Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Thursday, August 25, 2011

Penawar buat yang rindu.^_^


Bismillahirrahmanirrahim….

Sudah lama membiarkan ia sepi tanpa cerita. Membiarkan ia kosong tanpa isi. Penyakit biasa kembali menyerang. Entah kenapa,setiap kali balik bercuti, pasti akan rasa teramat malas update blog,walaupun terlalu banyak yang mahu dikongsikan. Inilah penyakit bermusim! ^^

Setelah sekian lama penyakit bermusim ini dilayan, akhirnya diri kembali bangkit dengan semangat berkobar2 mahu berkongsi lagi. Sangat merindui blog ini! ^^

Salam 26 Ramadhan.


Terlalu cepat masa berlalu kan. Sudah hampir kita pada penghujungnya. Hati lantas bermuhasabah, sudah cukupkah amal ibadat? Apakah aku benar2 memanfaatkan Ramadhan kali ini? Bersungguh-sungguhkah aku melayan tetamu istimewa ini? Atau aku sekadar menerima kehadirannya dan akan menghantar kepergiaannya nanti dengan suatu perasaan yang biasa sahaja?

Mafhum Hadis: Daripada Abu Hurairah R.A,bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu" -Riwayat Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Aduh.. betapa ruginya aku jika tidak termasuk dalam golongan orang yang diampunkan seperti yg dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. =’(

‘Ya ALLAH,kurniakan aku kekuatan untuk meneruskan sisa Ramadhan yang berbaki ini. Dan,jangan engkau golongkan aku dikalangan orang yang rugi.’ Aminn..

Salam buat semua yang merindui. ^_^
By; Ana_Sukainah
26 Ramadhan 1432h (12.35am)



No comments: