lain yang aku rasakan.. bila memikirkan angka dua itu,hati rasa berdebar,semakin tertekan. Banyak lagi yang belum aku kuasai,.

Tajdidkan niat! “Ya ALLAH,kuatkanlah semangatku dan permudahkanlah perjalanan kami demi mencari redhaMU..”

Selamat memulakan pengembaraan yang baru buat semua!

Buat mereka yang masih belum bertemu “najah” itu,
Bersabarlah! Dan teruslah berjuang!
Kejayaan yang indah itu pasti akan tiba.
Kegagalan itu bukan untuk dikesalkan.
Ia adalah anak2 tangga untuk menuju kejayaan yang paling manis!

Segala sesuatu itu milik ALLAH,
Tidaklah kita mampu memiliki apa yang menjadi milikNYA,
Kecuali dengan meminta..

~DOA,USAHA,ISTIQOMAH,TAWAKKAL~

“berdoalah kepadaku,nescaya akan kuperkenankan”

Tuesday, September 28, 2010

Pertemuan pertama.

Pagi kemarin menjadi rezeki pertemuan buat kami(saya,aswanie & kak lina) bersama ustaz akmal @ lebih dikenali dengan nama “Abunuha” berikutan nama laman blog beliau yang cukup popular, Abunuha corner.

Kalau diikutkan,ini bukanlah pertemuan yang pertama bagi saya. Saya ingat lagi sewaktu tahun 2008,tahun kami pelajar2 sabah sesi 2008/09 yg menyambung pelajajaran ke mesir berada di KKIA menanti penerbangan ke Kuala Lumpur, beliau antara orang yang setia bersama kameranya,mengambil shot2 suasana ketika itu. Kemudian,beliau menghampiri saya sekeluarga yg ketika itu bersama ustaz Arshad dan isterinya. Gambar kami pun dirakamkan. Kemudian beliau bagi link blognya melalui sms.

Dalam hati saya ketika itu, “mungkin ustaz ni wartawan..” hehe.

Dan,saya masih ingat lagi kata2 beliau waktu itu.
“Sampai mesir nanti,jangan lupa buka blog tu k..gambar kamu ada dsana.” Aku hanya mengangguk walaupun masih bingung. Apa itu blog? Haha!^_^

Bila sudah sampai mesir, hati betul2 xsabar mau dpt line internet..dalam seminggu la jugak baru dapat. Dan,sejak dari detik itulah saya mengenali dunia blog dan menjadi pembaca setia blog “Abunuha Corner” sehingga ke hari ini.^_^ Dan saya akui,wujudnya minat ingin memiliki laman blog sendiri bila sering melayari & membaca blog beliau dll..
 ~ Memori 2tahun yang lalu~

Dan,saya ingat lagi beliau pernah menjemput saya ke rumahnya pada syawal tahun lalu. Cuma tidak dapat memenuhi jemputan itu atas sebab masa tidak mengizinkan..

Berada 2jam setengah dipejabat beliau kemarin,rasanya tidak cukup puas mendengar cerita,pendapat serta pengalaman beliau dalam medan dakwah. Banyak yang beliau kongsikan. Kesedaran & semangat yg sedia ada semakin memuncak. Semangat dakwah dalam diri beliau harus dicontohi.

Terlalu banyak nasihat yg diberikan. semua terakam kemas dalam memori.

Cadangan dan saranan yg beliau lontarkan untuk kami lakukan sebagai mahasiswa/wi Al-Azhar secara zahirnya memang nampak berat. Namun,jika difikirkan secara logik akal fikiran,memang itulah yg sepatutnya! Kami bukan lagi pelajar sekolah menengah yg datang ke sekolah untuk memenuhi kehadiran dan menempuh exam sahaja. Dan,kami juga bukan mahasiswa/wi dalam negara.bahkan,penuntut diluar negara! Pandangan masyarakat lebih tinggi,harapan mereka lagi menggunung. Harus celikkan minda & berfikiran jauh! (bukan hendak berbangga diri,sekadar untuk peringatan serta semangat buat diri!)

Mengharap kesedaran itu menyelinap masuk ke hati sahabat2 yg sama2 berjuang membawa nama “AL-AZHAR AS-SHARIF”

** Alfu syukran buat ustaz akmal yang sudi meluangkan masa bersama kami,. Jazakallahu khairan.. semoga ada lagi pertemuan seterusnya.^_^

Rindu berbalas!

~Program Nisa’ Permata Hati~ Persatuan Siswazah Sabah(pss)
Tempat: Smk Bongawan
Tarikh: 24-25 sept 2010.



“Indahnya hidup,bahagianya hati bila rindu itu berbalas!” ^_^

ALHAMDULILLAH.. Segala puji dan syukur hanya untukNYA.. Peluang & kesempatan itu milikku jua..^_^

Kedatangan kami disambut oleh "warga Smk Bongawan" dengan penuh keramahan..^_^

Ukhwah terjalin.. Makan petang semeja bersama bonda @ guru kaunseling Smk Bongawan.

 ~Ku suka~ kertas kerja latihan dalam kumpulan (LDK). topik yang sesuai dan menarik!

Sesi LDK... Indahnya berkongsi! saling memberi dan menerima..^_^ 

 Slot "mencari hati kuman". Diri ini turut sama bermuhasabah,manik-manik jernih itu turut sama gugur.pengisian yg sangat memberi kesan mendalam bagi yg menghayati!


Slot ceramah ke2 yg bertajuk : "Akhlak cerminan hati"

Sesi pengenalan KRU (kelab remaja ukhwah) kepada peserta2 program.

Tinta kalam dari puan pengetua Smk Bongawan,. Terima kasih daun keladi..^_^

Ceria! Wajah adik2 Smk Bongawan..^_^




Kami bersama ex-senior Sma Toh Puan Hjh Rahmah,kak Norhayati Daud,yg kini menjadi tenaga pengajar di Smk Bongawan.

~Lambaian terakhir meninggalkan Smk Bongawan yg menyimpan 1001 kenangan manis..^_^~


**Sangat respek Smk Bongawan. walaupun sekolah ni merupakan sekolah menengah biasa dan bukannya sekolah menengah agama,sambutan pihak sekolah terhadap program pengisian bercirikan "islamik" seperti ini sangat2 mendapat sambutan yang positif. Khabarnya, program seperti ini menjadi rutin tahunan buat mereka.. amat membanggakan!

Semoga program seperti ni akan istiqomah dijalankan.. Dan,semoga sekolah2 lain diluar sana,termasuklah sekolah2 menengah agama mampu mencontohi dan seterusnya menghidupkan program2 islamik sebegini dan bukan hanya memfokuskan program2 akademik & kecemerlangan sahaja bagi mengatasi masalah kebejatan "sosial" yang tidak sihat dalam kalangan remaja sekolah dan seterusnya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang baik dari segi pencapaian akademik,akhlak,sahsiah mahupun penghayatan tentang islam..

Banyak yang ku temui disini~~~
ku temui teman sefikrah yang baru,
ku temui pengubat hati,
ku temui penyembuh rindu,
ku temui keluarga baru...
adik2 baru..
guru2 baru..
kakak2 baru...

"Haza min fadhli rabbi..."

Thursday, September 16, 2010

Rindu ini

  
“Salam.kar,mo ikut turun program ka?jd fasi tuk program di Smk Bongawan 24-25sept,pas raya..” sms dari wanie aku terima bulan Ramadhan yang lalu.

Reaksi pertama selepas baca msj tu.. Senyum…=)

Then… senyum lagi..=)
"Eee…bestnya! lama tdk “berprogram”.. rasa rindu pulak!

Teringat mesir.
Terkenang BKPSM.
Terbayang suasana disana.

Rindu juga ya…
“tem dimesir,rindu sabah..sudah sampai sabah,terkenang mesir la pulak…hmmm..”^_^

Hakikatnya…

Biah itu yang aku rindui.
Tarbiyyah itu yang aku idamkan.
Saling memberi dan menerima.

Amat berharap untuk turut serta dalam program anjuran PSS(Persatuan Siswazah Sabah) itu. Bingung jugak ni. Selepas raya,macam2 perkara harus diuruskan. Semoga kesempatan itu milikku..AMIN..

Rasa kekosongan. “ rohani sangat perlu diisi..”

"Bila kau bergelar Daie kau wajib sedar bahawa jiwa kau tak boleh lama-lama menjadi Remaja.. Bak kata Al-Banna; Tanggungjawab melebihi masa yang ada; dan tarbiyyah yang bersalutkan Ilmu dan Cabaran yang dapat mendewasakan"