Blogger Backgrounds
"Sampaikanlah dakwah dari Baginda S.A.W dengan hunusan mata penamu andai kau tidak bisa menyampaikan dengan lisanmu....."

Saturday, December 26, 2009

keistimewaan bulan muharam.

Muharam adalah bulan  pertama dalam kalendar hijrah. Bulan ini juga adalah salah satu daripada bulan2 haram dalam islam. Nabi s.a.w menyebut bulan muharam sebagai bulan ALLAH bagi menandakan kemuliaan dan kelebihannya.


Dari Abu Hurairah r.a nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Seutama-utama puasa adalah puasa dalam bulan ALLAH al-muharam, dan seutama-utama solat selepas solat yang wajib ialah solat malam."

SEJARAH HARI 'ASYURA

Salamah bin al-aqwa' r.a meriwayatkan: maksudnya: " Bahawasanya rasulullah s.a.w telah mengutus seorang lelaki, untuk menyeru manusia pada hari 'asyura,sesiapa yang telah makan pada hari tersebut hendaklah dia berpuasa dan siapa yang belum makan pada hari tersebut maka janganlah dia makan (teruskan berpuasa)." HR bukhari.

Aisya r.anha berkata: "adalah umat islam dahulunya berpuasa 'asyura sebelum difardhukan Ramadhan,hari tersebut adalah hari orang2 jahiliyah menyelimutu kaabah(dengan kain selimut), apabila ALLAH memfardhukan Ramadhan, rasulullah s.a.w bersabda: "siapa yang hendak berpuasa 'asyura, maka berpuasalah, siapa yang tidak hendak,tinggalkanlah." HR bukhari & muslim

Apabila difardhukan puasa ramadhan pada pertengahan tahun ke-2 hijrah, maka dimansukhkan hukum wajib puasa pada hari 'asyura dan kekal hukumnya menjadi sunat. Pada tahun ke10 hijrah nabi s.a.w berazam untuk berpuasa 'asyura berserta dengan hari sebelumnya iaitu hari ke9 muharam agar berbeza dengan ahli kitab yang juga berpuasa pada hari 'asyura sahaja.

Antara peristiwa yang berlaku pada hari 'asyura ialah;

* penciptaan nabi adam a.s

* ALLAH s.w.t menyelamatkan nabi ibrahim daripada api yang membakarnya.

* ALLAH s.w.t melepaskan nabi musa a.s dan nabi harun a.s daripada haman.

* ALLAH s.w.t membelah laut untuk nabi Musa a.s dan menenggelamkan firaun bersama bala tenteranya.

* ALLAH s.w.t mengeluarkan nabi Yunus a.s daripada perut ikan nun.

* ALLAH s.w.t mengeluarkan nabi yusof dari telaga yang dalam.

* ALLAH s.w.t menganugerahkan kerajaan kepada nabi Sulaiman a.s

Galakan berpuasa pada hari 'asyura.


Abu qatadah berkata, Nabi s.a.w telah ditanya tentang puasa pada hari 'asyura ,baginda menjawab: ia (puasa 'asyura) menghapuskan dosa setahun yang lalu" Dalam riwayat lain,maksudnya: "dan puasa hari 'asyura,aku mengharapkan agar ALLAH menghapuskan dosa setahun sebelumnya" HR Muslim.

Wallahu a'lam..

Selamat berpuasa..semoga amalan kita diterima..^_^

No comments: