Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Friday, November 4, 2011

Kalau dulu… Tapi sekarang.

Kalau dulu..,
Aku masih boleh relax2,goyang kaki…
Tapi sekarang..,
Tiada istilah relax2 untuk “Amanah” ini.

Kalau dulu..,
Kerjaku hanya membantu ketua apa yang patut.
Tapi sekarang..,
Akulah ketua,perlu menggerakkan apa yang patut.

Kalau dulu..,
Aku cuma bagi pendapat dan idea.
Tapi sekarang,
Aku perlu tanya dan dengar idea serta pandangan setiap dari mereka.


Kalau dulu..,
Error connection @ very bad connection
Tapi sekarang..,
Boleh dikatakan well connection juga la… ^^

Timbalan yang dipertua II(merangkap Ketua WISA)

Satu jawatan yang nda pernah terpikir n terbayang pun untuk pegang.

“Menangislah tatkala kamu menerima amanah & kepercayaan,dan jangan pula menangis ketika kamu diajukan persoalan akan amanah yang tidak kamu laksanakan sebaiknya”

“ Sambut amanah dengan Taqwa, pasti ALLAH akan bantu pekerjaan” By; Someone.

Terima kasih untuk kata-kata nasihat dan semangat ini! ^___^

Malam Dialog & Manifesto

Entah dari mana datangnya kekuatan dan keberanian untuk bercakap depan orang yang ramai itu. ALHAMDULILLAH untuk kelancaran pada malam itu.

Mesyuarat AJKT kali pertama.

‘Semoga akan wujud chemistry antara kami (barisan kepimpinan sesi 2011/2012)’

Dan… semoga ‘anugerah’ ini yang terbaik untuk semua.

Mesyuarat bersama Ajk WISA sesi 2011/2012

Malam ini menjadi yang pertama. ‘Yang pertama selalunya mendebarkan.’ Semoga semuanya baik2 saja.

Mohon doa,sokongan dan dorongan dari semua!

Suasana Pilihanraya BKPSM 2011;

~Perang 'Dream Team'~ Inilah tanda semua sayangkan BKPSM.^^


'Dream Team AJKT BKPSM sesi 2010/2011'. 




5 Jawatan tertinggi yang dipertandingkan.

Tahniah & Takziah diucapkan buat barisan AJKT BKPSM sesi 2011/2012

Tuesday, November 1, 2011

Miss u my dear ‘Bloggie’!

Tuhan dengarkan aku
Ku memohon kepadaMu
Ku angkat tanganku
Ku lafazkan lidahku
Menyebut namaMu Tuhan

#
Tuhan lihatlah aku
Ku berserah kepadaMu
Ku letakkan keningku bersujud padaMu
Ampuni dosa-dosaku

Reff:
Tuhanku jangan ambil nyawaku
Sebelum ku dekat denganMu
Tuhanku siapkan duniaku
‘Tuk nanti tiba akhiratku

Back to #, Reff

Berapa nikmat yang t’lah Kau beri
Berapa yang telah aku ingkari
Masih pantaskah sujudku padaMu
Aku malu aku malu…

~TUHAN~
By; Wali Band.


** Fall in love with this song! Dengar dan hayati k? ^__^

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah. Jari-jari ini masih dikurniakan kekuatan untuk mengetuk papan kekunci si ‘lappy’. Dan hati masih mampu berbicara,manakala otak dengan lancarnya menyusun ayat2 cerminan hati. Qulilhamdulillah.^__^

Sekian lama membiarkan si ‘bloggie’ ini sunyi sepi tanpa update dari tuannya yang entah hilang kemana. Hari ini,setelah 3minggu kembali berada di Bumi Mesir, barulah ditemui jejak tuan yang menghilang itu.^^

Act,Rinduuuuu sangat2! Sorry ya my dear ‘bloggie’! and my dear followers too! ^___^

InsyaALLAH, lepas ni akan merajinkan diri untuk sentiasa menemani ‘bloggie’ dan anda anda dan anda semua!

Monday, September 12, 2011

Aidilfitriku bersama mereka~

‎'Tatkala takbir mula bergema,tiada kata yang lebih indah melainkan lafaz kesyukuran seorang hamba kepada Penciptanya beserta tangis pilu kerinduan pada Ramadhan yang telah berlalu. Dan,keindahan Aidilfitri yang hakiki adalah bilamana seseorang itu dengan rasa rendah diri & penuh keikhlasan memohon maaf sesama sendiri. Pastinya inilah yang menjadikan hari2 Aidilfitri kita lebih bermakna'♥

~~Mohon ampun zahir & batin buat semua yg mengenali diri ini,Kartika Bt Haplan.♥




~ Cuti kali ni terasa panjang pulak. Kebiasaannya,seminggu lepas raya balik Mesir sudah. tapi tahun ni sempat raya sebulan lagi. Alamatnyaaaa,makin comel la diri ini. Almaklumlah,rumah terbuka disana sini.^___^

~~ Raya tahun ni pun terasa sangat meriah berbanding sebelum2 ni. Rumah terbuka raya pertama & ketiga,dari pagi sampai ke malam,non-stop tetamu yang datang. terasa sangat meriah! ALHAMDULILLAH...

~~~ Sekarang nie,terasa kembali bersemangat mau balik Mesir! Already miss my 2nd home sweet home.^_^ 

Thursday, August 25, 2011

Penawar buat yang rindu.^_^


Bismillahirrahmanirrahim….

Sudah lama membiarkan ia sepi tanpa cerita. Membiarkan ia kosong tanpa isi. Penyakit biasa kembali menyerang. Entah kenapa,setiap kali balik bercuti, pasti akan rasa teramat malas update blog,walaupun terlalu banyak yang mahu dikongsikan. Inilah penyakit bermusim! ^^

Setelah sekian lama penyakit bermusim ini dilayan, akhirnya diri kembali bangkit dengan semangat berkobar2 mahu berkongsi lagi. Sangat merindui blog ini! ^^

Salam 26 Ramadhan.


Terlalu cepat masa berlalu kan. Sudah hampir kita pada penghujungnya. Hati lantas bermuhasabah, sudah cukupkah amal ibadat? Apakah aku benar2 memanfaatkan Ramadhan kali ini? Bersungguh-sungguhkah aku melayan tetamu istimewa ini? Atau aku sekadar menerima kehadirannya dan akan menghantar kepergiaannya nanti dengan suatu perasaan yang biasa sahaja?

Mafhum Hadis: Daripada Abu Hurairah R.A,bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" -Riwayat Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Aduh.. betapa ruginya aku jika tidak termasuk dalam golongan orang yang diampunkan seperti yg dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. =’(

‘Ya ALLAH,kurniakan aku kekuatan untuk meneruskan sisa Ramadhan yang berbaki ini. Dan,jangan engkau golongkan aku dikalangan orang yang rugi.’ Aminn..

Salam buat semua yang merindui. ^_^
By; Ana_Sukainah
26 Ramadhan 1432h (12.35am)