Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Thursday, September 27, 2012

Si ulat buku vs Murabbi hebat #1

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah. Allah masih beri kesempatan dan kekuatan untuk menghirup segala nikmat yang diberiNYA. Termasuklah nikmat boleh menaip entry kali ni. ^^ ALHAMDULILLAH DAIMAN ABADA!

Tetiba semangat sangat mau buat entry ni. Semangat 'ingin berkongsi' terlalu mendesak.
Esok 'terbang' lagi! Xtau macam mana mau describe perasaan ni. Semua bercampur baur tapi yang pastinya, perasaan 'Excited' melebihi yang lain. =) 

Ok, back to tajuk entry. Si ulat buku vs Murabbi hebat. Sebenarnya, entry "Si ulat buku" lama sudah mau taip, lepas pesta buku haritu lagi. Tapi, oleh kerana xpandai bagi masa so,tertunda la sampai sekarang. Dan bila mendapat 'sesuatu' kemarin, tambah la semangat mau share. That’s y tertambah "Murabbi hebat" tu. =)

SI ULAT BUKU

Rasanya, sejak dari kita dibangku sekolah rendah lagi memang biasa dengar simpulan bahasa ni kn. Bukan setakat dengar, kita juga di'paksa' untuk praktikkannya.

"Kamu kena rajin membaca, paling kurang pun setiap hari kena baca akhbar" Ayat biasa saya dengar time sekolah rendah.

"Mesti MEMBACA! Jangan bila tengok surat khabar yg bapa kamu beli, terus pegi ambik yang part hiburan artis ja." Saya selalu dengar ayat ni time sekolah menengah. Cikgu AB! Guru ekonomi & perdagangan. =)


Secara jujurnya, saya tidak tergolong dalam kategori "Si ulat buku". Dan adakalanya, tergolong dalam mereka2 yang cikgu AB cakap tu. =D
Cukup liat bila disuruh baca buku! Ingat lagi time sekolah rendah, ada program nilam puri kalau xsilap. Setiap murid kena bagi buku rekod untuk tulis buku2 yang sudah dibaca. Bila tiba masa kena pulangkan buku rekod tu, saya hanya tulis 2ruang sahaja yang menunjukkan saya hanya baca 2buah buku! Itupun, baca part depan ja! Teruknyaaa!>_<

Walaupun pegang jawatan sebagai pustakawati time tu, buku2 yang selalu saya susun dan catat keluar masuk,hanya dipandang sepi. Huh.. betapa merugikan! >_< Itu kisah saya dan buku beberapa tahun yang lalu.

Sekarang…..
Alhamdulillah! Sudah boleh bermanja dengan buku. Malah, boleh dikatakan 'fanatik' buku. =P
Saya pun kurang perasan apa yang merubah saya.
Mungkinkah kerana budaya membaca di Mesir? 
Atau sebab selalu kena bagi hadiah buku? 
Entahlah… semua diluar kesedaran. Bila tengok koleksi buku yang saya ada, agak sedikit terkejut dan time tu baru sedar. ^^

Dan, asal balik bercuti, xsah kalau xpergi kedai buku. Family sudah sangat maklum yang saya akan bodek dorang semata-mata untuk minta belikan buku! Kakak2 saya sering menjadi mangsa. Sebab tu saya sayaaaang dorang! =D
Bertambah lagi koleksi Novel Sejarah Islam. Novel Imam Syafie ni paling susah mau jumpa. Round semua kedai buku di KK ni memang xjumpa. Last2,jumpa di Pesta buku haritu. Macam biasa, berjaya 'bodek' my dear sis! tQ~=P

Perasaan bila dapat buku tu,susah mau cakap. Kalau ingat macam mana time kita kecik dibelikan mainan atau anak patung,kita akan melompat kegembiraan. Hah.. begitulah perasaan setiap kali orang hadiahkan buku! Berharga sangat…^__^ Bila hadiahkan orang lain buku pun akan rasa yang sama. Gembira dan bahagia sangat. =)

Agak terkejut bila tengok buku ni kemarin. Pemberian OTT kesayangan.
'OTT macam tau2 ja sudah lama mengidam buku motivasi ni!' *Speechless* Jazahallahu khairal jaza'.

Jam sudah menunjukkan jam12, time to bed sudah ni. Esok kena melangkah ke Airport dengan penuh semangat! ^_^ Cukup dulu setakat ni ya.. "Murabbi hebat" to be continue. *sElamat malam Malaysia! Egypt, i'll be there~ Doakan perjalanan kami dipermudahkan. Salam sayang. =)


Thursday, September 20, 2012

Salam Aidilfitri~

Bismillahirrahmanirrahim..

Berlalunya sudah sepurnama Syawal. Tiada ucapan aidilfitri dan kemaafan dari laman kesayanganku ini. Sudah terlambat! ^^

Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga. Haplan's family~

 Pagi syawal. Tema Hitam & Kelabu sudah bertukar jadi colourful! Sabar ja la.. >_<


2nd Raya. =)
Tudung kelabu; Haplan's daughters yang masih single @ belum kawin. =P
Tudung colorful sikit tu; Our mem besar! ^^
Tudung coklat; Our kazen. (merangkap masterchef untuk raya tahun ni.) =)

Terima kasih buat semua yang sudi bertandang ke rumah kami. Especially buat tetamu-tetamu istimewa saya. Dan, yang paling xboleh lupa, tetamu yang kena 'paksa' datang.^_^ U-turn balik dari KK. *Terharu* 
Semoga bertemu lagi dengan Ramadhan & Aidilfitri yang akan datang.


**** 

Syawal sudah habis sebulan. Masih lagi wujud di bumi Sabah.

"Bila balik?" Soalan yang sama sering diterima. Nah... Bunyi soalan macam kena halau sudah kan. ^__^

Minggu depan balik Mesir! Yeah!
Excited? Ya! Excited sangat dan teramat! Sama macam perasaan mo balik bercuti haritu. ^__^

Cuti 2 bulan lebih sudah cukup mencipta banyak sangat kenangan indah. Boleh dikatakan cuti tahun ni adalah cuti yang paling hebat. Teramat hebat! ALHAMDULILLAH. =)
Dan, 2 bulan cuti sudah cukup membuak-buakkan rindu padanya; Ardhul kinanah, wahishtini awi..!

Apa yang excited sangat?

~ Semangat mau masuk kuliah tahun4! Semoga ALLAH permudahkan. Amin ya Rabb!
~ Excited mau sambut junior2 baru, Ahlan wasahlan wa marhaban bikum.
~ Tidak sabar rasanya mau meeting terakhir barisan AJKT BKPSM sesi 2011/2012, SPR & Mesyuarat Agung Tahunan. Mau melepaskan apa yang patut dilepaskan! =)
~ Paling excited, rindu syaah5 dan penghuni2nya. terutama sekali 5D saya!

~Rumah kami, Syurga kami~
Tempat kami berkumpul bila rasa bosan dibilik. Disini kami gelak bersama, usrah bersama, berbincang bersama, gaduh bersama? Ops! gaduh2 manja ada la.. ^^
Segalanya disini. Rindu sangat! Xsabar mau gathering balik. =)  

Inilah 5D saya! hehe. Rasa2nya akan terisi ka kekosongan bilik ini dengan kehadiran junior2 baru? Just wait & see. ^__^

* Sepanjang minggu2 terakhir ni disibukkan dengan beberapa urusan Seri Paduka Baginda dan menjadi pembantu setia 'mem besar'. Berkhidmat sementara masih ada masa. 24jam yang terlebih produktif! ^__^

** Petang tadi sudah mula kemas bilik dan keluarkan semula beg luggage yang berhabuk. Jom! Packing time... =)

Wednesday, August 8, 2012

Hari ini dan Airmata.


Hari ini.....
Sedangkan diri disibukkan dengan urusan dunia menuju redhaNYA,
Masih terasa betapa panjangnya perjalanan detik, saat dan jam itu menyapa.



Airmata....
Pada tiga situasi perasaan yang berbeza, ternyata ia tewas.
Ta'ajub. Rindu. Berterima kasih.

Sungguh hebat kasih sayangNYA pada jiwa hamba yang lemah ini. T_T

*****


Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“ Dan bahawasanya DIA-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. ” (An-Najm:43) 

Rasulullah bersabda yang mafhumnya;
"Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah;…(dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah ketika bersendirian kemudian air matanya mengalir." 

MENANGISLAH! Boleh jadi ianya adalah ibadah, Dan boleh jadi ianya akan menyedarkan diri yang penuh dengan kealpaan.


# Semoga airmata yang ENGKAU ciptakan buat kami titisannya juga kembali buatMU YA RABB.....


Hari ini dan Airmata dalam kenangan,
19 Ramadhan 1433h    
3 yang berbeza~ 

Tuesday, August 7, 2012

Istimewa Ramadhan 1433h

Bismillahirrahmanirrahim....

Agak kaku jari jemari memulakan tari menyusun kalam. Jengukan kali ketiga dilaman kesayangan ini akhirnya berjaya memanggil kuat diriku untuk mengisi sesuatu. ^__^

"Ramadhan kareem"

"Allahu Akram!"

Sungguh cepat masa berlalu kan. Ramadhan sudah berada dipertengahan.
Waktu-waktu seperti ini sangat baik untuk kita banyakkan muhasabah amal sepanjang Ramadhan yang sudah berlalu,.

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang pernah disebutkan Baginda SAW yang mafhumnya; "Bahawa banyak orang yang berpuasa, tapi tidak mendapatkan apa-apa kecuali lapar dan haus sahaja."

Dan, bagi diriku, Alhamdulillah! tahun ini sekali lagi ALLAH kurniakan peluang untuk berpuasa bersama keluarga tercinta. Sesuatu yang lebih istimewa bersama ramadhanku tahun ini adalah;

Program "Charity de Tour Ramadhan 2012"

Teramat istimewa....
Berkunjung ke rumah anak yatim yang menjadi keinginan sejak dulu akhirnya termakbul juga. Sukar digambarkan perasaan tatkala bersama mereka. Kepayahan dan cabaran yang perlu ditempuhi sebelum bermulanya tour ini sangat memberi kesan dalam diri.

Natijahnya, ALLAH kurniakan sesuatu yang teramat manis untuk usaha itu. ALHAMDULILLAH. Sangat bersyukur dan berterima kasih pada mereka-mereka yang sentiasa membantu dan bagi sokongan. Semoga ALLAH redha. =)


Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud.
29 Julai 2012

Destinasi pertama yang kami kunjungi. Mengharapkan permulaan didestinasi terdekat namun, perancangan ALLAH lebih hebat dengan menghantar kami untuk menempuh jalan yang agak jauh. =)

Slot ceramah bersama abg Awan mereka. ^__^

We love Papa and Mama. >_<



Sesi LDK. Ramah mesra.

Antara sumbangan yang berhasil dikumpul. ALHAMDULILLAH~

Merakam kenangan bersama mereka. Teratak mulia dan penghuninya sudah semestinya meninggalkan memori teristimewa dihati ini. Terima kasih atas kesempatan ini ya Rabb. =)

Rumah Anak Yatim As-sakinah, Papar.
01 Ogos 2012

Dalam perjalanan balik dari Kota Belud, menerima panggilan dari pengurus Rumah Anak Yatim As-sakinah, Dorang bagi tarikh 31 Julai 2012.

"Lusa???" Semua pun terkejut.

"Sempatkah?" Sedikit gusar dan kurang yakin.

"Niat kebaikan pasti ALLAH akan bantu, mesti yakin! Peluang yang ada jangan sia-siakan!" Bertekad. =)

Alhamdulillah... semua berjalan lancar. Walaupun tidak seramai penghuni Rumah Anak Yatim Darul Bakti namun, sambutan cukup meriah. Dalam singkat masa yang ada, kasih sayang antara kami bertaut erat.

Kata-kata dari pengurus RAY tersebut yang paling tidak akan kami lupakan; "Mudah-mudahan ini bukan kali pertama dan terakhir berkunjung kesini." InsyaALLAH! ada masa terluang, pasti akan datang melawat. =)

Kedatangan kami disambut dengan wajah2 ceria mereka.^__^
Mereka sungguh istimewa...=)


Iftar bersama IKRAM, "Airmata Palestin"
Kompleks Tabung Haji, Sembulan.
04 Ogos 2012

Pada awalnya berniat mahu mengajak mereka2 yang sungguh istimewa itu untuk mengisi meja dan iftar bersama. Namun, hajat tidak kesampaian kerana mereka sudah ada jadual yang padat untuk hari itu. Tidak apa, niat yang baik pun ALLAH sudah bagi ganjaran kan? InsyaALLAH =)


So, wajah-wajah manis dan istimewa ini la yang memeriahkan majlis. Sememangnya meja kami yang 'paling riuh' pada malam tu. ^__^

Terima kasih buat adik Nadia untuk makluman dan jemputan. Syukran juga sebab sabar menanti jawapan yang agak lambat dari pihak kami. Jazakillah. =)

Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa! 

# Memori-memori inilah yang menjadikan Ramadhanku kali ini lebih istimewa... =)

# Program seterusnya, sedang menunggu jawapan dari pihak Rumah Anak Yatim Al-aman,Beaufort. Dan, menerima jemputan untuk mengisi program Kasih Ramadhan bersama belia anjuran Ajk masjid Kg.Kulambai, Kota belud pada 12Ogos ini. Semoga dipermudahkan.