Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Sunday, February 28, 2010

Qudwah Hasanah




"Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) dihari akhirat." (al-ahzab:21)

Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik bagi qudwah hasanah. Apabila isterinya saidatina Aisyah ditanya mengenai akhlak Rasulullah, beliau menjawab: "Akhlak nabi adalah Al-quran."


Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahwasanya Rasulullah s.a.w berdiri untuk beribadat dari sebahagian waktu malam sehingga pecah-pecahlah kedua tapak kakinya. Saya (Aisyah) lalu berkata padanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian, ya Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampuni untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang telah lalu dan yang kemudian?”
Rasulullah s.a.w. bersabda :"Adakah aku tidak senang untuk menjadi seorang hamba yang banyak bersyukurnya?” (Muttafaq ‘alaih)

~ DETIK-DETIK RASULULLAH MENGHADAPI SAKARATUL MAUT ~


Pagi itu,walaupun langit mula menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikah khutbah:


"Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan ALLAH dan cinta kasihNYA. maka taati dan bertaqwalah kepadanya. Ku wariskan 2 perkara kepada kalian; Al-Quran dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintaiku, dan kelak orang2 yang mencintaiku akan masuk ke syurga bersama-sama ku."
                                                                                      
Khutbah diakhiri dengan pandangan mata yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu. Abu bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca. Umar dadanya turun naik menahan nafas & tangisnya. Uthman menghelakan nafasnya panjang-panjang manakala Ali menundukkan kepala dalam-dalam.
Isyarat itu telah datang.saatnya sudah tiba.


"Rasulullah akan meninggalkan kita semua!" keluh hati para sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu hampir menyelesaikan tugasnya di dunia.Tanda2 itu semakin kuat. Rasulullah turun dari mimbar dalam keadaan lemah longlai.Disaat itu,kalau mampu, seluruh sahabat yang ada disana pasti akan menahan detik-detik yg berlalu. Matahari kian tinggi,namun pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya Rasulullah terbaring lesu dengan keningnya yg berkeringat membasahi pelepah kurma yg menjadi alas tidurnya. Tiba2 dari luar kedengaran suara orang memberi salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya. namun,fatimah tidak mengizinkan dengan alasan ayahandanya sakit.

"Siapakah itu wahai anakku?" tanya Rasulullah.

"Tidak tahu wahai ayahku. seperti baru kali ini anakanda melihatnya".tutur Fatimah lembut.Lalu, Rasulullah menatap puterinya dengan pandangan yg menggetarkan.

"Ketahuilah dialah yg menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yg memisahkan pertemuan di dunia,dialah malaikat maut."

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Lantas malaikat maut pun menghampiri. tapi,Rasulullah bertanya kenapa malaikat Jibril a.s tidak turut sama menyertainya. Kemudian dipanggilkan Jibril yg sebelumnya sudah bersiap sedia dilangit dunia menyambut roh kekasih ALLAH dan penghulu manusia ini.

"Wahai Jibril, jelaskan apakah hakku dihadapan ALLAH?" tanya Rasulullah dalam nada perlahan.

"Pintu2 langit telah terbuka,para malaikat sedang menanti rohmu, semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu." balas Jibril a.s

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Nabi lega,malahan matanya lebih kelihatan cemas.

"Engkau tidak senang menerima khabar ini?" tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib ummatku kelak?" tanya Nabi lagi.

"Jangan khuwatir wahai Rasulullah, aku pernah mendengar ALLAH berfirman kepadaku yg bermaksud; kuharamkan syurga bagi sesiapa sahaja kecuali ummat Muhammad telah berada didalamnya."

Detik2 semakin dekat. Saatnya malaikat Izrail melakukan tugasnya. Perlahan  roh ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-uratnya menegang.
"Jibril,betapa sakitnya sakaratulmaut ini." Nabi mengadu. Fatimah memejamkan matanya,Ali yg disampingnya menunduk semakin dalam, Jibril memalingkan mukanya.

" Jijikkah kau melihatku,sehinggakan kau memalingkan muka daripadaku wahai Jibril?"

"Siapakah yg sanggup melihat kekasih ALLAH direnggut nyawanya?" balas Jibril.

Sebentar kemudian,terdengar suara Nabi memekik kerana sakit yg tidak tertahan.
"Ya ALLAH dahsyatnya maut ini! Timpakan saja semua seksa maut keatasku,jangan timpakan keatas ummatku.."

Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya seakan bergetar,ingin menyampaikan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya.

" uushiikum bissolati, wa malaka aimanuku.." ( peliharalah solat dan peliharalah org lemah antara kamu.)

Diluar pintu,tangis mulai terdengar bersahutan,sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya sementara Ali mendekatkan telinganya dibibir Rasulullah yg mulai kebiruan. kedengaran sayup-sayup: "Ummati..ummati...ummati..."( ummatku..ummatku..ummatku...)

Dan berakhirlah hidup seorang insan mulia yang teragung di muka bumi..

SUBHANALLAH... Maha suci engkau ya ALLAH...

Betapa Rasulullah cinta terhadap kita yakni ummatnya sehinggakan disaat akhir hayatnya Baginda masih menyeru berulang kali. kekhuatiran yg jelas dalam hati Baginda s.a.w. Kini, mampukah kita mencintainya sebagaimana rasa cintanya terhadap kita? Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala aalihi wa ashabihi ajma'in..

** SALAM MAULIDURRASUL 1432 H **

" Indahnya Hidup Berteraskan Al-Quran & sunnah"






  










Tuesday, February 23, 2010

berakhir & bermula...

Alhamdulillah...
semua sudah berlalu..
segala yg dirancang dalam taqwim fatrah cuti berjalan dgn baik..

bermula dgn one soul (wanita solehah)..
kemudian hari putri WISA..
diikuti sabahan's winter sport BSUK..
dan yang baru berakhir Bazaar BKPSM.

penat yang tidak terkata..
namun.. disebaliknya, terselit beberapa hikmah serta ilmu & pengalaman baru..

kenangan dimusim cuti..:-

senamrobik dihari putri..

dikir barat kump supergirL..!! ^_^

penutupan SWIS..


BazaaR BKPSM 2010....(@_@)

Semester 2 baru bermula...ada 10maddah lagi.. keep on moving..!! have faith in ALLAH & urself..!! salam perjuangan buat semua...

**aktiviti terdekat dalam bulan ini yang ditaklifkan adalah mengurus majlis sambutan maulidurrasul dan pelancaran usrah sesi 2009/2010

HADAPI DENGAN SENYUMAN^_^ tenanglah wahai hati...jangan kau mudah rapuh..


Tuesday, February 16, 2010

Jum meriahkan bazar BKPSM 2010..!!!

Buat julung2 kalinya bazar BKPSM (badan kebajikan penuntut sabah mesir) bakal muncul pada tahun  ini. Kalau sebelum ni,bazar sabah hanya dikendalikan oleh WISA (mahasiswi sabah) sahaja. Perancangan yg telah lama dulu akhirnya bakal terlaksana jugak tahun ni.

Memandangkan bazar kali ini merupakan bazar BKPSM dan bukannya bazar WISA lagi, banyak yg berubah & perlu dititikberatkan.Bermula dari sistem,pembahagian unit,bilangan ahli kerja,jumlah anggaran modal,pembahagian syer & macam2 lagi..sangat banyak!! memang diakui,ada sedikit kerumitan bekerjasama dengan banin ni.. pening!! @_@ Lepas 4kali meeting,barulah dapat kata sepakat. itupun semalam kena call urgent utk meeting tergempar sbb ada masalah & berlaku sedikit rombakan bagi setiap unit.kiranya 5kali sudah meeting dan bayangkan setiap meeting ambil masa 5jam..dari jam 8mlm smpai 1pagi.. Pak menteri pun nda meeting gini..@_@

Apapun,semoga semuanya berjalan lancar..ini merupakan pengalaman pertama bekerja dgn banin utk bazar. Semoga mencapai target & dapat memuaskan hati semua pihak. Amin.. Jadi,kepada pengunjung blog ini yg berada di mesir,jom lah ramai2 datang ke "sabah state" pada 18,19 & 20hb Feb ni..bermula dari jam 10pagi hingga 10malam..




**buat semua ahli syer,selamat bekerja ..!! jalankan tugas & amanah sebaik mungkin..^_^

Sunday, February 14, 2010

HaRi puTeRi & Sabahan wiNTeR spoRt 2010


Satu lagi program WISA melabuhkan tirai pagi tadi. Lagi pengalaman manis terakam dalam kotak memori kenangan. Sungguh indah. ^_^ kerjasama yang kuat membibitkan ukhuwah yang lebih teguh & erat.
Secara keseluruhannya, hari putri tahun ini berjalan spt biasa, walaupun ramai ahli WISA di furu’ tidak dapat turut serta atas alasan tersendiri. Sekalung ucapan tahniah buat barisan AJK pelaksana! ^_^

Injured… so sick… (T_T)

Tahun ni sekali lagi aku mengalami peristiwa yang sama spt tahun lalu. “injured di padang!!!” kesian kan..huuu…~~~ kalau tahun lalu cedera ditangan time main bola jaring,sampai tangan berdarah, ..tahun ni pulak injured bahagian kaki time main futsal. Sangat sakit!! Terkehel pas buat sepakan penalty yg ptama..huu~~ Nasib baik gol jugak..^_^ rasa mcm mo nangis ja tem kuar gelanggang tu,nasib ada doktor2 expert yg tolong..pas dah rasa ok ckit, kuatkan semangat masuk gelanggang blik tuk buat sepakan penalty ke2.. dan…goL..!!! syukur..kami menang jugak pas kecewa lam bola jaring dengan mata 5 -4.. Cuma rasa sakit masih terasa sampai sekarang,solat pun kena solat duduk dikerusi.. T_T

Nasib baik masih dapat perform (pemain percussion) utk pertandingan nasyid & dikir siang tadi.. yang lagi sedihnya, harini hari last ma’rad (pameran buku). Kalau ikut rancangan,mmg mo pegi lepas penutupan tadi, disebabkan kesakitan yang melampau ni,niat pun terpaksa dibatalkan. Kitab tafsir ibn kathir & kitab nahu xsempat beli..!! T_T


Warni-warni hari putri 2010
acaRA dewan...
wakil explorace kump 1..go suPergirL..!! ^_^ 
perlawanan futsal yg sgt sengit...
Win lose or draw...
game muzik 2 hati..^_^

PENUTUPAN SABAHAN WINTER SPORT (SWIS )

Buat pertama kalinya, kolaborasi antara BSUK (Biro sukan dan kebudayaan) bersama WISA (mahasiswa sabah) mengadakan majlis penutupan sukan (SWIS & HARI PUTERI). Idea yg baik kiranya. Tahniah!
Apa yg penting, kumpULAN kami,kumpulan 1 @ supergirL jadi juara keseluruhan..!! ^_^ Lagi bestnya..kami menang nasyid & dikir..!! congratulation guy’s.. we’re da best..!!@_@






oRang2 kuat bahagian jamuan...@_@


merakam kenangan bersama YDP (yang dipertua) BKPSM

**MeNanti program terakhir utk winter break Ni.. baZaaR BKPSM pada 18,19 & 20hb feb 2010.. @_@