Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Wednesday, December 1, 2010

Bertahan!

Melangkah masuk ke bulan disember,bulan terakhir untuk tahun 2010. Hmm..ada masa sebulan ja lagi untuk push diri study & lazimkan diri ke kuliah! Aduh.. imtihan semakin hampir..dupdapdupdap!

Semakin hampir kepada imtihan,semakin besar dugaan yang mendatang. Apapun,kena kuatkan semangat dan perlu bertahan!

"Ala…sebulan lebih ja lagi ni… BERTAHAN! Never say NO!"
 
Dan..semalam jugak,kelas tutorial telah pun bermula.untuk sem1 ni,maddah fiqh & mantik jadi tumpuan. Menelaah bersama ustaz kegemaran kami, ustaz Azam! ^_^ kena rajinkan diri dan kuatkan hati tuk pegi kelas malam ni! Untuk dapat pemudah cara study...

Dan,…ada 1 kitab yang kami bincangkan secara ringkas dalam kelas tutorial tu.ambik masa sikit jerr! Kitab “Jundullah”! bukan muqarrar (silibus) tahun2. Sekadar menambah pengetahuan. Tidak sabar mahu memiliki kitab itu.coming soon……@_@

Penerangan pertama dari ustaz Azam tentang salah satu bab dalam kitab Jundullah itu buat aku tertarik hati..=)

Mungkin ada baiknya jika ingin berkongsi sedikit kan…

Isu pertama yang menjadi perbincangan kami berdasarkan kitab itu adalah mengenai masalah ummat masa kini!

Ramai yang sedar,dan ramai yang lumrahnya mengetahui,salah faham terhadap islam amat meluas berlaku dizaman kini.bukan sahaja dikalangan saudara bukan islam,malahan penyakit ini turut merebak kepada saudara seislam kita.

Mengaku ALLAH itu ESA,membenarkan MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH,meyakini ISLAM itu agama yang dibawa oleh para utusan,tapi sayangnyaaa… kefahaman tentang islam itu sendiri tidaklah seperti yang diharapkan.

Mengapa yang sedemikian ini terjadi??

Serangan pemikiran! Iya. Itulah yang berlaku sekarang. Serang pemikiran yang bertubi2 tanpa henti menjadikan umat islam semakin mempunyai mindset yang terhad akan kesyumulan islam. Sebagai contoh mereka hanya menganggap islam itu hanyalah mengucap 2 kalimah syahadah,solat,puasa dan haji.

Mereka lupa bahawa agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah sebuah agama yang syumul yakni menyeluruh. Dan serangan2 pemikiran serta propaganda2 mereka yang zalim cuba untuk menafikan bahawa islam adalah agama yang lengkap.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." Al-Baqarah :120

Buktinya, kalau dilihat secara teliti setiap sesuatu perkara yang berlaku islam pasti punya pandangannya tersendiri. Sebagai contoh islam ada member panduan kepada umatnya segala sudut aspek,seperti; ekonomi,pendidikan,siasah hatta dari sudut pentadbiran pun ada. Jadi,kenapa harus utamakan sistem selain islam? Kenapa membiarkan sistem2 barat itu menjadi yang termahsyur? Bukankah kita diperintahkan untuk meninggikan islam?


Jatuhnya pentadbiran gemilang zaman khalifah.

Kezaliman serta kebodohan kamal attartuk yang kononnya mengaku beragama islam,menjatuhkan agamanya sendiri dan menggadaikan maruah agama kerana kejahilan yang teramat dahsyat!

Kalau kita kembali kepada sejarah, Antara sebab2 internal jatuhnya zaman khalifah adalah penjajahan barat terhadap Turki semakin menusuk tatkala mereka berhasil meraih generasi muda Turki dengan pendidikan ala barat. Tentu saja semua itu untuk mendapatkan satu tujuan, iaitu sekulerisasi selapis generasi. Maka lahirlah kemudian generasi baru yang anti Islam, Islamo-phobia, sekuler, liberal dan berotak barat.

Mereka inilah yang kemudian didukung oleh Eropah untuk menumbangkan lembaga khilafah Islamiyah. Tercatat tokohnya adalah Mustafa Kemal Ataturk yang terlaknat. Sosok ini telah berhasil menumbangkan khilafah pada tahun 1924 menerusi gerakan Turki Muda.

Sayangnya, hujaman belati mematikan ini justeru masuk ke dalam pelajaran sejarah di negera kita sebagai kebangkitan, bukan sebagai kejahatan. Rupanya, jaring-jaring kerja bangsa-bangsa kafir itu sedemikian luas, sehingga sosok Kemal Ataturk yang zalim itu, justeru muncul dalam buku sejarah kita sebagai pahlawan.

Padahal Kemal telah melakukan dosa yang bahkan Iblis pun tidak pernah melakukannya. Sebab khilafah sudah ada sejak zaman Rasululullah SAW hidup, yakni sejak 15 abad yang lalu. Selama itu, umat Islam belum pernah hidup tanpa ada khilafah. Iblis dan para jin tidak pernah mampu menumbangkannya. Tiba-tiba seorang sekuleris yang nota bane agamanya masih Islam, malah menumbangkannya!

Hasilnya, sejak jatuhnya khilafah Turki, umat Islam masuk dalam bid’ah kubro. Sebuah bid’ah teramat besar yang melebihi semua jenis bid’ah yang pernah ada. Dan tentunya sangat dibenci dan dimurkai. Sebuah bid’ah berupa umat Islam hidup tanpa naungan khilafah.





Zaman kegemilangan khilafah itu pasti akan muncul tiba suatu masa nanti. membenarkan sabdaan Rasulullah s.a.w. ALLAHU AKBAR!

Monday, November 22, 2010

Selamat Berjuang adik2 ku!


Saat kejayaan ditagih,usaha itu menjadi taruhannya..
 Saat kejayaan diharapkan,konsentrasi itu menjadi ukurannya..
Saat kejayaan diimpikan,angan2 itu menjadi peransangnya..
Saat kejayaan itu didambakan,padaNYA saja disandarkan segalanya..

Semoga kejayaan itu bisa dimiliki suatu masa nanti..
  
Bertawakkallah kepadaNYA!
”Dan barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Dia akan jadikan baginya jalan keluar dan memberi rezki dari arah yang tiada dia sangka-sangka, dan barangsiapa bertawakal kepada ALLAH, maka DIA itu cukup baginya.” (Ath Tholaq: 2-3)



Banyakkan doa & selawat,solat sunat sebelum pegi exam,paling penting! kucuplah tangan kedua orang tua,mohonlah restu dan doa dari mereka. semoga dipermudahkan..^_^

Ucapan selamat berjuang khas ditujukan buat adik2 tersayang FARIZA BT HAPLAN (STPM 2010), NURATIRAH BT JAMILUS,ASLIYANAH ARSJAD,MOHD IZZAT FARIQ (SPM 2010).

Dan tidak lupa juga,buat adik2 junior di Topuhara yg ambik SPM,xdapat tulis semua nama..

And...adik2 di SMK Bongawan yg ikut program "Nisa' permata hati",especially my grup, Noraalizan, Aleeya, Shukriah dan semua la..!

KEJAYAAN ITU MILIK ALLAH,TADAHLAH TANGAN MOHON KEPADANYA AGAR DIKURNIAKAN KEJAYAAN YANG PALING INDAH! ^_^ bittaufiq wannajah!

 

Saturday, November 20, 2010

Pemberian istimewa!

Sesampai dirumah,terlihat sekeping kertas yang diterbalikkan diatas meja belajar.

“kertas apakah?” hairan bertambah pelik..^_^

“Wah! Kiutnya” reaksi pertama tatkala terpandang muka hadapan sebenar kertas itu setelah dibalikkan.

“Ini bukan kertas biasa!” 
 kiut kan?? ^_^

Meskipun kertas itu asalnya hanyalah sekeping kertas polos berwarna putih,ia kelihatan amat menarik setelah digambarkan diatasnya sedikit karya lukisan yang comel,dinukilkan kata2 tersusun indah penuh semangat padanya dan dicalitkan dengan warna yang menjadi kegilaanku. Ungu!

Sungguh cantik dipandangan mataku!

Terharu.. sangat tidak menyangka permintaan yang agak kurang serius itu ditunaikan. Bahkan,dalam masa yang sungguh cepat.

Ingin berkongsi sedikit coretan kata-kata yang penuh bermakna dari “pemberian istimewa” itu;-

Wahai saudaraku..

Kekuatan siapakah yg engkau cari tatkala kau dalam ketakutan?pertolongan siapakah yg engkau butuhkan,manusia atau ALLAH?

Bila kau penuh dengan persoalan2,ketakutan2,suara2 sumbang dalam benak fikiranmu tatkala niat kau untuk berubah menjadi lebih baik diperkotak-katikkan oleh bisikan syaitan,kepada siapa harus kau memohon kekuatan dan doa supaya hatimu tidak dibolak-balikkan?

Bila kau lupa,lalai,kurang keterbegantungan kepada ALLAH,maka adakah harus engkau biarkan perkara tersebut berterusan atau engkau kembali kepadaNYA?mengikat hati diatas jalanNYA?

“ Hidupnya hati nurani seseorang itu bergantung kepada kekuatan peribadinya”

“ Sesungguhnya hati manusia menjadi rebutan antara syaitan & malaikat,terpulang kepada manusia itu sendiri menentukan siapa pemenangnya”

*****

Hati yang bersih & kental itulah cerminan kepada peribadimu. Mahu atau tidak,takut atau tidak,bukan soalnya lagi. Ingat perjuangan itu senang? TIDAK SAMA SEKALI! Beruntunglah mereka yang dapat melalui liku-liku tersebut dengan pengharapan redha ALLAH yang tertinggi.

“kita bukan pemula dan pengakhir perjalanan dakwah ini…….”

Buat renungan kita bersama selaku khalifah diatas bumi milik ALLAH s.w.t :-

"Wahai orang2 yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH,nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad: 7

“Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa,dan janganlah tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada ALLAH. Sungguh! ALLAH sangat besar azab siksanya.” Surah al-maidah: 2


“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat,dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan ALLAH. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” surah at-taubah:41

Alfu syukran buat ukhti NURFATIHAH SAIDIN untuk pemberian yang sangat berharga ini! Jazakillah..sayanggggg adik bibut yg kiut,cumil & sewaktu dengannya....!!( pujian penuh makna ni..) ^_^
Disinilah "pemberian istimewa" itu bermukim. Menjadi teman sentiasa disisi..^_^

Wednesday, November 17, 2010

AIDILADHA ke-3 diperantauan.

Seperti biasa,suasana sambutan AIDILADHA disini sememangnya meriah. Tahun ini kemeriahan bertambah lebih lagi dengan bertambahnya bilangan binatang korban jika dibandingkan dari tahun2 sebelum ni iaitu sebanyak 3ekor lembu,10ekor kambing dan 2ekor kibas(kambing biri2). Banyak kan? Kalah kenduri kawin..hehe..^_^


Sarapan pagi lepas solat sunat Aidiladha..bingka karot & puding roti..nyam3x..

Menjadi kanak2 riang bersama Uzma! ^_^

Banin bekerja keras dalam usaha menumbangkan lembu korban itu.


dan kami banat2 hanya mampu melihat dari atas.. ^_^

 Akhirnya...tumbangnya seekor lembu..^_^

Akhir kalam, saLam Aidiladha buat semua yang jauh & dekat.. MAAF ZAHIR & BATIN.. buat my lovely family, ni ja la pic yg sempat upload k.. ^_^ wassalam..