Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Monday, June 20, 2011

::Generasi Al-Quran::

ALHAMDULILLAH. Imtihan Al-quran sudah berlalu. Kegusaran dan kebimbangan lenyaplah sudah. Menghela nafas kelegaan yang tiada hentinya. (^_^)

Terdetik dihati…...

‘Baru hafal 4 juzu’ + juzu’ Amma pun sudah rasa macam ada batu yang menghempap kepala,apalagi untuk tahun seterusnya,5,6,7,8 juzu’??........’

Seraya hati teringat kembali beberapa kata-kata dari syeikh Ramadhan,pensyarah maddah Al-Quran kami ketika didalam dewan kuliah…


“Kullukunna rusul min malizia ila huna(misr),la budda ‘alaikunna hifz Quran hifzan jayyidan” (kamu semua adalah utusan dari Malaysia ke sini (Mesir),wajib keatas kamu hafal Quran dengan sebaik2 hafalan.”


“Kamu semua akan kembali ke Malaysia nanti dan tugas kamu adalah sebagai daie (yang membawa risalah agama yakni Islam),macam mana kamu mahu menyampaikan risalah Islam kalau Al-Quran pun tidak melekat dihati kamu??!”

Aduh! kata2 dari Dr itu bagaikan halilintar menusuk kedalam hati kami semua.

Merasai kehidupan dibumi mesir ini sedikit sebanyak mencelikkan hati saya apabila melihat sendiri bi’ah (suasana) Al-Quran yang tersangat nampak dan amat terserlah. Dimana2 kita berjalan pasti tidak akan terlepas dari melihat atau mendengar bacaan2 ayat suci Al-quran.

Didalam bas,ayat2 Al-Quran menjadi santapan halwa telinga, siapa naik bas tanpa memberi salam, akan dikira ‘aib (kurang beradab).

Pernah suatu ketika berada didalam bas menuju ke kuliah,saya duduk dibelakang seorang pemuda,berumur dalam lingkungan belasan tahun. Mulutnya terkumat-kamit seperti membaca sesuatu,tiba2 dia berhenti dan terdiam seketika. Lantas,dia mengeluarkan mushaf dari poketnya.


‘Subhanallah,dia mengambil mushaf untuk merujuk hafalannya!’ Suasana inilah yang sering kami lihat tidak kira dimana saja,Al-Quran sentiasa menjadi peneman setia.

Pernah juga, melihat sekumpulan kanak2 sedang bersuka ria bermain di hadiqah(taman),sepasang mata ini tertumpu pada dua orang kanak2 yang duduk agak jauh sedikit dari kelompok kanak2 yang bermain itu. Mereka berdua seperti nampak sangat khusyuk bercerita. Yang seorang tiada henti mulutnya dan yang seorang lagi mendengar penuh teliti sambil mengangguk2 kepalanya. Kaki dihayun melangkah mendekati mereka.
‘MasyaALLAH! Kanak-kanak itu sedang saling mentasmi’(memperdengarkan hafalan) Al-Quran mereka!’


Sungguh comel kanak2 ini.. sejuk perut ibu mengandung kan dapat anak macam ni..^_^

 ” Dan orang orang yang berkata: ”wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”. (Surah al-Furqan:74)


“Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Pepatah melayu ada mengatakan ini. Di Mesir, budaya Al-Quran sememangnya diterapkan dari kanak-kanak lagi. Bukan menjadi suatu perkara yang luar biasa jika mendapati golongan remaja sudah khatam hafal 30juzu’ Quran. Bahkan, ada yang berumur 10tahun jugak sudah fasih dan lumat Al-Quran itu didalam dadanya.
Mafhum Hadis: “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

Pesanan syeikh Ramadhan yang paling diingati, “kamu mesti berusaha menghafal ayat-ayat suci Al-Quran,kalaupun tidak mampu 30juzu’,hafal yang semampu kamu. Mudah-mudahan ianya akan menjadi syafaat buat kamu kelak. Dan yang paling penting,bila kamu sudah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata,didiklah mereka dari kecil dengan menghidupkan didalam hati-hati mereka rasa cinta kepada Al-Quran dan keinginan untuk menghafal Al-Quran!”


"Sebaik-baik diantara kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya" (HR Imam Bukhari,Abu Daud,Tirmizi dan Ibnu Majah.

Syeikh Quran kami di kuliah. Sedih sangat time lepas syafawi haritu sebab last sudah jumpa ngan syeikh ni. beliau akan pindah mengajar di Qatar tahun depan. Impian mau berguru dengan syeikh Ramadhan sampai tahun 4 hanya tinggal impian..T_T

Jazakallahu khairan kathiran! Nasihat dan pesanannya insyaALLAH akan sentiasa didalam ingatan..


* Jom kita bina generasi Al-Quran bermula dengan diri kita! AMINNN….^_^

** Sedikit rasa kecewa dengan paper Tarikh Adab semalam.. T_T Apapun,kembali kepadaNYA! Tawakkal itu amat penting. Qull… ‘Hasbunallahu wa ni’mal wakil’

Thursday, June 16, 2011

Bumi Mesir jadi saksi…

Dua hati menjadi satu,
Bumi mesir tanda saksi kisah mereka.
Dengan sekali lafaz dia sah bergelar isteri.
Mengorak langkah satu tahap kehadapan dalam kehidupan.


03 JUN 2011~~~

Aini Aisyah bt Marzidin,teman sekuliah... Siapa sangka dia yang muda setahun, lebih awal mendahului kami. Bak kata orang melayu,“Langkah bendul”. ^^ ketentuan ALLAH tiada siapa yang mengetahui dan mampu menolak.

Alfu mabruk ya ukhti! =)

"Barakallahu lakuma wa Baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma fi kheir.."

Semestinya suatu pengalaman yang agak berbeza buat walimah urus dinegara orang. Kalau dimalaysia,makcik2 yang akan sibuk mengurus segala persiapan itu dan ini. Tapi bezanya disini,kamilah (mahasiswa & mahasiswi) bergotong royong dan bekerjasama buat persiapan dari A sampai Z. Buat hantaran,sediakan jamuan,persiapan dewan,persiapan pengantin dan macam2 lagi.Ibaratnya,kamilah makcik2 dan pakcik2 itu….^^

ALHAMDULILLAH…semua berjalan dengan lancar. Semoga ALLAH memberkati mereka..
Siruu…’ala barkatillah…^_^

Majlis Akad Nikah...


Hijau itu indah! ^^
Sabahan 1st,2nd,3rd batch Kuliah Ulum Islamiah..^^

MAJLIS RESEPSI~~~
Warna ungu jadi pilihan! <3<3<3
Bergambar kenangan bersama pensyarah kuliah kami! ^^

** Alhamdulillah... sudah lepas maddah Quran tadi.. harus fokus pada 9subjek yang akan datang! Gudluck semua! =)

Thursday, June 9, 2011

:: Medan Imtihan ::

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, disaat dan ketika ini masih lagi berada dalam keadaan sihat walafiat menjalani kehidupan diatas bumi pinjaman ini.. Mari bersama kita mensyukuri nikmat-nikmat dariNYA..^_^

Lamanya tidak mencoret dan meluah pada blog kesayangan ini,amat rindu terasa. 2bulan lebih ia berlalu tanpa khabar. Maaf buat yang jauh dan yang ternanti-nanti khabar disini..(^_^)

Kef hal?
Macam biasa… sudah masuk bulan6, musim imtihan la jawabnya. Imtihan kali ini agak lambat sedikit ekoran cuti panjang kami yang terlebih dek kerana Revolusi Mesir 2011. =,=

Alhamdulillah… harini merupakan hari terakhir kuliah untuk semester 2,tahun 2. Sangat gembira cuti ‘study week’ yang amat dinanti-nantikan tiba jua. Walaupun tidak seperti sahabat-sahabat kuliah lain yang cuti mereka lebih awal dan panjang dari kami. Sudah cukup bersyukur.

“Syukran duktur ‘ala kulli hal,kullu ‘am antum bikheir”





~Jadual imtihan Kuliah Ulum Islamiah,tahun 2,semester 2~

16/06 (Khamis)    Al-Quran


19/06 (Ahad)      Tarikh adab & nusus
21/06 (Selasa)     Maharat lugawiah (kemahiran b.arab)
23/06 (Khamis)   Nahu

26/06 (Ahad)      Fiqh
28/06 (Selasa)    Ilmu Ijtima’ (Sosiologi)
30/06 (Khamis)  Balaghah

03/07 (Ahad)      Tauhid
05/06 (Selasa)    Ulum Hadis
07/07 (Khamis)  Ulum Quran

2pm (waktu Mesir) = 8pm (waktu Malaysia)
Kecuali maddah Quran 9a.m (waktu mesir) = 3pm (waktu malaysia)

** My dearest family,friends,cikgu2, dan sepa2 ja la… Doa kalian sangat diperlukan! Jazakumullahu khairan kathiran..^_^

Kalam taujihat~~~~

Buat semua sahabat sahabiah di perlembahan nil,selamat berjuang & salam imtihan! Especially 1st batch,2nd batch & 3rd batch(tamhidi @ matriks) Kuliah Ulum Islamiah, semoga kita beroleh kemudahan serta moga-moga kejayaan sentiasa menyusuri kita! Ameennn…. (^_^)

‘Semakin gelap malam yang ditempuh,semakin terang bintang yang bersinar… semakin tajam mata gergaji yang diasah,semakin mudah ianya mengerat kayu yang kukuh!’ Innallaha ma’ana daiman Abadan..

Ma’assalamah…

Saturday, April 16, 2011

Hulagu khan.. ~khabar hitam dari timur~

“cucu penakluk agung,gengkis khan, yang mahu lebih ulung daripada datuknya. Mewangikan Kota Baghdad dengan darah,menjadi tujuan utama.”


Hulagu khan adalah cucu kepada Gengkis Khan. Empat orang adik beradiknya yang lain adalah Arik, Boke, mongke dan Kublai khan. Pada tahun 1255, Hulagu Khan dihantar oleh Mongke khan (1251-1258) bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah.

Selepas Berjaya menakluk wilayar Lurs,di Iran dan Hashasim,Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Selepas Berjaya menumbangkan Khalifah al-Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad,Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian beliau cuba menakluk Mesir tetapi tentera Monggol dikalahkan oleh tentera Mamalik Mesir dibawah pimpinan Saifuddin qutuz di Ain Jalut.

Saya bukanlah orang yang terlalu hebat untuk mengupas sejarah mahupun tentang buku ini. Sekadar mahu berkongsi keseronokan membaca. ^_^

Terlalu banyak input serta hikmah dan pengajaran yang boleh diambil daripada novel sejarah islam ini. Sangat seronok membacanya,melebihi keseronokan membaca sejarah yang berbentuk fakta!

Kita diceritakan bagaimana teruknya kejatuhan islam di zaman Abbasiyah dek kerana Khalifah yang lagho (lalai) dengan urusan duniawi dan memandang ringan perihal agama serta memperlekehkan ulama. Sikap menteri kanan yang pembelot,sanggup menggadaikan maruah agama dan negara demi kepentingan diri turut menjadi punca tumbangnya sebuah kerajaan islam.

Dan kita juga digambarkan akan sikap kepimpinan,ketegasan dan taat kepada Islam dalam diri Saifuddin Qutuz (pemerintah Mesir ketika itu). Keberaniannya membunuh tentera Monggol utusan Hulagu Khan yang kononnya mahukan perdamaian menaikkan semangat orang Mesir mahu berjihad memerangi mereka yang dikenali dengan ulungan tentera yang zalim,ganas,tiada perikemanusiaan dan tidak mampu dikalahkan.

Kebijaksaan Saifuddin Qutuz mengatur strategi dalam peperangan merupakan salah satu penyumbang kemenangan besar untuk islam,sekaligus menghapuskan Tentera Monggol yang kononnya tidak mampu dikalahkan oleh sesiapapun.

Menarik kan?? (^_^)
So,yang berminat mau tau lebih,dapatkanlah buku ni.. gerenti nda rugi! (<---promosi jap! =p)

** Novel pertama dari koleksi Novel Sejarah Islam yang sudah habis baca.. yang lain tinggal di Sabah. Ndapa,sekarang buku kuliah yang perlu dikhatamkan...chaiyok!! ^_^