Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, April 9, 2011

*here i come!*

Telah berlalu detik-detik indah,suka dan duka bersama mereka yang disayangi. Kini,kembali lagi ke ‘medan perjuangan’..

Perasaan balik dari bercuti kali ini amat berbeza. Tidak seperti selalunya.

Gembira kerana kembali lagi? ‘Iya! Itu sudah tentu!’

Gusar. Sedih. Bimbang. Takut. Tiada keyakinan. Rasa ini juga turut ada. Sedaya upaya cuba ditepis.

Namun,akhirnya jiwa yang lemah ini kalah. Kalah pada perasaan sendiri. Manik-manik itu gugur juga tatkala azan maghrib berkumandang dihari pertama tiba di Mesir, sayu meresap kedalam jiwa. Mungkin ada yang hairan dengan perubahan itu… biarlah hati berbicara. (^_^)

K.U.L.I.A.H

Hati berusaha digagahkan,cuba mencari dan mengutip semangat. Kembali ke kuliah dengan perasaan yang bercampur baur..

Sedikit demi sedikit semangat itu datang...=)

'Semoga ia kekal dan semakin membara!'

** All the best buat semua! (amat berharap exam kena postpone,dapat la kejar balik subjek2 yang tertinggal!)  ^_^

Tuesday, March 15, 2011

Hilang.... Rindu....

Terdiam dan terkaku seketika tatkala aku membaca entry seorang ‘teman’. Siapa sangka kami berkongsi rasa yang sama.

Dalam gembira,terselit duka…
Indah kasih,tersimpan rindu…
Amat terasa kehilangan…

Adakalanya hati berbisik ‘Lupakah aku? Bencikah aku? ’

‘TIDAK!’ Egokah aku?

Semoga ia kembali berbunga suatu hari nanti.. Saat itu amat kutunggu!

Ya ALLAH… =’(

Saturday, March 12, 2011

bersama mereka...aku bahagia..!!

Pertemuan….
Telah ditakdirkan
Antara kita tidak pernah dirancang
Manalah takdir hendak dilawan
Semuanya ketentuan tuhan...

Wahai sahabat…
Sematkan semua kenangan
Yang telah bersama-sama kita lalui
Suka dan duka memburu impian
Moga teguhnya ikatan ini...

Sahabat.., yg amat ku kasihi…
Susah senang kau disampingku..
Kehadiran dikau di sisi
Mengubat sepi dihatiku..

Sahabat.., yg amat ku cintai…
Susah senang kau disampingku..
Walau kini hilang dimata..
Namun kau tetap dihatiku…

Sahabat., bertuahnya ku rasa
mendapat teman sepertimu
Tapi kini menanti hatiku
Hanya satu dalam seribu….

Namun kini hanyalah tinggal kenangan..
Pertemuan kita di lamar perpisahan
Kemesraan bermegah diakhir perkenalan..
Sayu menitiskan air mataku…

Nasyeed lyric~~

Entah mengapa..Acap kali berbicara tentang sahabat..teman..kawan.., aku pasti akan menjadi sensitif! mendengar dan menghayati bait-bait lirik lagu ini,mampu mengetarkan hati dan air mata mengalir tanpa dipinta.

Sungguh... kehidupan ini tiadalah warna dan cerianya tanpa insan yang bergelar teman..

~05032011~
My dear bestie..~~~ 
spend time together on her birthday..
Walau kurang masa bersama,kenangan sentiasa dihati..
Love u owez...^_^

Wif Nadia di Secret Recipe.. Setia menemani diriku dan turut sama menanti.. Sarange!! =p

Majlis Ramah Mesra bersama Ketua Menteri Sabah

 Kak Lina...~~~
Teman yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar..
Sama berkongsi rasa...
Susah senang.. tawa duka... disanalah kami bersatu!
dan..semangat itu menguatkan kami..
Hati dan jiwa seolah-olah sudah terikat kuat..
Sayangggg kaka! syukran awi2... ^_^

Once again... Nadia!^_^


Kawan....Teman...Sahabat... Saya sayang semua!!!

Bukan material yang dicari.. bukan kepuraan yang didamba.. bukan juga,untuk kepuasan semata...

UKHUWAH FILLAH DAIMAN ABADAN..!! ^_^

Saturday, March 5, 2011

tribulasi.....

                                                           Sangat suka gambar ini! =)

Pada awalnya, agak malas mahu post kisah duka kami beberapa hari yang lalu. Tapi,bila ternampak gambar diatas ni…….. semangat terus datang! Bak kata kak Lina yang disayangi… “memang mekong..!”^_^

Apabila usaha & semangat itu tidak berapa dipandang,.....
Tidak mengapa,pasti ada hikmahnya.. semangat itu tidak boleh lenyap! semoga ada jalan lagi..~~~^_^

“Begini kali rasanya kan kak, kalau orang meminang nda diterima..” terkeluar ayat nakal itu bila hati sudah mula tenang..=p

Airmata itu menitis bukan kerana minta simpati..
Bukan kerana mahu menunjuk…
Tidak dapat dibendung rasa kecewa itu…
Kami tewas juga…
Seandainya mereka tahu apa yang kami rasakan,pasti lamaran tidak akan ditolak semudah itu...
Mula mengerti,.. bagaimana perlunya tabah jiwa seorang da’ie!

"Kalau sekiranya jalan yang kamu lalui itu dekat dan perjalanan yang kamu tempuhi mendatangkan banyak keuntungan, nescaya mereka berbondong-bondong mengikutimu, tetapi (jalan dakwah) itu penuh dengan kesusahan…" Surah At Taubah ayat 42.

****
Duka vs Suka~~~ hari yang mendukakan dan membahagiakan..

Bersedih di pagi hari…
Kembali ceria di petang hari… ^_^

Suasana yang menenangkan,melihat laut luas terbentang..
Jalan-jalan,round kk dengan ditemani dua orang bodyguard! Hoho..=)
Tanpa segan silu, datang bertandang beraya dirumah orang bukan musim raya…^_^

Aku bahagia dijalan ini……
Terima kasih buat semua yang memahami dan sudi berkongsi rasa!

Saya sayang semua!
Kak linaaaaa……. Love u more!!!

Masih berharap… mahu membuktikan usaha kami bukan sekadar seperti mahu melepaskan batuk ditangga..!